Tuesday, 24 April 2012

Perkembangan terkini : Memang makin KEMBANG

Hi all..u know wat. After soooo lonngggg tak log in kat blogger. Bila i masuk ari ni...termangu2 sendiri. Tersesat jalan. Kat mana plak nak update blog ni. Adoiiyaii. Nasib jumpa. Kalau tak terkuborlah blogku begitu sahaja kerana tuan tanahnya tak reti nak update kat mana.

Now...I am in my second trimester... 13 weeks. Phewww!! Lega sikit. Masa dalam first trimester...aku jadi lembek mcm kangkung (mengambil istilah maidku). Aku pegi keja mcm biasa...byk pulak aktiviti yang memerlukan tenaga fizikalku selain mentalku. Kukuatkan semangat jebat. Tapi balik rumah aje...aku dah berjalan mcm zombie...terus carik katil. Melelapkan mata seketika. Bangun sembahyang Asar...masak. Lepas aje makan malam..aku dah terkedang balik kat atas katil. Ada ketikanya...nak bangun dari katil pun tak larat..Bapak dialah yang menguruskan hal2 makan minum. Nasiblah ada Si Nopi yang boleh kuharap.

Teringat aku citer Dilla masa mengandungkan Aisyah. Dan ramai rakan2 berpesan..kalau nak pregnant..jgn lambat2..badan makin tak bertenaga. Sesungguhnya sangat benar kata2 mereka. Tapi untuk kes aku tambah satu lagi kejadian pelik. Aku rasa macam badan aku ditakluki makhluk asing yang sangat pelahap. Dalam all day sickness (bkn morning je)...aku akan makan, makan dan makan apa sahaja. Baru lepas makan nasi lemak sebungkus...aku rasa lapar dan mcm nak pitam mcm dah 3 hari tak makan..lalu aku akan makan benda2 lain lg. Akibatnya...jeng..jeng..jeng. Badanku naik mcm dipam-pam. Jerawat pun naik menggila-gila. Dengan kata lain....Aku tersangatlah tak hensemnya sekarang ni. Badan gumok dan muka mcm bulan gerhana. Huwaaaa.

Ramai yang berkata... Harap2 kali ni dapat girl lah pulak yea. Aku hanya menadah tangan aminn. Aku hanya seorang hambaNya yang tak berdaya. Bersyukur dengan apa saja kurniaanNya. Bila tengok baju baby gegerl yang syomel2 tu..memang meleleh air lioq mak. Apa saja kurniaanNya untuk kami adalah yang terbaik. Allah lebih mengetahui di atas segala-galanya.

Aku sering terpikir kalaulah ditakdirkan bukan rezeki aku untuk mempunyai anak perempuan, siapalah nanti yang akan memandikan jenazahku..