Hampir 2 tahun aku tinggalkan blog ni bersawang. Bukan sawang dan lalang lagi. Pokok kayu balak pun dah tumbuh. Nak ku tutup blog ni sayang pulak.
Lately aku rasa masa sangat-sangat pantas berlalu. Bukan aku sorang. Ramai cakap macam tu. Perkembangan diri aku. Aku dah pindah rumah. Sayang nak ku tinggalkan rumah yang kudiami selama 8 tahun. Disitulah kenangan saaat-saat akhir bersama mak. Walaupun ramai merisik nak beli rumah tu. Selagi mampu akan kupertahankan.
Nopi yang kuanggap ahli keluarga sendiri dan telah bersama kami selama 4 tahun akhirnya pergi tak kembali. Kembali ke tanah tumpahnya. Banyak kenangan kami bersama Nopi. Katanya balik bercuti 2 minggu lalu kami beli tiket MAS pergi balik. Bila kutunggu di Airport dia tak muncul2 dan dari semakan di kaunter dia tak naik flight. Rupanya balik bercuti itu terus menikah.
Hidup perlu diteruskan. Pindah rumah baru dan maidless. Perghh. Aesha tak betah duduk di Nurseri. Sebulan menangis bila ditinggalkan. Tenghari tak tido. Balik kerja nak masak dan buat segalanya. Masa tu dia nak bergayut. Dugaan!! Belum ada kekuatan nak bersara awal.
Tahun ni my eldest dah 14 years old. Macam ni rupanya dugaan handle teenager. Second one masuk standard 5. Hazeem dah masuk darjah 1. Tapi manja dia masih sama. Aesha dah 2 tahun lebih. Makin kuat membebel macam mak nenek. How time flies....
Semoga kami diberi petunjuk dalam mendidik anak2.
Cerita Dari Hati
Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita.
Tuesday, 7 April 2015
Monday, 17 June 2013
My Breastfeeding Experience
Sejak dari mengandung anak first, aku selalu bercita2 nak bagi anakku susu ibu. Tapi hasratku selalu tidak kesampaian kerana anak2ku selalunya tidak berminat dengan susuku. Anak pertama hingga ketiga menyusu hingga umur 4-5 bulan aje. makin diaorang besar, makin diaorang tak mau susuku. Aku selalu cakap dengan sayu hatinya kepada anakku, sampai hati ko nak tak mau susu mama. Bila aku nak bagi nenen je kat diaorang, diaorg akan menangis meronta2 tak mau. kecik tak kecik hati aku. Aku sangat cemburukan ibu2 yang anaknya mendambakan sangat susu ibunya.
Bila aku mengandung lagi, aku sangat sangat sangat berharap aku dapat menyusukan anakku sepenuhnya, secara eksklusif. Aku cari ilmu berkenaan penyusuan susu ibu melalui pelbagai bahan2 bacaan. Satu perkara penting tentang susu ibu ini ialah berkaitan permintaan dan penawaran. Semakin tinggi permintaan, semakin banyaklah susu dihasilkan. Dari bacaan2 itu I realised my mistakes. Sebenornya bukan mistake aku sepenuhnya. Masa anak first dilahirkan kat Hospital Kerajaan yang menyokong penyusuan susu ibu. Kat hospital tak diberi botol, tapi bila balik rumah anakku diberikan botol susu. So dia sudah kesedapan minum dari botol. Anak kedua dan ketiga, mereka lahir di Hospital swasta yang tidak menyokong penyusuan susu ibu. Bila baby lahir aje, diaorang diletakkan di nurseri dan terus diberikan susu formula melalui botol. So, sama kes. Bila baru lahir terus diajar minum dari botol, diaorang tak mahu minum susu ibu di mana diaorang kena berusaha lebih. Dan berdasarkan perbincangan dengan kawan-kawan, selalunya tekanan dari orang luar bila baby nangis dan si ibu terpaksa menyerah memberikan susu botol kerana kononnya minum susu ibu tak puas, tak kenyang dsb.
Masa checkup di Puteri Specialist, aku didatangi kaunselor Penyusuan dan rupanya mereka telah jadi Rakan Penyusuan Ibu. Aku sangat gumbira. Sebelum deliver aku beli pump susu yang ok. Bila baby dilahirkan, nurse letakkan baby di atas dada. Bila baby dah dibersihkan, baby diletakkan bersama Ibu dan nurse yang rounding sentiasa membantu teknik penyusuan yang betul.
Masa pregnant, aku banyak membaca pasal penyusuan susu ibu. Tapi aku terlupa dan tak sedar untuk timba ilmu tentang how to latch properly. Jadinya my nipple luka teruk sbb baby tak latch properly. Masa 2 minggu pertama tu, my nipple berdarah, tp aku bagi jugak susu kat baby demi keazaman yg tinggi nak menyusukan secara eksklusif. Bila check up masa babyku sebulan, Dr marah sebab berat badan baby tak naik dan Dr tak kasi bagi direct. kena pump dan bagi dia. So end up aku terpaksa mengorbankan prinsipku..terpaksa berkongsi dengan susu formula. Aku berazam...satu hari nanti dalam masa terdekat ni anak aku akan minum susu aku sepenuhnya.
Teringat masa Aeisha kena warded masa umurnya 3 hari. Aku menangis semahu-mahunya di Nurseri baby. Breast aku bengkak dan nipple luka, baby tak mahu sedut dan dia menangis2. Ketika itu Allah datangkan pertolongannya dengan menghantar seorang nurse yang juga Kaunselor Penyusuan yang berhati mulia. Dia pujuk aku dan tunjukkan aku macamana nak latch dengan cara yang betul. Bila dua2 belah luka dan tak boleh nak bg direct or pump, dia tunjukkan pulak macamana nak express dgn tangan. Sampai sekarang kitaorg masih keep in touch sekali sekala dan akan aku kenang jasanya hingga ke akhir hayat.
Bermacam2 usaha aku buat untuk tambahkan susu badanku. Yang paling utama sekali, masa cuti maternity 3 bulan, aku pastikan aku pump susu 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan malam. Ikutkan dari bacaan, sepatutnya every 3 hours kena pump untuk mengalakkan pengeluaran susu. Tapi tak laratlah nak kerap sangat. Ketika Aeisha berumur sebulan lebih, dia terpaksa diberi 2 tin kecil susu formula kerana berat badannya tak naik dan bila my BM dah banyak Aeisha telah diberi fully BM sampailah sekarang. Sekarang stok frozen breastmilk pun dah seratus paket lebih. Ayah Aeisha belikan freezer bila stok susu frozen dah tak muat kat peti ais. Alhamdulillah sekarang stok bulan Feb - Jun pun banyak lagi dan tiap2 hari aku tinggalkan EBM segar dan bibik akan tambah dengan susu frozen.
Yang penting sekali, Aeisha sangat suka menenen. Hari pertama keja, dia menangis sampai serak2 sbb nak nenen. Aku sangat bersyukur akhirnya Impian sejak sekian lama menjadi kenyataan. Sukur Alhamdulillah.
Terlalu banyak pengalaman pahit getir dalam merealisasikan impian aku nak Exclusively Breast Feeding kat dia. Sepanjang hidup aku ni, banyak perkara yang dipermudahkan tapi peristiwa pertama ujian maha hebat ketika mak aku accident dan kemudiannya pergi meninggalkan aku selamanya. Ujian kedua hebatnya semasa nak menyusukan anakku sepenuhnya dan Alhamdulillah sangat aku telah berjaya melaluinya dan melepasinya. Semoga aku berjaya menyusukannya sepenuhnya sampai umurnya 2 tahun. InsyaAllah.
Bekalan fresh EBM untuk my little angel ketika mama keluar mencari rezeki..