Happy Birthday to Hazeem. Today you are one year old! Isyy..how fast time flies. Di mata dan di hati aku Hazeem masih lagi baby kecik yang baru aku lahirkan. Sayang betul nak lepaskan dia melepasi umur bulan ke tahun. Takpe..aku masih akan kira umur dia ikut bulan.
Ikut perkiraan dr. due aku pada 24/8 tapi mlm 23/7 /09 tu..air mentuban dah pecah. Dan dia dilahirkan sebulan awal iaitu 24/7/08...selang sehari selepas besday abang dia dzahin. Kata ayah dia ... mungkin sbb dia tersepak sarung kot. Sebab babyku ini tersangatlah aktifnya dlm perut..sommersault la...dan mcm2 aktiviti lg. Keaktifannya itu di bawa ke dunia luar juga. Alhamdulillah 3-4 hari sebelum menyambut umur setahun ni..dia dah berjalan tanpa berpegang apa.
Baru beberapa hari dia dilahirkan..dia kena admitted kat Hospital sebab jaundice dgn bacaan yang sangat tinggi. Tinggal 3-4 mata aje nak kena tukor darah. Menangis2 aku...ulang alik hospital nak bagi dia susu. Ada sorang nurse tu boleh gelakkan aku nangis..kurang asam boi betul..tu nurse hospital swasta. Mungkin betul kata seorang kawan..Staf kat hospital kerajaan di UK jauh lebih baik dari staf hospital swasta kat Malaysia. Sedangkan rata2 org muslim yg bertugas tu...sedangkan di sana diaorg tu bukan seagama boleh amalkan nilai2 murni. Isy..berceramah pulak aku.
Di sini aku share perkembangan anak ku dari mula dilahirkan sampai la ke hari ni..genap umur dia setahun. I love u so muchhhh baby! Happy Birthday to you..semoga berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga sentiasa di bawah lindunganNya.
Baru beberapa jam dilahirkan...
Masa ni badan dia tinggal kulit dan tulang...susut secara tiba2...masa berumur sebulan lebih.
Masa umur 5 bulan...
Masa dia berumur dalam 6 bulan kalau tak silap..
Baru tumbuh gigi 2 batang...
Gambar ni diambil dlm 2 minggu lepas..
Gambar terkini yang diambil petang tadi...masa sambutan besday Dzahin n Hazeem peringkat kecil2an dlm umah. Tak jemput sesapa pun..takat tiup lilin je.