Hari tu aku ambik cuti emergency. Hazeem demam dan asma. Sebenornya dari sebelum pergi PD lagi budak kecik tu dah demam, selsema dan batuk. Makan ubat, baik kejap, dua tiga hari datang lagi. Nafas dia pun dah bunyi ngit..ngit..ngit. Sempit dia nak bernafas. Sian dia..minum susu sikit..muntah.
Ubat klinik macam dah tak jalan. Kitaorang bawak dia ke Specialist. Budak2 sakit seumpama tu tersangatlah ramainya. Konsep sakitnya sama aje..demam, batuk, selsema dan asma. Berjam-jam jugaklah tunggu baru dapat jumpa Dr. Dr. Catherine suruh Hazeem ambik gas..nebu ek Nis? Pastu x ray dada dan ambik darah utk test samada darah dia ada virus atau tidak. Pastu Dr kata..baby tak payah admit sebab katil dah penuh. Nak tergelak pun ada..patutnya dia kata ..tak payah admit sebab tak teruk sangat ke. Pastu dia kata ..I kena sediakan satu katil lebih utk kes emergency yg kritikal. Adoi hai..teruk betul suasana sekarang ni ek. Macam-macam penyakit.
Yang tak sanggupnya tu kena bagi 7 jenis ubat kat dia. Huh..satu ubat pun berperang nak bagi..ni 7 jenis ubat. Hero kecik aku tu tak nangis pun masa kena sedut nebuliser dan cucuk jari dia ambik darah….masa x ray pun dia cool aje. Tapi kalau bagi ubat..ha tu dia. Perang.
Dah 3-4 hari kitaorang ambik shift jaga dia malam2. Sepanjang malam dia tak tidor ...tido2 ayam aje. Malam aku gilir2 ngan ayah dia. Pukul 5 pagi baru start shift bibik. Mula2 bibik offerkan diri jugak jaga dia malam2..kang siang bibik tu ngantuk..bantai tido…apalah jadi kat anak aku tu yek. So, bagi dia tido puas2…
Orang tua-tua kata budak demam nak ambik upah. Dari baring terlentang..nak meniarap. Dari duduk nak berdiri. Umur dia dah 9 bulan. Aktiviti utama dia ialah memapah. Dari merangkak terus berdiri dan memapah. Kali ni demam ambik upah nak duduk rupanya. Tapi harapnya jangan la lama sangat ambik upah. Cepatlah sihat anakku sayang....dapatlah mama dan ayah tidor lena..

No comments:
Post a Comment