Sunday, 11 April 2010

Suatu Waktu Dahulu..

Teringat masa kecik-kecik. Mak selalu masak lemak cendawan kukur campur pisang atau kacang panjang atau apa2lah. Masa tu cukup senang nak jumpa cendawan kukur. Lepas orang bajak kebun getah, nanti berebut2lah kitaorang mengutip cendawan kukur. Ingat juga masa tu ada drama melayu cerita pasal satu keluarga mati sebab makan cendawan yg telah diracun. Is it cendawan kukur or pucuk paku? Alamak ingat2 lupa lah pulak.


Bila dah besor dan duduk kat bandar..aku selalu teringin benor nak makan cendawan kukur. Tapi carik kat mana pun tak penah jumpa. Mak kata sekarang ni memang susah benor nak jumpa cendawan kukur ni sebab dah jadi mcm rare species. Lepas org bajak pokok getah, terus bakar..so, mmg takde peluanglah cendawan tu nak tumbuh. Pastu cuaca memainkan peranan besar utk penumbuhannya. Bila hujan panas hujan panas baru dia tumbuh. kalau tidak..idok le dia sudi nak keluor.


Hari tu balik kg, mak aku telah berjaya mendapat cendawan kukur dan masak dgn pisang. Pergh!! tak boleh diungkapkan dgn kata2 akan nikmat kesedapannya. One thing about my beloved mak..kalau dia jumpa makanan2 yg anak dia suka..dia akan simpan dan masakkan untuk anak dia tu sampai le anak dia tu balik. So, separuh cendawan tu mak aku masak masa aku balik. Dia simpankan separuh lg utk akak aku. Aku rasa hampir semua mak macam tu kan. Aku ni org kampung..so, selera tu mmg le kekampungan.




Rupa paras cendawan kukur yg menjadi pojaan hatiku.





Masak lemak pisang + cendawan kukur..air tangan bonda terchenta.


Tuesday, 6 April 2010

Cuti sekolah

Masa cuti sekolah ari tu..aku ambik cuti 2 hari + 2 hari cuti weekend…turun KL. Ohh..rindunya aku nak menjana ekonomi KL. Taim cuti sekolah hujung tahun ari tu tak sempat lepak KL. Ajak parentku sempena besday ayhanda terchenta. Cucunda nak celebrate. Bawak kek and lepaks at my sister house. Malam kedua tu lepak kat Corus sbb ayah dia ada program kat situ dapat bilik. Tak ingat la nak citer apa. Just layan de pict jelah. Lama tul tak apload gambor ke blog ku ni sebab ada problem nak transfer gambor dr hp baru aku ni. Akak cukup le tak celik IT sebab dia suruh download software apa ntah. la ni baru aku terang ati sket dpt transfer plus dgn kelapangan yg ada..alhamdulillah.


Susunan gambor tak ikut kronologi. Main ikut sempat je.




Ajeem sedang bergasak dgn pet baru dia jumpa kt Ikea. Kira love at first sight la tu. Jumpa terus peluk cium. Tak sampai ati pulak kitaorg nak letak balik bila air liur dia dah bertakhta di mendalah tu. Abang dia bg nama Civvy.





Dinner @ Bora Ombak. Masa tu hujan tak boleh nak lepak kt luor. Dalam pulak byk asap rokok. I pantang tau. Masakan dia boleh tahan.



kek besday utk atok tersayang



Hadiah besday utk atok dari cucunda...ditaja oleh mamanya.




Tak sanggup la mak nak dok KL dgn jemnya itu. I ni sesuai dok kat kg je..tak kuat semangat nak bertempur dgn jem.




Sila telengkan kepala anda. 2 org budak sedang bercamping dgn khemah yg dipow dr bapaknya @ IKEA.






3 org budak sedang mengisi masa lapang sementara mak bapaknya menbelek barang.





Ayah menjaga anak sementara ibunda menjana ekonomi sogo.







Dah penat ngikut xtiviti yg memboringkan diaorg. Bg chance mandi manda.





@ Bora Ombak.