Monday, 14 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Dah lama tak cerita pasal movie kan. Aktiviti bertenet tengok movie masih berjalan. Tapi malas nak masukkan kat blog…sebab dah lamaaa tak tengok movie melayu. Sebabnya movie yang hit meletops banyak citer hantu..kannnn pantang datuk nenek moyang aku tengok citer hantu. Kang akakk jugak yang susah kang. Terbayang-bayang tak tidor malam pulak. Baru-baru ni kitaorang berdua pegi panggung tapi sampai dah depan kaunter tiket tu tak decide lagi nak tengok movie apa. Bila aku tanya black swan best tak dik? Adik kat kaunter tiket tu kata..boringlah kak. Baik tengok citer I am no. 4. Action movie ..best..! Herms..maka kami berdua ikut aje lah cakap adik kat kaunter tu. Well…best jugak citer tu.. pasal makhluk asing turun ke bumi.

Ok berbalik kepada HMM…pada mulanya aku tak minat sangat nak tengok citer ni. A friend yang dah tengok promote kat aku..best cerita ni. Akak ni pantang tau kena goda camtu. Terus le ajak pakweku tengok citer tu. Sempena cuti sekolah bawaklah sekali Acap dan Dzahin. Hazeem tinggal kat umah dengan bibik sebab based on experience bawak dia tengok movie 2 kali..tak sesuweei lah bawak bdk kecik tu. Dia pulak buat movie kat dlm panggung..hahah..!

Well…Yusry and brothers did a good job..! Congrate guys..! Remember..this is Made in Malaysia movie..not Hollywood yang ada budget besar. Dengan budget yang tidak sebesar Hollywood..mereka boleh buat movie yang setara dgn Hollywood. Ohhh..i tumpang bangga tau. Patriotik ni!!

Aku rasa takde actor lain yang lebih sesuai pegang watak Merong Mahawangsa ni selain the yummylicous Stephen (ohh...sori yea Bront Palarae..i mentigakan u kali ni.. ;-) ) Dengan rupa parasnya yang hensem..badannya yang mantap…oh..i like..! Part yang paling aku risau ialah…macamanalah bunyiknya si Stephen ni cakap melayu. Oh..well..not bad. Takdelah bunyi mcm org putih cakap melayu. Dan bila dia speaking pun..tak mcm org putih speaking..tp mcm org melayu ckp org putih. Cuma penjiwaan watak perlu diperdalamkan lagi.

Aku berpuas hati dengan filem ni walaupun there are a lot of improvement they can do. Aku harap banyak lagi babak antara Merong dengan Embok, gaya percakapan Taji lebih kepada mcm org sekarang bercakap..aku rasa dia patut cakap macam orang dulu,, dan….apasallah ending camtu??!!!

Thursday, 10 March 2011

Buli Balik


Korang ingat lagi tak entri aku pasal Acap kena buli kat sekolah. Hermmm..masa tu ayah dia cakap...Acap ni buat malu aje kena buli tau..baik cikgu call bergaduh dari tahu kena buli tau. Ayah dulu taiko kat sekolah tapi anak kena buli. Ishh..ganazz punya ayah. Itu kisah si abang. Dalam 2 minggu lepas..si ayah mendapat panggilan telefon dari cikgu sekolah anaknya. Encik..anak encik gaduh kat sekolah. Saya sedang menyiasat apa puncanya ni. Baju anak encik ni kotor kesan conteng2 ni. (Ayat tersebut dilaporkan semula si ayah kepada si emak).



Pabila si ayah mereport hal tersebut kepada si emak..maka dgn automatiknya si emak memulangkan paku buah keras. Tulah u ckp camtu kt acap..kan si adiknya dah buat hal. Ayah kata..ala relaks la...kita tanya dia dulu apa kisah sebenarnya.



Pabila ditanya kepada si hero itu...ceritanya..masa tu adik tengah makan kat kantin..budak tu duduk sebelah adik..sorang pompuan sorang lelaki..dia conteng baju adik. Emaknya bertanya..Kenapa adik tak panggil cikgu aje? Beritahu cikgu budak2 tu conteng baju adik. Dia jawab..abis tu adik tak boleh bangun..diaorg duduk kat kiri kanan adik. Hermmsss...berdasarkan baju dzahin yang penuh contengan pensil dan pensil kaler tu memang betullah baju dia kena conteng. Tapi dia tak cerita pulak yg dia conteng balik baju budak tu ke tidak.



Moral of the story : Anak-anak semua..jangan usik orang kalau orang tak usik kita. Tapi kalau orang buli kita..kena pertahankan maruah dan diri kita dangan cara lembut..kalau tak jalan jugak..buat le apa yg patut....hahaha..(boleh ke gitu??)