Sunday, 25 July 2010

Happy Birthday Dear.

Sekejap sungguh masa berlalu. 23 dan 24 Julai muncul kembali. Dzahin genap 6 tahun dan Hazeem genap 2 tahun. Dah besar baby mama. 2 days before Hazeem birthday..aku menyaksikan sesuatu yang amat menyedihkan berlaku pada Hazeem. Allah nak tunjukkan. Hati aku benar-benar terluka..anak aku diperlakukan sebegitu rupa. Aku tak cakap pada ayahandanya yang buah hati pengarang jantungnya diperlakukan sebegitu. Ya Allah..inikah petunjuk agar aku harus membuat keputusan yang sebegitu berat. Entahlah. Aku benar-benar serba salah.


To my dear son...Semoga anakanda sentiasa di bawah lindungan Nya, semoga anakanda menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..


Hari ulangtahun ke dua disambut dengan badan yang tidak sihat..demam, batuk dan selsema.


Sambutan harijadi kecil-kecilan untuk kedua hero aku tu dibuat last minute. Kebetulan besday diaorg jatuh hari Jumaat dan Sabtu. Acara potong kek dirakam gambarnya guna DSLR tapi bila bukak memory card..empty! Aiyoo..tak de evident nak tunjuk kat diaorang bila dah besar nanti. Nasib sempat ambik gambar kek guna kamera henpon.

Silalah layan gambor yea..




Jessy yang sangat kecoh mulutnya..hadiah dr ayah utk untuk Hazeem.. Kat rumah lately asyik kedengaran suara Jessy aje. Hazeem tak puas2 tarik tali belakang bdn Jessy.

Woody utk Dzahin dan Buzz utk Acap. Mak bapak dia yg excited sgt nak beli Toy Story punya toy tu..nak tumpang main hehe.







Dzahin and woody. Baru dpt terus dibawak koboi tu mandi sama. Mama dia kata..dik..woody tu koboi org putih tau...dia jarang mandi. Kang dia lari dari rumah kang sebab tension kena mandi.







Sunday, 18 July 2010

Kerja and Retail Therapy at KK

Dapat surat last minute kena outstation. Dah beranak pinak ni outstation tu bukanlah sesuatu yg diraikan sgt. Ayah dia pulak kena pergi Kelantan a day before aku kena pergi KK. Call ayah tanya camna aku pun kena pegi ni. Dia kata go a head. Dengan berat hatinya ank2 aku tinggalkan di baby sitter, bila ayah sampai dr Kelantan malam tu baru dia ambik anak2.


This is my third time ke KK. First time ke Nexus Karambunai 5 tahun yang lalu bersama ayah dan acap. Masa tu belum ada blog. Tak dapat merakamkan keindahan Nexus dlm blog ni. 2nd time 4 tahun lepas ada kerja kat UMS. Sebelum pergi aku ingatkan diri jangan shopping sakan sebab pearl yg aku beli 5 thn lepas pun masih tersimpan elok, tak sempat lg nak wat cincin.


Dr opis aku aku sorang tp beberapa org dr opis lain dah pegi dulu. So, I'am travelling alone. Aku carik hotel dekat dgn Philipine market. Yang lain byk dah penuh..dpt Imperial hotel. Not bad. Walaupun seorang diri, aku no problem menapak ke Philipine Market sesorang. Cuma berhati-hati sikit.
Besoknya pergi ke lokasi kerja dan di sana baru berjumpa beberapa staf dari bahagian lain. Manager Program Dr X ajak join diaorang pergi majlis kenalan student di situ. Birthday anak kenalan student. Lepas tu student tu bawak ke Philipine Market lagi, ada beberapa orang nak beli udang kering. Aku tunggu dalam kereta bersama Dr X...sebab aku dah shopping sakan a day before. Pastu Dr X kata, jom nak beli udang segar Sabah tak? Masa tu hujan lebat. Aku kata bolehlah..so, kitaorang pun berlari ke building dekat dgn parking. Aku ingatkan itu le pasar yg jual udang tu. Ropanya pasar tu building lain di belakang building tu. Di tengah hujan lebat tu, kitaorg berlarilah ke bangunan yang agak jauh jaraknya terutama bila hujan lebat. Dengan berpayungkan suratkhabar, kitaorg pun memecut lari ke situ. Rupanya dia saja bawakkan aku ke situ, dia tak beli pun. Nak tergelak pun ada. Punyalah seksanya nak mendapatkan udang. Macamlah di semenanjung takde udang.





Sayu hati la pulak dok hotel sesorang. I miss suara riuh rendah anak-anak.








Rambang mata akak dek non oii. Kat Philipine Market. Rabak poketku dengan retail therapy barangan kristal dan segala tok nenek kat sini.







Rumpai laut yang menjadi ulam orang2 di sini. sepinggan sehengget je. Belum ada kekuatan nak mentry. Tengok diaorg makan mcm sedap aje.








Udang bermacam udang. segar2 dan murah2 belaka. Disinilah aku membeli udang dengan penuh cabarannya.







Makanan laut yang dijual di pasar malamnya. Harganya tidak le murah sangat. Biasa aje. sbb diaorg kenal org luar kot.





Ini 1st building, pasar basah tu nun di hujung sana. Bayangkan di tengah hujan lebat kami berlari berpayungkan suratkhabar..nak mendapatkan sekilo udang.