Aku beritahu si dia jemputan dari seorang sahabat untuk rumah terbuka n besday princessnya. Dia kata kata okey..boleh beraya ke KL and menjenguk jenguk kakakku, baru pindah ke semi D kuarters Gomen kt Putrajaya). Hari Jumaat tu sambutan Hariraya peringkat U*M. Macam2 ada. So, aku pun pulun tak hengat. Maklum le dah jadi mak orang ni dah tak pedulik...bawak pinggan 2 belah tangan pun aku pedulik hapa..hua hua hua. Kalau masa anak dara dulu tu jaga imej jugak..kan..kan. Kang tak laku pulak..kalau org tengok keburuk lantakan kita heheh. Tapi masa dah bercouple dgn my then boipren(cik abangku)..aku tak de le kontrol jelita sangat. Lagipun dia tu bukannya manusia yg berprotokol sangat. Nasib le...jumpa org sama brutal dgn aku.
Kembali kepada topik kita tadi..aku pun makan rojak asma, kuih muih, sate, dadih dan satu desert. Pastu aku mentapau mee bandung..dan makan kt opis pulak. Last aku mkn kul 12tghari. Petang tu kepala aku dah rasa nyut..nyut..nyut. Ah..sudah! Balik ke rumah dekat pukul 6 dah tak boleh angkat kepala..berat semacam + loya bermacam2. Adusss...aku baring. Si suami kejut + paksa makan. Dengan paksa rela aku pun menyuap le sedikit makanan. Baring + tido balik. Pastu aku bangun ...muntah balik dan kuar segala isi perut aku siang tadi. Dan aku tido balik sampai termiss citer Nur Kasih setengah jam..rugi tu. Pastu kena paksa pegi klinik pulak. Boring ah dia ni..kalo dia sakit..punya byk excuse tak nak jumpa doktor.
Rancangan awal nak bertolak ke KL malam tu telah tercancel dengan keuzuran aku yg mungkin juga akibat keterkejutan perut menerima makanan yg pelbagai. Malam tu aku n yg lain2 pun tido. Pagi tu akak aku call tanya jadi dtg umah dia tak. Pastu aku rasa mcm nak pegi juga ke KL dan dia kata kalau nak pegi minggu ni yang paling sesuai sebab lepas ni dah sibuk. Kitaorg pun bertolak, singgah ambik mak bapak aku dan sampai ke Putrajaya hampir pukul 3pm.
Besoknya tu bertolak keluar dr Putrajaya kul 12 lebih dah keluar dan menuju ke Subang Bestari. Majlis dijadualkan pukul 4.30pm. Memandangkan kami ni nak balik ke tanah tumpah yg nun jauh di selatan...maka kami melanggar time frame yg diberikan. Kul 1 dah terpacak depan rumah adik Anis. Org tgh kelam kabut tu..Anis pun tgh ambik belon kat luar. Rasa bersalah menganggu cenggitu. Pastu bawak sekampung lagi. Mak aku kata..kang abis makanan orang. Dia berat ati jugak nak ikut. Beritahu anis..dan dia kata the more the merrier. Tapi memandangkan nak singgah Muor hantor mak bapak aku lagi. Sempat berjumpa Anis n si cantik manis Dayini. Tak sempat berborak panjang.. nanti2 kalau panjang umur kita jumpa lagi yea. Tapi puas hat sebab dapat memenuhi jemputan sahabatku.
Anda tidak tersalah blog...ini bukan blog ummi dayini. Sempat beramah mesra dgn Dayini yg manis dan mesra. Last jumpa dia masa dia pakai pampers sekeping dan tak pakai baju, berapa bulan ntah umur dia masa tu. Ni dah anak dara...
Suruh Dayini gambor sebelah Acap. Pemalu rupanya anak dara Anis ni. Tak boleh dekat2 dgn lelaki..bukan muhrim. Itulah jarak paling dekat yg dia boleh pergi...hehehe.
Makan laksa hasil air tangan Anis yang lazat..
No comments:
Post a Comment