Sehari sebelum raya, kami adik beradik memasak juadah raya. Abah menyumbangkan his signature dish..ayam masak merah. Bapak aku tukang masak beriyani..cuma kat rumah aje dia jarang menunjukkan skil memasaknya. Akak aku mengambil alih menjadi tekong masak. Rasa sangat ketiadaan mak di rumah.
Mak discharge dari hospital pada raya kedua. A day before mak discharge, Dr beritahu yang kemungkinan mak boleh berjalan atau back on her feet HANYA 10%. Kami hanya pasrah. Yang penting mak panjang umur dan banyak progress berbanding semasa koma di ICU hari tu.
Hari pertama sampai ke rumah…mak tak mahu pakai pampers. Berkeras nak ke toilet setiap kali buang air. Abang dan adik aku memapah setiap kali ke toilet. Mak sudah boleh duduk sendiri tapi perlukan bantuan untuk bangun dan berjalan. Alhamdulillah aku berpeluang menjaga mak secara sepenuh masa selama 9 hari. Pagi buatkan sarapan, suapkan makan, bagi makan ubat, bawak mak ke bilik air, mandikan, masakkan tengahari, suap makan, bawak mak ambil air sembahyang etc. Alhamdulillah mak kenal anak cucunya dan sahabat handainya. Tapi mak bukan lagi mak yang dulu yang boleh diajak bergossip dan bercerita ehwal semasa. Aku cuba bercerita tentang pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya..mak nampak blur.
Kini, setelah dua minggu mak keluar hospital, mak dah boleh bangun dan berjalan sendiri. Walaupun badannya masih lemah tapi dia masih dia yang dulu..sangat degil. Berjalan ke dapur, ke tengah rumah. Dua kali mak jatuh. Sekali masa di bawah jagaan aku. Mak beritahu nak ambil sembahyang di bilik air, aku minta dia tunggu sampai aku siap masak. Dia tak sabar dan cuba bangun sendiri dan jatuh. Kali kedua, semasa dengan abang aku, dia nak ke dapur masak air. Kali ni lagi teruk, jatuh semasa berjalan. Kecutnya perut aku dengar. Janganlah jadi apa-apa pada mak aku.
Mak menunjukkan progressnya yang sangat memberangsangkan. ALHAMDULILLAH. Walaupun mak bukan lagi mak yg dulu. And it's takes long time to fully recover(may be)...tp concern mak pada cucu2 masih sama. Bila aku nak suapkan dia makan..dia suruh aku bagi makanan tu kat anak2. Tengok Hazeem turun naik tangga...bising mulut dia suruh tgkkn Hazeem..takut jatuh tangga.
Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku menghadapi perkara ni. Kadang2 kita fikir benda tu jadi kt org lain tapi bukan kita(akulah tu). Selama ini aku selalu bersyukur dgn nikmat dr Allah. Kadang2 kita fikir kita boleh control perkara2 dlm hidup kita(akulah tu). Dan terjadinya perkara ini benar2 menginsafkan dan mendekatkan diri aku pd Yang Esa. Alhamdulillah.
- Sentiasa sedekahkan surah al-fatihah kepada mak aku..tgh drive, kat opis..everywhere kecuali di toilet. InsyaAllah ia memberikan kekuatan kepada pesakit utk sembuh. Selain itu sudah tentu bacaan surah yassin, sembahyg hajat etc. Semasa seseorang tu dlm koma...dia berada ditgh2 (u know what i mean). Dan pesakit memerlukan kekuatan yg luarbiasa utk buka mata dan bangun dr komanya.
- Dalam ramai2 pelawat yang menziarahi mak aku, ada juga 'kata-kata positif' yang diterima. Contohnya.. mak si polan tu dulu macam tu le koma 3 bulan..lepas tu meninggal! - kita dengar angguk sahajalah. Jangan biarkan 'kata-kata positif' seperti itu melemahkan semangat kita. Sebab aku sangat percaya, mak aku ketika itu sangat memerlukan of course doa dari kita tapi juga semangat dan keyakinan kita pada dia yang dia boleh buka mata, dia boleh angkat tangan, dia boleh start balik semua from almost zero.
-Minta doa dari semua kawan-kawan dan sahabat handai untuk emak aku. Mana tahu ada doa2 dari mereka itu sangat mustajab.
- Bercakap dengan mak di setiap kesempatan yang ada. Beritahu dia harapan kita pada dia dan beritahu apa yang patut dia buat ketika koma..baca ayat2 suci, berzikir, kuatkan semangat utk buka mata, gerakkan kaki tangan dsb. Sentuhan juga sangat penting...disetiap kesempatan yg ada..berikan sentuhan dgn penuh kasih syg. w/pun pd masa tu berselirat wayar kt seluruh bdn mak.
- Get as many info as u can and brief all ur family member what they should and should't do. Contohnya ada sesetgh dr atau nurse yg sgt negatif...membayangkan yg negatif2 shj..kalau perlu bertanya pd mereka..pastikan jauh dr pesakit. Kita tk mahu pesakit dgr benda2 negatif dan demotivate dia. Tell all the positif things kpd pesakit koma. Bukan memberi harapan palsu tp everythings is possible. Bak kata yong..miracle di bulan ramadhan.
Sesungguhnya aku sangat rindukan mak aku yang dulu. Panggilan telefon darinya, concern dia pada anak cucu yang kadang-kadang over dan sembang2 dgnnya. Baru aku sedar bahawa she is my best friend. Dia sgt faham aku yg pelik dan tak ramai kawan ni. Dah mak kita kan. I really miss her.