Wednesday, 31 March 2010

ANDAI KU TAHU

Aku selalu tertanya-tanya...adakah orang yang nak kembali berjumpa Penciptanya tu tahu yang dia akan pergi tak kembali. Lagu ni benar2 meninggalkan kesan yang mendalam pada aku.


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia Yang takut neraka
Namun aku juga Tak pantas di surga
Andai kutahu Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Monday, 15 March 2010

KALUT DAN KELAM KABUT

SABTU
Mama kena pergi berjuang ke perbatasan…ayah pun kena pergi berjuang. Sapa nak jaga anak? Mama dan Ayah OO Som. Ayah pergi berjuang. Mama jaga rumah dan jaga anak.


AHAD
Mama pergi berjuang ke perbatasan. Ayah jaga rumah dan jaga anak dan masak. Tengahari mama dapat msg dari ayah..suruh balik makan..ayah dah masak.


ISNIN
Mama dan ayah tengah dalam waktu2 kritikal berjuang dan tak boleh cuti. Malam sebelumnya mama dapat panggilan dari babysitter, ada berlaku kematian saudara terdekat. Mama terpaksa ambik EL. Mama call komander. Komander kata wajib datang meeting pukul 9.00pg. Ayah jaga anak..lepas mama meeting dan ambik kerja..mama balik jaga anak sampai petang.


SELASA
Anak yang kecik demam. Ayah jaga sampai tengahari. Bila baby dah OK..ayah hantar rumah babysitter. Malam ayah ada meeting…turn mama pulak jaga anak. Tapi mama diminta pergi berjuang ke perbatasan..waktu2 kritikal. Mama mengangkut anak pergi opis. Malam tu demam anak kecik makin panas. Ayah pulak jaga sampai pagi.


RABU
Demam anak masih panas. Ayah cuti jaga anak. Mama tak boleh cuti.


KHAMIS
Pagi2 masa mama on the way ke medan perang…mama dapat panggilan dari babysitter…ada berlaku kematian saudara terdekatnya. Babysitter tahu mama tak boleh cuti dan ayah kena turun KL ada program. Babysitter mintak kebenaran nak bawak anak kecik mama bawak melawat. Ask ayah. Ayah tak benarkan. Ayah kata biar dia delay pegi KL..dia jaga anak. Mama rasa bersalah. Mama ngadap boss..mintak off 2 jam…then mintak ayah teruskan rancangan outstation dia. Mama berharap by 11am…babysitter dah balik. By 10 something…mama dan ayah buat plan A, plan B, plan C dan D…kalau babysitter tak balik by 11.30 apa nak buat. Mama kata hantar ke childcare abang dia, ayah kata baby tak biasa kesian dia. Mama kata hantar ke rumah kawan mama yang dah jd fulltime housewife yg offer diri nak jaga dlm waktu kecemasan. Ayah kata rumah dia jauh dan baby tak biasa. (Eleh bukan jauh sangat pun). Ayah kata tinggalkan dengan jiran sebelah ajelah. Mama kata tak naklah menyusahkan orang.

Mama kata camna ni…what is the solution …waktu mama ambik off dah nak abis ni. Ayah kata ayah panggil kerani dia datang jagalah. Lagipun waktu tu baby dah ngantuk…dia tengokkan waktu baby tido aje. Mama kata boleh jugak tu. Ayah call kerani dia suruh datang dan mama pun pesan la macam kat kerani ayah cum babysitter bidan terjun. Mama kata …harap2 dia tido lama..sampai akak balik kul 1 nanti. Kerani ayah kata…apa2 saya mesej akak ye. Mama pun memecut balik ke medan berjuang. By 12.00pm..mama dpt msg…baby dah bangun..akak jgn risau..dia tak nangis. By 1.00pm mama memecut balik ke rumah. Bila bukak pintu..mama tengok si kecik mama senyum riang gumbira. Ohhh lega hati mama. Ayah yang on the way teypon mama..macamana prestasi keraninya dengan tugas baru. Mama kata excellent. Boleh naik pangkat jadi Nanny.heheh. Malam tu mama sorang2 jaga anak.


JUMAAT
Mama sorang2 uruskan anak2. Baby demam malam. Mama risau sebab mama tak pandai dan tak pernah masukkan ubat lalu anu. Ayah yg incharge bab tu. Mama bagi ubat kat mulut time tido. Sebab kalau tak tidor si kecik tu sure muntah.


SABTU
Ayah balik dari medan perbatasan. Mama lega. Boleh pas balik anak kat ayah. Dah 3 hari mama sensorang jaga anak.



MORAL OF THE STORY –

Adakah family itu memerlukan maid? Mungkin juga. TAPI …. Mama masih fobia , oleh itu biarlah mama dan ayah kelam kabut…mama has no choice. Officemate mama perli... hari ni sapa jaga anak awak? typist ke pak guard. Mama kata amboi3...kalau dah terpaksa.