Di ruangan ini saya ingin menjawab tag dari Mak yong. I sebenornya tak layak nak terima award tu..sedor diri nih... Tapi sangat suka menjawab soalan2 berbentuk bukan akademik.
1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Masakan pertama saya ialah sup telur kot. Kalau goreng telur tu standard la eks..dan rasanya tak kira sebagai masakan. Saya sebenornya seorang yang sangat minat memasak. Saya tak minat masak lauk pauk tapi saya sangat suka mencuba resepi desert atau kuih muih..i like. Jadi masa saya bawah umor dulu..maksudnya bawah umor 17 thn la...saya pernah buat popiah sayur, pizza sardin, kek batik marie..apa lg eks.. Eh, apsal tetiba aku menjadi begitu sopan di jalan raya..huk huk..
2. Sapa yang menggalakkan anda masak?
Takde sapa yg menggalakan saya memasak kecuali diri saya sendiri. Mak saya selalu marah saya masuk dapur nak tolong dia. Jadi masa saya bawah umor dulu taim saya teringin giler nak masak..saya masak sorang2..bukan tolong mak saya pun. Mcm ibunda yong..mak saya pun masak one woman show jugak...hehehe.. Saya start berjinak2 di dapur bila dah start dok rumah bujang. Masa tu kan dah berchenta...my then boipren selalu masak dan hantor ke rumah i...so, i pun rasa malu2 asam gitu dan ala2 insaf..so masak jugak dan balas kat dia ..heheh.. Malu lah eden kalau asek terima aje..tak reti-reti nak membalas. Org berbudi kita berbahasa. Bila mengenang balik..malulah pulak rasa. Ntah apa rasa masakan aku tu..suka2 aje nak bg org..huhuhu.
3. Masakan yang anda paling suka dan digemari oleh orang-orang kesayangan anda
Saya rasa masakan saya yg paling disukai oleh anak saya ialah tomyam campur. Hubby pulak kalau saya masak apa pun dia cakap sedap aje. Tp petunjuk aras yg menyatakan masakan saya sgt sedap di tekaknya ialah bila dia menambah nasi. Sebab dia kontrol makan. Selalunya taim saya masak ayam masak hijau (resepi hentam sendiri huk huk) dan udang kari kering ( ni pun hentam sendiri jugak) dia akan menambah nasi tanpa sedar..hehehe.. Kalau nak sabotaj dia bior gemoks..selalu2lah masak lauk2 tersebut.
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..
Blog akak yg hidup segan mati tak mau takde sapa yg sering berkunjung pun kecuali kenkawanku saje. Nak tag pun semua dah ditag oleh yong. Jadi saya nak tag seorang blogger masak yg masakannya sangatlah sedapnya hingga menjilat siku..iaitu Yam Daud. Ohh..yam ..aku dah terkenang2 sambal tempoyak ko...huk huk..
Oleh kerana kita dah bercakap pasal masak memasak maka dgn malu2 akak nak menempek gambor masakanku. Tadaaa...
Muffin choc chip. Dzahin cakap sedapnya..mcm beli kat kedai... Setiap kali buat..sekejap aje dah ghaib. Now u see now u don't. Bersemangat akak nak membuatnya.
Baked macaroni. Tak sempat nak rotate gambor. Yg putih2 cheese yea puan2..bukan kulat tau..
Kuih paberet anak2ku..kek batik marie. Nasib la paberet dorang ni senang sgt nak buatnya..