Tanggal 9 Ogos 2001 anak sulung aku selamat dilahirkan melalui kaedah caesarean sebab baby breech atau kata org kampungnya songsang. Tahun ni besday acap jatuh hari Ahad. Diam tak diam dah 8 tahun umor anak sulung aku. Bermakna aku pun bukan muda lagi. huhuhu. Sejak tahun lepas dia mintak kek Ben10. Kitaorg kata tunggu besday dia. Tapi atas dasar kealpaan aku n bapak dia yang leka dgn tak sihat lagi dgn tak sure nak wat majlis ke tidak...hari jemahat baru pegi ke Secret Recipe nak order kek Ben10. Budak waitress tu kata..at least 4 hari kak. Aku yg masih cuba berusaha..cakap kat budak waitress tu..dik panggilkan manager yg incharge. Mana le tahu budak tu kata tak boleh..padahal boleh. Dah cuba kaowtim tapi manager incharge kata tak boleh jugak sbb order kat kilang. Adoi hai...camno ni. Memang diaorg tak terima order dah. Maka merayau lah kami satu town mencari kedai kek yg boleh nak buat kek Ben10 dlm masa 2 hari. Sekali jumpa kedai kek Melayu yg boleh buat..lega. Ingatkan print guna komputer..ropanya handmade. Heh..saspens aje..mana rupalah kek ben10 lukis tangan tu. Dah terpaksa...harap2 ben10 wannabe kat umah tu tak perasanlah rupa paras kek tu lain dr yg Secret punya. Yg sebiji lg SR punye tapi plain aje sbb beli walk in..amik ajelah apa yg ade.
Aku bercadang nak masak main dish..Mr.Z kata order ajelah..mana sempat nak masak2. Kalau puding2 tu masak mlm sebelum tu takpe. Nasib aku ikut cakap dia...siang tu aku pewai..pening. Takat goreng2 ayam n nugget tu takpelah. Kira sambutan besday untuk ketiga2 anak sekali. 2 biji kek utk 3 org budak. Mr.Z demam teruk hari sebelum tu. Aku pulak masa hari Ahad tu pening berpusing semacam dengan muntah2 lagi. Sejibik simpton org peknen. Tapi mmg sah bukan peknen..hypo aku datang lagilah tu. Dalam pening2 lalat tu..alhamdulillah majlis kecil2an tu berjalan lancar. Habis majlis..ayah dia demam balik..mak dia tumbang pening lalat.
Happy besday to Acap...semoga terbuka hati nak makan mcm manusia biasa...semoga berjaya di dunia dan akhirat...
Ni kek walk in..main sambar aje apa yg ada kt SR..
Hepi Besdayy...
Seorang baby sebaya Hazeem dengan geramnya telah mencekup kek besday...cameraman sempat merakam detik itu..huhuhu
Besday boy...
Hazeem tengah bersosial dgn rakan sebaya..
No comments:
Post a Comment