Thursday, 25 November 2010

Graduation Day

Dah besor anakku Dzahin. Nak masuk darjah 1 dah. Majlis graduation dia dah berlangsung lama jugak. Alkisahnya masa graduation ayahanda dia(bkn sek tadika okay, sbb ayahanda tak sek tadika sbb org susah tapi graduation uni),gambor semua rosak tak jadik. Satu2nya gambor yg ada masa terima ijazah tp muka pun tak jelas. Kameramen u tu lebih suka ambik gambor tukang bg dari gambor penerima. ... pastu masa graduation Acap...pun bateri kamera abis elok2 masa dia tgh nak terima sijil. Pastu masa graduation Dzahin pulak...yek2 aku mengangkut dslr dan charge bateri segala. Dgn berkobar2nya nk ambik gambor. Sekali sampai dewan tu..ayahanda onkan kamera tak hidup apa pun. Ayahanda tanya ibunda..betuk ke dh charge? Eh betul dah!! Nasib le rumah tu tak le jauh no..ayahanda pun berkejor balik ambik bateri lain. (Kalaulah ayahanda yg buat feel gitu mahu tepu telinga kena pot pet dgn bonda tu ngeh ngeh ngeh). Pastu bila dh ambik bateri baru dah oklah kononnya. Sekali tu memori card kena virus..tak boleh dibaca oleh komputer. Bonda kata kt ayahanda..adakah sumpahan 7 keturunan tu?? Oh no!! Alhamdulillah... akhirnya gambor ini berjaya diselamatkan.





Alkisahnya..teacher dia dh bitau aku yg cawangan sek dia akan jd batch first yg terima. Ketika speech alu2an..ibunda keluar sebentar nak mencari bunga utk anak terunaku. Biasalah ibunda yg rambang mata ...belek sana belek sini..nak pilih bunga yg warna apa..bear apa..mickey ke pooh ke. Setelah dpt bunga yg dipilih..ibunda masuk dgn gembiranya ke dewan. TAPI....acara penyampaian sijil dzahin dah berlalu. I MISS ITTTTT!!! OH NOOOOO!!! TERKILANNYA HATIKU INI... (Hanya dpt tgk gambor aje)..





Di sini kutepekkan beberapa gambor di majlis graduation anakandaku..









Hazeem telah jatuh chenta dgn bear itu..lalu merampas kuasa bunga itu menjadi miliknya..muahahaha..







Sokongan moral fr his brothers..




Muka tak puas hati (tgh merajuk tu)




Acara penyampaian sijil dzahin..



Alahai masamnya muka budak second tu...






Thursday, 18 November 2010

Honeymoon

Genap sebulan dari tarikh kejadian barulah aku berpeluang menulis entri ni. Banyak betul cabaran nak apdet blog ni. Memori kad buat hal..tak boleh dibaca oleh pc atau laptop. Dah antor ke kedai..dah la ambik masa smpai 2 minggu...pastu gambor pecah sana-sini dan byk gambor yg hilang. Dan untuk percutian kali ni..ambik gambor guna dslr tu aje..sedangkan kamera digital dlm handbag tu aku tak guna pun. Time ni rasa nak hantuk kepala kat dinding..huwaaa!! Maka anak mak esah yg pantang menyerah kalah ni pun menggoogle dan terjumpalah dgn penyelamat..namanya photo rescue. Terbang 29 US dollar beli software tu. Alhamdulillah..gambor bercuti dan gambor graduation dzahin dpt diselamatkan.



Perancangan pegi honeymoon ni dah dibuat lama. Hadiah anniversary ke 10 dari belahan jiwaku (hik hik hik..taim ni le belahan jiwa). Dah beritahu mak untuk tolong jagakan anak2 sepeninggalan kami nanti dan mak pun dah bersetuju. Kita hanya merancang tapi Allah menentukan...2 bulan sebelum tarikh tersebut mak accident dan meninggalkan kesan yang amat besar. Ikutkan hati aku..nak kansel aje. Tapi tak sampai hati nak bitau my belahan jiwa. Terpaksa mencari jalan untuk tinggalkan anak2 dgn sapa ..akhirnya bulatkan hati tinggalkan dgn baby sitter. Yelah2..kami ni mmg kijam. Terpaksa..tiket dah beli. Bukan sikit ribu raban jugak.


Destinasi tidaklah jauh mana..tapi ambil masa 8 jam merentasi benua Australia ke Gold Coast Brisbane. Sedikit corat coret on our vacation.



- First time bercuti ke over sea tanpa menggunakan khidmat travel agency. Semua buat sendiri dari tempah tiket, apply visa yg dipanggil ETA (Electronic Travel Application), booking hotel, sewa keta, makan dan segalanya. Enjoy jugak sebab ikut suka hati kita nak pegi mana dan ikut waktu kita sendiri..tak terikat.



- Imigresen Australia tersangatlah strictnya. Di pintu masuk negara dia ..setibanya di sana..di warning abis2..sesapa yg bwk makanan either u declare or dispose! Dalam beg kitaorg pulak penuh dgn makanan. Macam nak belayor sebulan. Air tin pun bawak dr malaysia. En. asben kata air dia halal ke? Tu yg semuanya hangkut. Imigresen dia check betul2 beg kitaorg. Aku risaukan ayam goreng tu je..nasib dia tak perasan sbb ayam goreng dlm tipuware tu bungkus dlm suratkhabar.



- Duit aussie besor 3 kali ganda dari duit kita. Dulu2 duit dia mcm singapore aje..sekarang dah sama dgn US.

- Pompuan muda kat sana cantik2. Muka cantik2 ala Nicole Kidman dan badan slim2...

- Di sana tgh musim spring..nyaman..suhu sekitar 16 darjah celcius di siang hari..
- Acap periksa sekolah agama pada tarikh yg sama dengan kitaorg fly tu. Pasrah ajelah. Suruh baca depan kita pun panass aje montot dia lagi le bila mak bapak dia takde...raya sakanlah dia.


kat cowboy town @ Movieworld







Baru touch down ke Gold Coast. Muka baru bangun tido.








di Movieworld. Aku nampak gumok pakai baju tu ek.






Batman Return @Movieworld.









Ada surau kat dalam Movieworld tu..kat airport pun ada surau.


cayalah. Masa aku gi umrah dulu..transit kat Pakistan...kat airport


diaorg takde proper surau pun..sembahyang kt tempat terbuka yg


disekat aje...ala2 partition gitu.






Mak gila bayang pergi ke kedai ni. Corelle, pyrex dan brg yg sewaktu
dengannya tersangatlah murahnya. Bila dah convert ke duit kita pun
masih jauh bezanya. Pinggan correle sebijik baru 4 dollar lebih..tukor
duit kita baru 12 hengget. Dinner set yg aku beli tu baru 50 dollar
lebih..sekali dtg lagi beberapa hari lepas tu diaorg ada sale..dah tinggal
40 dollar lebih je. Kalau tak mengenangkan limit berat beg cuma 20
kg..mahu aku hangkut satu kedai tu.






Kat pintu masuk Movieworld..







i like this pic....






Di surfers Paradise...tp time ni takde org sgt pun. lega aku. Aku saspens aje kalau ramai mat dan minah saleh berbogel2 kt sini. Nasib le takde..hehe.