Tuesday, 19 January 2010

BULI.

Bercerita tentang buli dari blog wa..dan diikuti blog Anis. Tersentuh sungguh aku..bak kata kenang daku dalam doamu.

Aku pun nak bercerita tentang pengalaman aku. Masa kecik2 aku tak ramai kawan. Kawan perempuan ni aku rasa suka nak buli kita secara mental. Diaorang suka berpuak2 dan meminggirkan orang yang dia rasa macam tak nak suka. Dalam erti kata lain. Kalau ko ada kes dengan sorang budak ni…dan budak tu terer pengaruh budak lain untuk tak kawan dengan engkau. Engkau akan end up tak de kawan. Kecuali orang yang betul 2 ada stand dan kuat semangat untuk lawan cakap orang tu. Kalau takde apa2 kes pun dan dia rasa macam saja suka2 tak nak kawan pun antara sebabnya juga. Oleh sebab tu masa sekolah rendah dulu aku lone ranger dan waktu rehat aku suka main dengan budak lelaki. Bila dah sekolah menengah aku dah ada kawan2 yang okey (perempuanlah dah sekolah pompuankan). Pastu bila masuk ITM..aku diketemukan dengan a bunch of crazy girls (jgn mare) who is just lebih kurang macam aku. Heheh. Maksud aku macam aku yang suka bermalas-malas, suka berwindow shopping, borak dan merepek sampai larut malam. Sesungguhnya pengalaman masa kecik memberikan impak yang besar kepada kita sampai bila2. Aku suka rasa rendah diri dan rasa macam orang tak suka kawan dengan aku. Bila dah kat ITM ada kenkawan yang rapat..aku rasa sangat beruntung sangat menghargainya.

Anak aku yang sulung..Asyraff ikut macam perangai aku. Tak pandai berkawan. Masa sekolah tadika..dia selalu mengadu kat aku. Acap takde kawan pun ma. Dah lama2 tu dia cakap acap ada dua orang kawan aje…tu pun kenkadang tak kawan dengan Acap. Terpaksalah aku motivatekan dia. Acap cakap2lah dengan budak2 kat sekolah tu nanti diaorang kawanlah dengan Acap. Bila dah masuk sekolah darjah satu. Kat sekolah rendah dia kena buli sepak..ada tapak kasut kat belakang badan dia dan tiap2 hari pensil dia hilang. Aku dah hangin tahap gaban dah. Everyday ..bila balik pensil case dia kosong. Aku cakap kat anak aku tokey kilang pensil pun boleh deficit ni. Pastu kat sekolah agama pulak kena pow duit ..kalau tak bagi dia main rampas aje gitu. (Samseng kampung dusun betul!). Aku bincang dengan ayah dia. Ayah dia kata bior dia setelkan sendiri. Learning process. Aku citer kat mak aku. Mak aku kata adik aku dulu pun kena buli camtu dan mak aku bagi warning kat bebudak tu. Hem nak wat camna ni.

Last2 aku tunggu kat sekolah agama tu dan aku jumpa budak tu. (isk2..mesti korang kutukkan sebab masuk campur hal budak2). Aku cakap kat budak tu kalau dia buat perangai membuli dan mengepow tu lagi..aku panggil polis. Terkebil2 mata budak tu. Masa tu aku rasa macam aku pulak pembuli. Hik hik hik. Aku takut sebab kes2 buli ni anak aku tak nak pegi sekolah. Pastu kitaorang jumpa cikgu sekolah agama dan sekolah rendah untuk mintak cikgu tengok2kan. Sorang lagi budak yang kaki pow kat sekolah agama tu rupanya datang dari broken family. Alkisahnya ayah dia dapat alamat budak tu dari cikgu dan pergi ke rumah dia. Rupanya bapak dia dah lari tinggalkan family dan dia dan mak dia bersama adik2nya menumpang duduk kat rumah atok dan neneknya. Kesian pulak aku dengor.

Sekarang ni anak aku dah darjah 3..dan Alhamdulillah dan tak dengor lagi kes buli2. Budak lelaki dan budak pompuan memang beza. Kalau budak pompuan suka buli mental. Aku faham sangat. Sekarang ni aku takut sangat pengaruh2 yang tidak baik terhadap anak2. Masa pergi ke Giant ari tu aku nampak segerombolan budak dalam darjah 4 atau 5…naik basikal lepak2 sambil MEROKOK!. Ya Allah..kecut perut aku. Masa kecik ni boleh le kita kurung2..dan besor nanti macamana yek. Ya Allah! Selamatkanlah anak2 kami semua di dunia dan di akhirat.

Wednesday, 13 January 2010

Jawab Jgn Tak Jawab..

Akak suka jawab2 soalan ni kecuali soalan peksalah kan. Tag2 le selau heheh. Kpd Doc Anis n Yong terimalah jwapan yg tak sptnya dr aku. Mintak mahap ek..kalau ada soklan yg tertinggal.

anda rasa anda HOT...
Akak ni anak dah ada 3 org anak dek oii. Saham pun dah merudum giler. Hem takat suam2 kuku je kot. Kekadang taim angin meroyan tu dtg..rasa mcm hot le sesikit..hik3.


upload gambar kegemaran anda ...
Next taim eh..tak sempatlah nak carik.


bila terakhir anda makan pizza ...
1-2 bulan lepas. Kalau tiap2 minggu makan pizza pun ok jek..akak suker. Tp masalahnya tiap kali lepas makan pizza..berat akak naik 1 kilo. Kalau 4 kali dah 4 kilo..kalau 10 kali..lu pikirlah sendiri beb. (ingatan utk diri gua lah ni)


lagu terakhir yang anda dengar ...
Tak hengat la. Ohh..lagu company akak huhuhu. (nak kena hempuk ngan komputer la aku ni..bg jawapan skema ala bagus tak hengat tu hik3). Betul la tak hengat. Kalau jawab tak ikut skema boleh ke? Lagu last yg aku dengor yg aku suka barulah aku ingat. Lagu pergi by aizat dan bad day by sapa ek..ada dlm pc kt opis la.

apa yang anda buat semasa menyiapkan tag ini ...
Sambil tengok rancangan Jgn Tido Lagi dgn tetamu jemputannya Noryn. (sebenornya cik abe yg tengok..aku tumpang dengor sambil menjawab tag ni).

selain nama anda sendiri, anda dipanggil apa ..
Nama yg korang panggil tulah, Ina(ohhh..aku rasa sungguh la PMTnya bila kenkawan lamaaaa taim sek rendah dulu panggil aku nama itu kt FB..huhuhu), Teen10(panggilan manja dr ibuku masa zaman kecikku), Terkona dan Kona Baring(abang aku panggil taim nak carik gaduh dgn aku masa kecik2 dulu), Deen(maskulin sungguhkan...geng masa dok hostel dulu panggil), akak comel(ada sorang junior masa kt hostel dulu panggil), yang(selalu), gegel(kadang2)(huahuahua..silalah gelak kuat2..)..yg ni sapa lg kalo tak cik abe aku kan.

Dimanakah anda sepatutnya berbulan madu selain Langkawi dan Sepang atau PD...
Hemmm..mana ek. Switzerland kot.

Apakah ciri lelaki idaman anda...
Yg pakai sweater..aku sukaaa sgt lelaki yg pakai sweater! Tp masalahnya laki aku tu tak suka pakai sweater kecuali kt tempat yg sejukk sgt. My hero pujaan of course Jun Sang from Winter Sonata. Tiap kali ngandung aku mesti ulang tayang tengok CD Winter Sonata tu. Senyuman dia mak aii.


Siapakah anda ingin dating sgt (jawapan haruslah selain spouse/kesayangan anda sekarang)
Jun Sang! Hem..Tiger Wood tu ok gak minus his scandallah.