Hajat di hati nak update blog dengan kerap semasa cuti 3 bulan tp hampeh. Sebabnya aku sangat bengkek dengan si Ipad yang suka suki mengubah perkataan yang aku taip. Semua perkataan melayu dia nak omputihkan dan banyak masa aku abis nak betulkan balik perkataan2 tu. Nak bukak latop atau ngadap komputer malas la pulak. Akhirnya sampai babyku dah 4 bulan barulah sempat ku masukkan entri pasal dia ni. mintak mahap byk2 yea kenkawan.
Syukur Alhamdulilllah aku telah selamat melahirkan Dzandra Aeisha Raudhah pada 11 Oktober 2012. My dragon baby is a Girllll! Masa scan dr dah bitau pompuan...tapi aku dan ayahnya takut nak mengharap sgt.
Kronologi scr ringkas...
9/10/2012... Check up di Puteri Specialist. Dr kata dah ada 3cm bukaan. Oh sbb pun aku rasa lain je. Dr kata hari Khamis induce kalau tak natural labour .Sebabnya Dr kata baby besar dalam 3.5 kg ke atas.
10/10/2012....dah rasa sikit2 tp tatau nak pegi spital ke tidak. Ptg tu baru jumpa dr Dan dah buka 5cm. Eh tp kenapa takde contraction? Aku di admitted ke wad. Doa byk2 tamau terberanak mlm tu takut dr lambat sampai.
11/10/2012.....lps solat subuh aku dah rasa lain aje. Baru rasa contraction. Hubby sampai dan masuk ke Labor Room dan tak sempat nak epidural sbb dah terberanak. Alhamdulillah..Aeisha selamat dilahirkan pd jam 10.00 pagi dengan berat 3.04kg.
Kali ni pelbagai ujian yang harus kami tempuhi. Hari ke-3, semua adik beradik aku datang melawat baby. Semua terover excited. Malamnya, Aeisha menangis non stop, sampai dah tak ada suara nak keluar. Dia haus tapi tamau nenen tamau tidor. Nangis..nangis..dan nangis dari pukul 8 malam sampai ke 5 lebih dah nak masuk waktu subuh. Puas seisi rumah terutama ayahnya membacakan ayat2 suci tapi dia masih menangis non stop. Sampaikan aku dan ayah diapun nangis sama, dah tak tau nak buat apa. Last2 aku pasang Ayat Ruqyah kat Ipad...baru dia nak menenen dan tido. Besok paginya tu dia nangis lagi dan kitaorg ke hospital dan kena tahan sbb jaundice. Aku pun tido sekali kat hospital sbb nak menenenkan dia.Esoknya tu discharge dari hospital dan seminggu lepas tu kena admit lagi sbb jaundice bacaannya dah 21. Kali ni kena warded sampai 3 malam. Dr tak kasi aku bagi breastfeed, so aku kena balik rumah.
Keluar dari hospital tu tak lama tu dia mcm kena jaundice lg dan bila check up sebulan berat badan dia masih 3.0kg. Dr sudah marah dan tak kasi aku bagi direct breastfeed, kena kira sukatan susu yg diberi kat dia. Pam dan bagi dia. Setiap kali aku tengok dia aku sedih sangat, kurus kering dan hitam legam. Macam anak Somalia..isk..isk. Mungkin dugaan dapat anak perempuan sorang ni kot. Aku usaha macam2 nak tambahkan susu badan dan buat sementara aku terpaksa melepaskan prinsipku tak mau bagi susu lembu kat dia. Terpaksa juga bagi susu formula. Dan Alhamdulillah dia terpaksa diberi susu formula 2 tin kecik aje selama usianya 4 bulan ni. Sekarang ni dia Exclusively BreastMilk, stok susu frozen pun ada berpuluh2 paket kat dlm freezer. Syukur sgt.
Alhamdulillah lepas 2 minggu berat dia naik 3.9kg dan bila umurnya 2 bulan berat badannya dah 4.5kg. Dr sangat happy dan kami pun sangat lega.
Masa hari first aku naik keja, ayah dia cuti dan standby kat rumah. Pukul 7.45pg aku pegi keja, pukul 9.00pg, ayah dia call dengan suara tangisan Aeisha dibelakangnya. Ayah dia kata boleh balik sekarang tak? Baby nak nenen. Tang2 tu jugak aku drive balik rumah, nasiblah opisku tu cuma sekangkang kera dari rumahku. Sampai aje rumah, aku tengok berjurai2 air mata Aeisha dan suara dia dah serak menangis. Aku bagi nenen aje terus tidor. Adoiiiyaiii...kalau ikutkan hati nak duduk rumah bagi dia nenen aje. Sian baby mama. Alhamdulillah sekarang dia dah ok. Cuma kalau lepas cuti lama2 tu dia akan carik nenen time nak tido. Sekarang ni pada usianya 4 bulan, beratnya dah 6kg. Alhamdulillah..
Masa baru 2 jam dilahirkan. Adik beradikku kata ikut rupa arwah mak.
Lepas beberapa jam, muka dah lain hidung kembang lah pulak..
Hari ke 8, lepas bercukur. Masa ni reading jaundice dia tinggi sangat. Malam tu kena warded.
Masa umornya sebulan, kurus kering dan hitam legam.
Masa sebulan setengah. berat badannya dah naik 900 gram dlm masa 2 minggu.
Masa umornya 3 bulan lebih. Gegirlku ni memang tak camera friendly.
Nampak kamera atau hphone je start le dia buat muka ngeri..heheh.