Assalamualaikum Semua...
Akhirnya aku diberi kudrat untuk mengapdet atas permintaan my dear friend yang teringin benor nak tengok gambor raya kami sefamili. Yang buat aku lambat benor nak apdetnya sebab gambor aku merata2 - ada kat dslr, ada kat hp dan ada kat ipad. Malas benornya aku nak bukak laptop nak transfer gambor dr dslr. Jangan terpedaya dengan tajuk entri yg havoc tu...sebenornya bkn entri in yg bumper tp tuan tanahnya yang kembang hihi..
Raya kali ni macam raya sebelumnya jugak ulang alik kampung aku ke kampung mertua. Al maklum 1 jam perjalanan...saje nak perabih minyak ketalah tu. Dan kitaorang tak berapa beraya sangat kecuali ke rumah2 yg wajib macam ipar duai. Dan raya kali ni jugaklah tiba2 En Suamiku itu terinsaf nak menjenguk kebunnya dan berkobar2 nak menabur baja di kebunnya yang selama ni digantung tak bertali huhu. Tapi bulan2 pungut hasil aje..isk kejam tau. Maka pada raya ke 5 ketika orang lain beraya ke sana sini, seorang peladang jaya ni pergi ke kebun bersama 3 orang buruh bawah umor dan bininya yang sarat mengandung. Pemandangan yang sungguh syahdu sekali..aduhaii.
Persiapan raya plak lebih utk anak2. Dah umor camni tambahan plak dgn sarat nak bwk perut, aku mmg takde semangat nak beraya. Baju raya aku yang tu le selai. Punyalah susah nak carik jubah yg lepas kat perut. Yg lainnya aku pakai aje 3 helai jubah yg Z belikan masa pegi umrah bulan 5 ari tu. Jadik le. Tu pun tak abis pakai sbb tak beraya sgt pun.
| | | | | |  |
| | | | | | Inilah gambor raya kami tahun untuk tatapan my dear friend (u know who u are). Jubah aku tu main sambor aje asal kalernya masuk dan perut aku boleh muat..huhu. Tahun depan InsyaAllah bertambah seorang lagi dlm family pix. Sila abaikan pemandangan kurang anggun prop selipar semayang dan sejadah kat kerusi tu. |
Yang ni pulak gambor mak buyong yang semakin kembang.