Seumor hidup aku kerja ni..weekendlah waktu yg paling aku tunggu-tunggu. Masa tulah dapat meluruskan pinggang. Dapat tengok tv. Main2 dengan anak. Borak2 dengan husband. Masa weekdays..nak tengok TV pun tak sempat. Lepas tengok berita..tutup TV, tengok homework anak. Kalau bukak TV masa diaorg buat homework..alamat sampai kul 12 malam pun tak tentu siap lagi.
For the first time in my life..weekend yang lepas ni aku rasa weekend yang sangat panjang dalam hidupku. Oleh kerana masalah teknikal… dapat surat kena pergi kursus kat Melaka, pagi Jumaat tu. An hour before bas bertolak. Bergegas balik umah, kemas baju dan kelengkapan utk 3 hari. Mr. Z balik, ambik aku. Before pergi opis balik, aku cakap ngan Mr. Z, baik pergi jumpa anak aku yg seorang tu. Yang semua nak dengan mama. Ritual sebelum tidor mesti dengan mama, mandi pagi sebelum pergi sekolah pun dgn mama. Singgah jumpa dia..pesan aku kena pegi kerja jauh. Adik kena makan tau. Aku takut mogok lapar je budak debab tu. Nanti mama beli jajan.
Sampai ke hotel penginapan, tengok Swimming Pool yang besor tu..mulalah teringatkan budak2 ngan bapak budak kat umah. Sayunya hati. Masa anak kecik2, kalau kena kursus..selalu jugak aku tinggal diaorg. Kalau kat KL, my partner selalunya ikut. Masa tu takdelah aku rasa sedih ke sayu ke. Kenapalah sekarang ni aku jadik begini. Tapi bila anak dah sekolah ni..our life has been so not romantic. Nak pergi mana-mana kena pikir anak sekolah. Kenalah salah seorang berkorban. Takanlah setiap masa nak import mak bapak dari kampong. Patut-patutlah ek.
Itulah yang berlaku weekend yang lalu. Anak sekolah belah petang, pastu Hari Sabtu ada Kem Solat kat sekolah pulak. Terpaksalah aku bersendirian di perantauan. Lambatnya masa berlalu. Sunyinya hidup aku rasa. And suddenly bermula pukul 12 malam hari Ahad tu..bila mereka tiba ke hotel penginapanku…hidupku ceria kembali. Waktu mula bergerak pantas seperti biasa. Dan hidupku dah tak sunyi..
No comments:
Post a Comment