Friday, 30 April 2010

Pabila Kau Tiada

Hari tu seminggu ayah kepada anak2ku tiada di sisi. Owhhh!! kelam kabut. Nasib ibunda sudi menemankan aku. Mulanya kekandaku itu mengajak aku menemaninya ke Seoul. Tetapi memikirkan anakku yg kecik itu tengah lasak dan takde pula maid nak mengassist ibundaku. Aku pikir sungguh le kejamnya jika aku pergi berpoya2 meninggalkan anak2 bersama ibundaku. So, aku beritahu kekandaku itu...pergilah sesorang. Lagipun dia dpt free trip. Rugi kalau tolak. lagipun kalau aku tak pegi souvenir yg aku dpt lagi byk dr kalau aku ikut dia hik hik hik. Yela..kalau aku ikut, tambang aku dia kena bayorkan.



Ketika aku keseorangan menguruskan anak2..aku terfikir kalaulah kekandaku itu tiada...ohh macamanalah aku nak hidup. Sedar tak sedar banyak jugak aku bergantung hidup kat kekandaku itu. Ni kira aku reti bawak kereta sendiri..dan pegi keja drive sendiri. Ada totally aku bergantung idup kat dia lagilah. Tp sesetengah benda tu memang aku dependant abis kat dia. Yang aku tahu bawak keta dgn isi minyak keta. Benda-benda lain akak tak tahu. Kalau jadi apa2 kat keta..dialah harapanku. Pastu bab isi borang income tax. Online ke borang biasa..sesungguhnya tak pernah le seumur hidup aku ni mengisi borang tu. Kalau laki aku nak nayakan..dah masuk penjara akak. Ni kira episod insaf le bila laki takde depan mata. Tp bila ada heh... mulut tu nak pot pet pot pet aje.



Pastu bila balik spt biasalah kan, si dia pun belikanlah souvenir. Yg aku tak sanggup tu tang beli baju tu manjangggg la akak tak muat. Sedihnyalah hati. Laki aku ni agaknya bayangkan saiz badan bini dia masa lum kawen dulu gaknya. Dia kata dia beli baju yg free saiz. Tp free saiz org korea, org china mana le sama dgn free saiz org Malaysia yg manjang makan benda berminyak dan berlemak. Dari berhelai2 blouse tu, 1 aje yg aku boleh pakai. Yg lain2 lagi sangkut tu kt dada. Aku rasa diet giler mcmana pun takan muatnya baju tu. Ni yg kena beranak anak pompuan ni.






Bekalan untuk perwiraku. Sebenornya aku jadi assistant chef aje. Ibunda aku yang masakkan sbb dia pakar wat sambal taun ni. Aku gorengkan ayam. Pastu perwiraku tu cakap "Baiknya isteri i ni. Syurga tempat u" Aduhai..kes beli jiwa sbb nak tinggal aku la ni. Heheh apa2 pun akak cair tau.






Pastu aku yang ditinggalkan ni belek2 le gambor2 lama masa pegi ke Seoul 3 taun dulu. Kat Nami Island..lokasi Jun Sang pojaan hatiku tu dgn Woo Jin berdating naik basikal.







Kat Neverland ala2 Disneyland la tu. Yg bestnya sebab sejukkkss. Main macam2 pun tak berpeluh ketiak.



Lokasi penggambaran drama masak2 diraja. Aku tak tengok citer tu tp yong tgk. Tajuk citernya apa ek yong.






Lokasi winter sonata lg.





Kat safari dalam Neverland. Besau2 ha menatang dlm ni.
















Sunday, 11 April 2010

Suatu Waktu Dahulu..

Teringat masa kecik-kecik. Mak selalu masak lemak cendawan kukur campur pisang atau kacang panjang atau apa2lah. Masa tu cukup senang nak jumpa cendawan kukur. Lepas orang bajak kebun getah, nanti berebut2lah kitaorang mengutip cendawan kukur. Ingat juga masa tu ada drama melayu cerita pasal satu keluarga mati sebab makan cendawan yg telah diracun. Is it cendawan kukur or pucuk paku? Alamak ingat2 lupa lah pulak.


Bila dah besor dan duduk kat bandar..aku selalu teringin benor nak makan cendawan kukur. Tapi carik kat mana pun tak penah jumpa. Mak kata sekarang ni memang susah benor nak jumpa cendawan kukur ni sebab dah jadi mcm rare species. Lepas org bajak pokok getah, terus bakar..so, mmg takde peluanglah cendawan tu nak tumbuh. Pastu cuaca memainkan peranan besar utk penumbuhannya. Bila hujan panas hujan panas baru dia tumbuh. kalau tidak..idok le dia sudi nak keluor.


Hari tu balik kg, mak aku telah berjaya mendapat cendawan kukur dan masak dgn pisang. Pergh!! tak boleh diungkapkan dgn kata2 akan nikmat kesedapannya. One thing about my beloved mak..kalau dia jumpa makanan2 yg anak dia suka..dia akan simpan dan masakkan untuk anak dia tu sampai le anak dia tu balik. So, separuh cendawan tu mak aku masak masa aku balik. Dia simpankan separuh lg utk akak aku. Aku rasa hampir semua mak macam tu kan. Aku ni org kampung..so, selera tu mmg le kekampungan.




Rupa paras cendawan kukur yg menjadi pojaan hatiku.





Masak lemak pisang + cendawan kukur..air tangan bonda terchenta.


Tuesday, 6 April 2010

Cuti sekolah

Masa cuti sekolah ari tu..aku ambik cuti 2 hari + 2 hari cuti weekend…turun KL. Ohh..rindunya aku nak menjana ekonomi KL. Taim cuti sekolah hujung tahun ari tu tak sempat lepak KL. Ajak parentku sempena besday ayhanda terchenta. Cucunda nak celebrate. Bawak kek and lepaks at my sister house. Malam kedua tu lepak kat Corus sbb ayah dia ada program kat situ dapat bilik. Tak ingat la nak citer apa. Just layan de pict jelah. Lama tul tak apload gambor ke blog ku ni sebab ada problem nak transfer gambor dr hp baru aku ni. Akak cukup le tak celik IT sebab dia suruh download software apa ntah. la ni baru aku terang ati sket dpt transfer plus dgn kelapangan yg ada..alhamdulillah.


Susunan gambor tak ikut kronologi. Main ikut sempat je.




Ajeem sedang bergasak dgn pet baru dia jumpa kt Ikea. Kira love at first sight la tu. Jumpa terus peluk cium. Tak sampai ati pulak kitaorg nak letak balik bila air liur dia dah bertakhta di mendalah tu. Abang dia bg nama Civvy.





Dinner @ Bora Ombak. Masa tu hujan tak boleh nak lepak kt luor. Dalam pulak byk asap rokok. I pantang tau. Masakan dia boleh tahan.



kek besday utk atok tersayang



Hadiah besday utk atok dari cucunda...ditaja oleh mamanya.




Tak sanggup la mak nak dok KL dgn jemnya itu. I ni sesuai dok kat kg je..tak kuat semangat nak bertempur dgn jem.




Sila telengkan kepala anda. 2 org budak sedang bercamping dgn khemah yg dipow dr bapaknya @ IKEA.






3 org budak sedang mengisi masa lapang sementara mak bapaknya menbelek barang.





Ayah menjaga anak sementara ibunda menjana ekonomi sogo.







Dah penat ngikut xtiviti yg memboringkan diaorg. Bg chance mandi manda.





@ Bora Ombak.