Wednesday, 21 January 2009

MAUT


Semalam aku berpeluang bertenet pergi tengok wayang dengan pak weku setelah sekian lama tak bertenet tengok wayang dengan dia. Wayang last yg aku tengok ialah Love. Aku memang teringin nak tengok citer MAUT bila tengok iklan dia mcm best je.




Aku suka citer ni sebab dia ada bab roh n malaikat maut TETAPI dia bukan citer hantu. Aku memang tak layan citer hantu ni. Berapa kali dh Astro tayang JBP tu tak penahnya aku sudi nak tengok. Tempah nahas je. Kang aku juga yg terbayang2 ropa antu tu. Citer antu kat kat TV yg ntah mcm2 pesen tu pun tak kuasa aku nak tengok.




Berbalik bab citer MAUT ni mengisahkan 3 citer yg berbeza n setiap citer dinamakan ikut bulan Islam.


Cerita 1: SYAABAN
Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?


ULASAN AKU: Antara ketiga2 citer ni, citer 1st ni yg agak seram sikit utk aku la. Tapi aku masih gagah tgk tanpa berlindung disebalik tapak tgn. Lakonan para pelakonnya mmg tip top. Tak sangka reza pun boleh berlakon dgn baik. Dlm citer ni masa Fadillah dlm bas dia nampak cahaya yg menggambarkan malaikat maut. Moralnya : kadang-kadang kita kena ikut instinct kita w/pun semua orang tak bersetuju dgn kita.


Cerita 2: RAMADAN


Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?


ULASAN AKU : Antara fav. scene, lepas Farah bergaduh besar dgn husband dia , masa dlm kete dia nak buka radio, semua channel dia tekan keluor suara mengaji, cd pn sama. Menunjukkan yg Allah nak bagi dia petunjuk utk insaf. Bukan semua org terpilih utk itu. Masa dlm koma, dia ditunjukkan semua dosa2 dia dari sekecil2 hingga yg sebesar2nya. Yg bestnya tu masa scene seksaan api Neraka, kepala dia kena panggang atas api, keluar ulat dari mulut dia. Masa scene ni jugaklah tiba2 ada budak menangis dgn kuatnya dlm panggung. Sapalah pulak bawak budak kecik tgk citer macam ni. Tp aku tak suka ending dia sebab bila dia dh insaf tu, dia rujuk balik kt laki dia yg sesat tu. Buat la jumpa lelaki yg beriman yg boleh membimbing dia ke. MORALNYA : Kalau kita kawin dgn orang yg sesat maka sedikit sebanyak menjangkit jugak sesatnya.

Cerita 3: SYAWAL


JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?


ULASAN AKU : pemilihan pelakonnya mmg sesuai terutamanya Que n 3 org lg yg kaki clubbing. Aku sesak nafas sikit tengok cerita 3 ni sebab watak2nya mmg sesat giler dan ada satu scene tu JJ berkata tak percayakan kitab suci. Moralnya : melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masa JJ kecik, dia nak sembahyang, mak bapak dia tak kasik. Dia kata tuhan tahu niat kita. Heh .. bila budak tu dah besor..sesat, barulah nak susah hati. Siapa yg bersalah? Scene yg aku suka tu bila JJ bertarung dgn maut, dia nampak pelbagai makhluk yg kotor dan menjijikkan. Mungkin nk menggambarkan dosa2 dia kot. Scene lain yg van jenazah pancit, tanah kubur mendap tu rasanya dh byk ada dlm drama.
Sekian yea penonton semua... program Wayang Kita utk malam ini. Filem Kita Wajah Kita. Bye.

Saturday, 10 January 2009

Year End Cuti

Hujung tahun lepas aku n family mencuri masa utk bercuti seketika sebelum budak2 naik sekolah. Setelah meeting oleh board of directors yg terdiri dr aku n Mr.Z, kami sepakat utk memilih lokasi yg tidak terlalu mencabar, tidak jauh sgt dan paling utama sekali tidak terlalu hard rock utk baby Hazeem. Le maklum dia tu baru 5 bulan. Tok leh le dihayak naik gunung ke , tepi pantai ke, atau tempat-tempat yg berkonsepkan hard rock atau hip hop. Aku jarang bwk baby berjalan. Sebelum ni masa firstborn, aku tinggalkan anak aku tu kat mak aku masa aku n hubby bercanda kat Langkawi. Dan nak gi mana2 pun aku tinggalkan je kt mak aku. Pastu masa dzahin baby pun aku tinggalkan dia bersama bibik kt mak aku masa aku bersukaria ke Nexus Karambunai bersama hubby and asyraff. Pastu g obersea pun lagilah dorang tu aku tinggalkan je. Anak aku bila dah pandai jalan baru aku bawak bercuti. Jadi kami sepakat lepak kat tempat yg berkonsep balada aje iaitu KL la. Lagipun sbulan sebelum aku beranak ari tu sudah coti2 kat Cameron. Kalo org lain cuti hujung tahun ke London, Paris, New York utk bersopping. Aku lepak takat KL je la. Laki aku yg cukup memahami jiwa ragaku dan paling utama minat aku terhadap retail theraphy. Jadik dia kata check in kat hotel yg dalam shopping mall. Nasib la dok kat hotel tu. Anak aku tu biasa la. Hobi dia ialah B*r*k kat shopping complex. Sampai je shopping complex maka sampai le seru dia nak g toilet. Aje hangin aku. Jadik masa round pertama petang tu, baru aku berkobar2 nak mencuci mata kt Mid Valley, si Asyraff sudah dtg seru. ok lg laki aku bawak. Pastu adik dia pulak. Heh..so, Mr. Z sudah hangkut tiga2 anak dia termasuk baby yg tak bersalah balik bilik hotel, bagi chance aku wat retail theraphy.

Mlm tu masa round ke dua baru bawak dia cari barang BEN10 dialah ape lagi. Aku kata oleh kerana dia sudah menghilangkan jam original BEN10 yg reganya kurang seposen nak seratus hinggit tu so no more original BEN10 toys. Stationary sekolah boleh. Kalo nk jugak mainan BEN10 yg local je boleh. Pastu dihumbannya jugak ke mana.







Esoknya masa kat Ikea pun dtg seru dia nak g Toilet. Lagi budak 2 horang tu pow mainan BEN10. Alhamdullilah sepanjang 2 jam lebih kat Ikea, Hazeem dgn nyenyaknya tido. Dah nak balik baru bangun. Petang tu pas check in kat area KL plak, Mr. Z sudah antor aku ke Jln TAR dan dia bawak budak2 balik hotel. Aku tanya berapa lama bg aku merewang. Dia kata sampai abis sopping. ini suda bagus. Masa jln kat pasar malam tu teringat kenangan masa muda2 dulu dgn kenkawan beli makanan bawak balik. Favourite masa tu ialah rangka ayam n yong tau fu. Sampai masa beg yong kena seluk pun ada rangka ayam dlm beg dia ..har..har. Ingat zaman muda2 dulu. Tak reti penat langsung berjalan. Time dah sampai bilik baru aku terkedang kepenatan. La ni..2-3 jam jalan dah penat. Setelah penuh kiri kanan tangan aku dgn hasil rampasan, aku pun ambik cab balik hotel.

Sampai bilik, hazeem dah mandi dan makan tgh ngantuk nak tido. Oleh kerana 2 org budak itu suda tumbang kepenatan. Aku pas baton kat MR.Z gi retail theraphy plak. Dulu laki aku ni tak reti bersopping, aku lah yg merosakkan dia. Sekarang dah ok sket la. Hasil rampasan dia tak sebanyak aku antaranya t shirt BEN10 utk budak 2 orang tu . Heh kembang hidunglah bebudak tu. Tulah dia dah beranak pinak ni kena praktikal. Susah sket nak jln romantik2 nih. Take turnlah nampaknya. Kalo nak romantik bebetul tinggal anak. Barulah boleh romantika de amor.





Besok pagi tu dzahin sudah demam. Terpaksalah kansel agenda utk budak2. Sebelum bertolak balik, singgah satu lg destination. Mak aku suda call ajak singgah melaka, dia masak udang galah(tgh musim udang galah sungai) dan nak belanja makan ikan bakar. Sampai Melaka dlm kul 5 lebih, mlm tu makan ikan bakar kat umbai plak. Tulah dia makan, makan, makan mana tak kembang badan. Esoknya tu lepas program lepak kt Melaka, bertolak le ke my home sweet home. W/pun cuti ni tak le sthrill cuti2 sebelum ni tp ok le tu.

Friday, 9 January 2009

Back 2 School

Dah dekat seminggu budak2 naik sekolah. Asyraff naik darjah 2. Alhamdullilah dpt gak naik darjah 2A walaupun tak dapat no top 3. Dengan bersandangkan beg dan stationary BEN10, dia kitaorang hantor sampai ke pintu pagar. Dah darjah 2 ni pepandailah pegi masuk kelas sendiri. hehe. Adik dia start sekolah tadika. Si dzahin memang sejak azali sgt bersemangat nak sekolah. Aku n bapak dia syak dia bersemangat nak sekolah sebab nak beli beg n stationary sekolah. Sebab masa dia lum sekolah pun time aku beli beg abang dia, kena belikan beg dia jugak n barang2 dia jugak. Aku cuak jugak sebab dia belum le pandai baca. Aku ni bukanlah emak yg kemetot (dibaca : komited) mengajar anak aku tu membaca. Kekadang time aku rajin je aku ngajor. Selalunya dia yg amek buku tu suwuh aku ajor. Hurup ABC tu pun tersasul2. Nombor 123 tu pun dia kenal sebab tukar channel kat remote. ade hikmahnya la jugak bila Astro punya channel guna 3 digit. So dr situ dia kenal 123. Aku n bapak dia kata kalau cikgu berjaya ajor dia maknanya cikgu tu ok la. Heh tul aku ni ek. Masa abang dia dulu hantar kat Kindergarten tu jugak cuma branch lain. Dari anak aku yg non english speaking tu sampai paham bila kitaorg ngumpat dia dlm bahasa inggeris tu. Kiranya oklah tu boleh converse sedikit and paham. Kalo tak de perubahan mmg tak patut, registration fee ngalahkan masuk kolej.



Dua hari sebelum tu aku sangat teruja menerima kedatangan my everlasting friend..Y. Terima kasihlah sebab sudi singgah ke teratak hamba ye ttuan hamba. Aku ni sangat teruja kalau kawan-kawan dtg umah aku. Bila aku tahu Yong nak dtg aku berazam nak masak w/pun aku ni bukanlah pakar memasak. takat lepas tekak aku anak beranak tu boleh le. Cuak jugak nak bagi pakar memasak makan masakan aku. Tapikan masa baru2 kawin aku dgn berani matinya telah memasak soto utk 60 org. Pastu ada gak time aku masak masa open house. Takat ni takde lagi yg keracunan makanan atau fobia nak mkn masakan aku. kalo ade pn aku tk tahu tk pe la. Laki aku as usual beli jiwa aku nak ngampu bior aku bersemangat nk masak. Hehe pelesu je tu. Berbalik kesah kedatangan sahabatku itu, rasa cam tak puas je layan tetamu kehormat aku tu. Le maklum le masa yong sampai aku sebenornya tak siap hidang lagi. Tgh kelam kabut. Nasib le member paham. Kawan2 yg lain sudi2 kan lah singgah ke umah aku kalo tuwun sini ek.

Friday, 2 January 2009

Blues larut malam

Masa sampai umah dlm pukul 10.30 tadi, budak-budak semua dah tido. Lepas buat apa yg patut, hajat di hati nak wat keroje. Jenguk blog aku..alahai siannya umpama rumah takat ada bumbung, dinding dan lantai aje. Tak de lagi kerusi meja..sofa ke plasma tv ke. Eh..apa aku merepek ni. Anggaplah aku dah mengantuk tahap gaban.



Antara perkara besar dalam keluarga aku sepanjang tahun lepas ialah the finale wedding in my family. Kiranya majlis kawen penutup le. My one and only adik kawen. Aku ni nyaris nak jadi adik bongsu. Tanggal 12.12.08, selamatlah adik aku E jadik laki org. Mcm tak caya aje anak bongsu omak dah kawin. Pagi majlis kawin tu buat potong jambul baby hazeem dan anak sedara aku khatam quran. Alhamdulillah hazeem berjaya kontrol macho bersama emak dia yg tumpang glamer sekali. Aku risau gak kalo dia tunjuk kat makcik2 tu suara soprano dia yg selalu dia keluarkan time tekak dia haus nak susu.



Ropanya penat wat majlis kahwin ni. Dulu masa abang dan kakak aku kawin aku lum cukup dewasa utk masuk campur. Pastu masa aku, aku cuma kontrol ayu gitu. Masa adik aku ni le aku baru paham selok belok dan rencamnya wat majlis kawin ni. Adoii penatnya badan. Mana tak penat, akak aku jahit sendiri separuh dari baju cucu pompuan mak aku yg 11 horang tu. Kes nak sedondon la ni. Aku yg keras tangan ni pun joint venture lah sesikit nolong jahit apa yg patut. Pastu malam sebelum majlis tu hiris daun pandan wat bunga rampai dgn masukkan dlm bekas untuk majlis potong jambul dan berkhatam besoknya tu. Nasib anak2 dara tu ramai. Hazeem la yg paling seronok sekali bila balik kampung ni. Ramai dayang, tak sempat letak le gamaknya. Lepas org tu org tu dukung.

Apa yg aku terharu sekali, ada sorang kawan lama yg memang tak penah berkontek pun. Kalo terjumpa tu borak. Beberapa hari sebelum majlis tu aku dan Mr. Z, terjumpa dia kat Secret Recipe. Ajak dia ke majlis tu. suruh smskan email, boleh le fwdkan kad n pelan umah. Pastu dia sonyap aje..Tak alih alih masa majlis tu dia termuncul. U all tahu dia sampai umah aku tu dgn berbekalkan nama bapak aku aje. sepanjang jln tu dia keja singgah le bertanya orang arah ke rumah bapak aku. Sebabnya bila call no handphone aku tak dpt ropanya yg dia ada no. lama aku. Dgn takde alamat dan tak penah sampai umah aku. Pada yg penah ke kg aku korang tahu le betapa jawuuhhnya umah aku tu ek.

Selamat Berbahagialah kepada adikku Mr. E dan isterinya yg nama mcm lagu Mawi tu.