Friday, 14 May 2010

Selamat Hari Ibu

Agak lambat entri pasal hari ibu. Beri laluan kat entri Asthma attack. Sempena hari ibu kami pulang ke kampung halaman. Meraikan bersama ke dua-dua ibunda. Emak aku - seorang ibu yang sangat kuat semangat. Will do everything for her children. Selalu aku rasa aku agak spoilt. Masa sekolah rendah..ada sorang budak lelaki tu buli aku. mak aku pergi jumpa dia disekolahkannya budak tu heheh. Masa kecik2 aku kesian sgt tengok mak aku penat kat dapur. Bila aku nak tolong, mak aku marah. Dia suruh aku pegi buat homework ke baca buku ke. Last2 aku pegi tengok tv..hehe. Mak aku tak marah aku tgk tv tp marah kalau aku tolong dia kat dapur.



Satu2nya benda yg aku rasa aku boleh tolong ringankan beban dia masa tu ialah tolong basuh baju. Masa tu manalah ada mesin basuh. Memang menyental satu besen besor baju pakai tangan. Sebab tu aku lambat belajar masak dan reti memasak. Bila dah dok umah bujang baru aku start memasak. Satu sikap mak aku ni...apa yg dia nak buat dia akan buat sampai berjaya..kuat dan cekal. Suami aku selalu kagum dengan pengetahuan emak aku. Dia cukup suka membaca suratkhabar. Kalau kat umah aku majalah2 yg aku beli tu dia rajin baca. Kata suami aku sembang bab kereta ke bab business ke semua mak aku boleh. Dia sangat protective of her children. Mak aku ni tersangatlah aktifnya....tak reti penat. Pergi kebun, balik buat keja rumah pastu naik motor ke sana ke mari. Kalau anak2 balik dia mesti nak masak. Dan dia tahu anak ni suka makan apa menantu ni suka makan apa dan tak suka makan apa. Kadang2 tu mak aku lagi tahu apa yg suami aku punya favourite dr aku sendiri hik..hik..hik.



Lagi satu mak aku ni jenis terlebih concern sampai ke tahap menggelikan hati pun ada. Kalau anak2 atau cucu2 ada masalah atau tak sihat...punyalah risaunya dia. Sampai tak tidor malam. Alkisahnya masa mak aku baca kat suratkabor pasal kisah Arni yg lari dr umah bila tau Awie kawin lain, mak aku pun mulalah concern tak tidor malam memikirkan nasib Arni. Punyalah dia kesiankan Arni tu. Aku pun kesian juga..tapi tidor tetap tidor.


My mother in law pula mempunyai kaedah didikan yang sangat opposite dengan my ibunda. That is why aku dan si dia macam langit dan bumi. The output mesti different la kan bila cara didikannya berbeza. Kalau aku jenis teragak2 suami aku pula sangat positif dan kalau dia nak dia akan buat takde teragak2 punya. Aku kagum dengan cara my mother in law mendidik anak2 lelakinya pandai memasak, berjaya dalam pelajaran dan sangat kuat semangat. Bila kat umah mertua ni aku yg tak berapa pandai masak pun rasa macam terer aje. Dia bagi aje tanggungjawab tu kat aku tanpa ragu-ragu. Nak masak utk raya plak tu mmg nahas hehe. Tapi kalau ada biras2ku..akak jd penanggah aje le. Apa yang penting..aku rasa terhutang budi sebab dia telah melahir dan membesarkan suami aku jadi seorang insan yg berguna dan mendidik dia jadi seorang lelaki yg 'mesra dapur'.


Dah telefon mak awal2. Mak jangan masak..kita makan kat luor mlm ni. Kalau tak dia tetap nak masak juga walaupun kitaorg ajak makan luor. Kita layan gamborlah yek.




Lepak di Tanjung Emas. Nostalgia ni. Tempat aku berjongging dan lepak2 masa zaman dok asrama. Sekolah pompuan plak tu. Taim lepak ni le nak cuci mata..hik..hik..hik.











Cake untuk ibunda yang telah melahir dan membesarkanku. Tp upacara memotong kek tak boleh dipaparkan di sini sebab tak sesueii. Kitaorg tak sempat pakai tudung.


Cup cake yg comel ni rasanya pun sedap. Dpt free bila beli kek sebijik.
Mee bandung Muor pojaan hatiku. Dah berbelas tahun tak makan. Rinduuu dan teringin giler.





Dinner kat Sabak Awor...port baru ganti Umbai. Masakannya sedap dan harganya tersangatlah berpatutan. Ikan bakar sekor lg dah selamat masuk perut masa sesi fotografi diadakan.


Ibunda tersenyum bahagia..memotong kek hari ibu dari anak bongsu.





Wednesday, 12 May 2010

BEWARE OF ATHMA ATTACK!

Hajat dihati nak buat entri pasal Mothers Day tapi sesuatu berlaku. Dalam 2-3 minggu lepas ni anak2ku pas baton demam. Mula-mula hazeem pastu Asyraff dan diikuti Dzahin. Simptomnya semua sama demam yg sangat panas tanpa batuk dan selsema. Bawa pegi klinik ...lepas 3-4 hari baik. Masa balik kg sambut Mothers Day ari tu cuma dzahin aje yg belum fit sgt. Sbb dia yg terakhir demam. Pastu balik kg jumpa sepupu main tk hengat dunia demam balik. Being a very garang emak (tak layak aku diraikan utk Hari Ibu aku rasa sob2)..aku suruh jugak dia pergi sekolah sebab last week dah puas dia tak pegi sekolah sebab demam. Kali ni demam yg dicari sendiri aku kata. So, lepas bg ubat aku suruh dia pg sekolah. Alhamdulilah sekarang ni dh ok. TAPI Hazeem pulak. Hari Selasa tu masa aku ambik dia dr baby sitter dia batuk dan nafas dia mcm ketat sikit. Tercungap2. Malam tu dia muntah tanpa henti. Berbelas kali dia muntah sampai dah takde apa yg nak dimuntahkan.


Bila sampai pg dia dh terlepek tak bermaya...nafas dia makin sempit. Kitaorg bergegas bwk ke Puteri. Sampai aje ke Paed mintak nurse tu bagi Nebulizer dulu...sementara tunggu no. jumpa Dr. Bila Dr check dia kata ni Athma attack ni dan kena warded. Ambik nebu every half an hour. Sampai fobia si kecik tu. Nampak nurse baju biru aje dia dah menangis. Pastu nak dukung tak mahu duduk atas katil. Malam td pun gitu. Dia nak baring sekejap pastu nak dukung lg. Pastu nurse yg tgh2 mlm dtg bg ubat tu cakap somethin yg menaikkan bulu tengkuk aku. Mula aku cakap budak bilik sebelah yg nangis tu dia dok sorg ke ada budak lain. Pastu nurse tu cakap budak tu mmg kena isolated sorg. Bili dpn pun budak nangis bersahut-sahutan dia cakap. kalau mcm tu baik pasang yassin sbb dia kacau depan belakang nurse tu ckp. Ayo dah le aku berduaan aje dgn Hazeem. Jahat betul nurse ni.


Kesian si kecik itu. Hazeem mmg seorang budak yg sgt aktif. Aku kata dia ni tertelan bateri energizer gaknya. Tak reti penat. Tak penah duduk diam. Ada aje yg dia buat ..yg pasti mengemas rumahlah. Periuk belanga dia bawak ke ruang tamu..mcm2lah. Yg jadik mangsa abang dia..kena tolong kemas rumah. Tapi kali ni terlepek tak bermaya aje dia. Tu mmg betul2 tak larat le tu. Semalam Hazeem dah discharged dr spital. Tp masih kurang sihat lg. Malam tadi nafas dia masih berbunyi lagi.


Dr pesan..please stay away dr. pisang, oren, airkrim dan ais. Satu rumah kena berpantang nampaknya.




Tengah tunggu turn nak jumpa Dr. Terlepek tak bermaya la si kecik ni yg selalunya aktifkan hariku.

Tertidor keletihan.



Tengah ambik gas nebulizer. Setiap setengah jam tu. Fobia dia.




Ucapan terima kasih kpd Great Eastern sbb menaja penginapan di Puteri Specialist. Heh ... Nasib ada Medical card. Tp apsallah dr. discharge awal benor. Ni masih tak sihat lg ni.