Ahad 17/4/2011 - Kami menghantar mak balik ke kampung kerana mak ada terapi di hospital melaka pada 20/4/2011.
Ahad 24/4/2011 – Aku bertugas. Abah menelefon. Katanya..semua balik ni..tak balik ke? Orang kerja hari ni bah. Minggu depan orang balik. Sesuatu yang jarang abah lakukan. Selalunya emak yang rajin menelefon tanya balik atau tidak. Cuma sejak 8 bulan lalu panggilan telefon dari emak sudah tiada.
Isnin 25/4/2011 – Aku kursus. Tengahari dapat sms dari akak…emak makin lemah. Terus menelefon abah. Abah kata nak suap emak..keluar balik. Nak hantar emak ke hospital ni. Aku kata takpe bah..nanti orang telefon ambulan. Ambulan datang ke rumah ambik emak. Aku bergegas balik ke Muar. Suami dan anak2 balik petang lepas sekolah. Sampai ke hospital, akak iparku memeluk dan menciumku..katanya Dr kata emak dah tenat. Emak sudah separuh sedar. Doktor kata..makcik ni dah tenat sangat..jangkitan pada paru-paru dan darah. Bacaan darah putih sudah terlalu tinggi…bila2 masa akan meninggal! Yes..itulah perkataan yang doktor ucapkan. Meninggal! Ya Allah..berikan aku kekuatan mengharungi semua ini. Kami bergilir2 dan hampir pada setiap masa kami abah, anak , menantu dan cucunya mengelilingi membacakan surah yassin dan mengajarnya mengucap.
Selasa 26/4/2011 – Hari ni Hari jadi kakakku. Aku berdoa..Ya Allah ..tolonglah jangan Kau ambil emakku pada hari ini. Kesian akakku. Aku pernah bertanya pada mak. Mak macamana sejuk kaki orang nak meninggal tu mak? Mak kata..sejuk sangat..sejuk yang menangkap. Bila aku picit kaki mak..masih panas…aku masih menaruh harapan..bila menjelang petang kaki mak mula sejuk. Aku tahu orang yang paling paling paling aku sayang di dunia ni…akan pergi meninggalkan aku. Aku cium emak sepuas-puasnya. Kakinya..tangannya, pipinya..dahinya. Aku memohon keampunan pada emak…sepanjang hidupku jika emak ada berkecil hati dan halalkan segala susu, makan, minum dan segala-galanya. Dalam pukul 10 lebih..mak mengangkat tangan memanggil abah..ingin bercakap sesuatu. Tapi mak dah tak mampu berkata-kata. Mak memandang ke arahku...terkeluar namaku dari mulut mak. Aku yang paling rapat dengan mak. Aku cakap dengan abah...abah cakap dengan mak..abah dah ampunkan segala dosa mak dan redhakan mak. Abah kata...kita dah maafkan semuanya..dah tak ada apa2 hutang antara kita..pergilah...kita jumpa di syurga nanti. Sesungguhnya mak memang isteri mithali. menyediakan makan minum abah dengan taat. Setiap kali abah duduk tengok tv...mak menghidangkan air dan makanan utk abah.Bukan minum pagi selepas sarapan aje..minum petang dan jugak supper. Sampaikan selepas mak accident dan ketika dia masih boleh bangun...mak tunggu abah balik dengan segelas air depan pintu.
Sepanjang malam kami menemani emak. Membaca surah yassin dan membisikkan kalimah syahadah di telinga mak. Pukul 2 lebih..aku mengantuk teramat sangat..aku tidor sekejap dikerusi berdekatan pintu masuk wad. Pukul 5 pg..kakakku yang mahu pergi solat subuh mengejutkanku utk menemankan emak. Aku dan suamiku berdua menemani emak…sementara yang lain pergi solat subuh. Pukul 6 lebih..suamiku keluar untuk bersolat. Tinggal aku seorang menemani mak. Tiba-tiba tekanan darah mak turun 60/40..bacaan nadi mak makin mendatar. Nurse menyuruh aku ajar mak mengucap. Aku bisikkan ke telinga mak kalimah syahadah. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi detik sukar ini. Tepat jam 6.55 pagi..mak mengucapkan kalimah Allah dan menghembuskan nafas terakhirnya di depan mataku.
Emak...insan yang paling aku sayang dalam dunia ni telah pergi buat selamanya. Aku pernah berdoa... Ya Allah..Kalau kau mahu mengambil ibu aku..tolonglah izinkan aku berada di sampingnya ketika itu. Allah telah memperkenankan doaku. Abah, kakak dan abang ku yang menemani mak sepanjang malam tidak ditakdirkan berada bersama mak ketika mak menghembuskan nafas terakhirnya. Segala urusan jenazah dipermudahkan. Kami anak menantu mak, memandikan dan mengkafankan mak, membedakkan mukanya, menyikatkan rambutnya. Aku kucup dahi, pipi, dagu mak buat kali terakhir. Mak..orang redhakan pemergian mak. Walaupun terlalu sukar nak melepaskan mak pergi buat selamanya. Allah lebih menyayangi mak. Orang tak dapat bayangkan hidup tanpa mak. Walaupun masa mak sakit...mak dah tak bercakap macam dulu..tapi sekurang-kurangnya mak masih ada di situ. Muka mak bercahaya, tenang dan seolah-olah tersenyum. Alhamdulillah. Ya Allah..Kau kasihilah ibuku sebagaimana dia mengasihi aku..Aminnn..
*****************************************************************************
8 bulan sudah berlalu sejak mak accident. Mak dibenarkan keluar hospital pada hari raya pertama. Seminggu aku berpeluang menjaga mak, memasak, menyuapkan mak dan bercerita dengan mak. 3-4 hari selepas keluar hospital, mak boleh bangun dan berjalan sendiri ke bilik air. Mak dah tak mahu pakai pampers. Mak tak mahu dimandikan..masuk bilik air..mak kunci pintu dan mandi sendiri. Kami memanjatkan kesyukuran pada Allah atas keajaiban ini. Tiap-tiap minggu atau 2 minggu sekali aku balik menjenguk mak. Bila maid aku sampai…aku ambil mak ke rumah aku. 2-3 hari aje mak dah nak balik. Suruh telefon abah ambik dia. Penghujung bulan 12…kesihatan mak agak merosot. Mak dah tak mahu bercakap..pergerakannya pun makin susah.
Aku dan abang bergilir-gilir menjaga mak. Tanggal 20/3/2011..aku mengambil mak dari rumah abangku. Sebulan aku berpeluang bersama mak. Aku ambik peluang peluk dan cium mak puas-puas. Aku tatap muka mak puas-puas. Aku berkata kepada diri aku..peluk dan cium mak puas-puas..kalau ditakdirkan Allah nak ambil mak…nanti jangan menangis kekesalan .... menangis kerinduan. Tengahari aku balik suapkan mak makan..balik kerja masak..dan lepas tu suapkan mak makan malam. Tapi I wish I spent more times with her. Mak teringin makan kek lapis..aku dah suapkan. Selang seminggu sebelum hantar mak balik..aku sempat suapkan mak durian. Sambil bercerita dengan mak..dulu tiap2 tahun ketika musim durian..mak kirimkan durian satu guni dengan bas. Walaupun ketika dusun durian kami dah kurang berbuah..mak beli durian dengan orang kampong dan poskan kepada anak2nya. Tahun lepas..2-3 kali mak kirim durian kat kami. Mak ingat sgt yg anak2ku sangat sukakan durian. Mak senyum bila aku tanya MAK..sedap tak durian ni. Hujung minggu kami berjalan ..kami bawak mak sama naik wheelchair. Suamiku dan anak2ku bergilir2 menyorongkan mak. Dari mak sihat sampailah mak sakit dan duduk atas wheelchair. Aku sangat bangga dan gembira dapat berjalan bersama dengan mak. Satu perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata. Masa mak sihat...kami adik beradik dan menantu perempuan suka jalan shopping2 dgn mak...mak pandai bagi pendapat..apa yang cantik..
Dari aku kecik sampai aku dewasa ni...perkara yang paling aku takuti sekali ialah kehilangan mak. Mak menduduki tempat no. 1 dalam hati aku. Aku selalu berdoa agar mak dipanjangkan usianya dan diberi kesihatan yang baik...agar aku boleh bersama dengan mak sampai bila2. Aku tahu perkara yang paling aku tak boleh hadapi ialah kehilangan mak. 2-3 bulan lepas..aku mimpi gigi aku tanggal...dan dalam sebulan lepas..aku mimpi mak gunting kain kapan. Aku cuba abaikan mimpi itu sebagai mainan tidur.
Aku selalu rasa kesian dengan mak. Ketika kami adik beradik mendapat kasih sayang melimpah ruah dari mak. Tapi mak tak pernah berjumpa dengan ibu kandungnya apatah lagi merasa kasih sayang ibunya. Mak dibesarkan oleh keluarga angkat. Semasa mak kecik..ibu angkatnya meninggal dunia dan mak mendapat ibu tiri angkat. Mak kena kerja kuat dari kecik lagi. Sekolah setakat sekolah rendah kerana sekolah jauh berbatu-batu. Walaupun tak berpendidikan tinggi..mak sangat berpengetahuan luas. Kami boleh bercerita apa saja dengan mak. Pasal harga rumah, pasal kereta, pasal kerjaya, pasal bisnes, politik dan apa sahaja.
Semasa mak sakit...aku berusaha bawak mak berubat ke sana sini..asal mak kembali sembuh macam dulu. Tapi kesihatan mak makin merosot. 2-3 bulan sebelum mak pergi..mak makin susah nak bangun..berjalan kena berpapah. Mak makin tak bercakap. Seminggu terakhir di rumahku...mak kerap tersedak. Rupanya itu antara tanda-tandanya.
Hari ni dah masuk hari ke 10 mak kembali ke rahmatullah. Aku terlalu rindukan mak. Aku masih tak percaya mak dah pergi buat selamanya. Mak meninggalkan 2 jenis kenangan. Satu semasa mak sihat, ceria, cergas ke sana ke mari. Satu lagi..kenangan selepas mak accident. kenangan masa mak sakit dan tak berdaya. Aku memilih untuk mengingati mak dalam kenangan yang pertama. Mak yang sihat dan bukan mak yang sakit dan tak berdaya. Aku akan bertambah2 sedih bila mengingati mak dalam kenangan yang kedua. Setiap kali balik ke rumah...aku terbayang-bayang mak di sofa, dikerusi makan dan di katil bilik bawah.
Seminggu yang pertama. Aku tak berdaya. Semangat aku hilang. Aku gagahkan diri pergi kerja. Balik kerja aku hanya mampu baring berselimut. Hari ni aku masih mengumpul kekuatan menghadapi hari mendatang. Terima kasih pada suami aku yang mengutip sisa-sisa semangat aku yang hilang. Gambar kenangan bersama mak pengubat rindu aku buat mak yang sangat aku sayang. Mak...orang rindu sangat dengan mak. Semoga kita berjumpa di sana nanti dalam satu keluarga yea mak.
Tuesday, 3 May 2011
Friday, 1 April 2011
My Wish..
Dah berapa minggu naik cuti...barulah nak update pasal cuti sekolah. Tahap kelembapan yang tinggi nampaknya. Entri yang terperap jadik tempoyak dah. Sebelum tu nak cerita 2 perkara yang teringin aku nak buat sebelum mati. Salah satunya ialah tengok teater. mesti korang ngumpat dlm ati. Aparaa..sebelum mati patutnya nak pegi haji ke..ni nak tengok teater. Haji itu sudah semestinya maggilah. Yang ni wish aku. Sebenornya dah 2 kali aku tengok teater sebelum ni..tp sebab teater free..takde feel hehehe. Banyak teater yang teringin aku nak tengok tp dah terlepas sbb waktu tk sesuai. Le maklum akak ni kan dok jauh dari lembah kelang. Kebetulan waktu cuti sekolah ni ada teater Lat Kampung Boy The Musical ..apalagi tanpa melengahkan masa kami menempah tiket. Walaupun pelakon utamanya akak tak berapa minat sbb telah menduakan bini dia. (ish..ish.. kisah lampau pelakon tu pun masuk pertimbangan nak tgk teater eks...emosional betul mokcik nih..!). Tapi sebab minta Lat kitaorg pun on program. Aku really enjoy the teater. Pakweku? Aku risau aje..kalau dia boring ke..bantai tidor ke. Hermss..tak sangka pandai layan teater jugak dia. Tapi part yang aku tak boleh tahan tu..bab gelak kuat. Dibawaknya perangai gelak kuat kat dlm wayang tu ke Istana Budaya. Ish..ish. Bang oiii..org tengok teater gelak sopan tau..bukan gelak sekuat2 ati. Kang kena lontar keluor pulak kita kang...haha. Aku suka lakonan Jalil Hamid sebagai bapa Lat..memang menjadi. bak komen columnist dlm NST..he is born to be Lat's father (in the teaterlah). You all ingat Mrs Hew? Yang sanggul tinggi tu. bila dia keluar aje..semua orang tepuk tangan. Sanggul tinggi dia tu mmg talak boleh tahan wooo.. Lakonan Awie sebagai Lat masih banyak boleh diperbaiki. Aku tengok datok Lat seorang yg composed and relax...tp Lat di tangan Awie agak gelabah. Manakala Atilia pula sebagai isteri Faezah..isteri Lat. Agak brutal pulak digambarkan isteri Lat. Ini hanya my personal observation...hehe. mengalahkan wartawan hiburan pulak aku komen yek.. Apa-apa pun aku sangat enjoy tengok Lat kampung Boy the musical. Besoknya tu bawak budak2 pegi Petrosains..as they wished. Pegi pukul 11...dapat tiket masuk kul 3.30. Balik hotel dulu..bg hazeem tido..baru keluar balik. Sebabnya dia keletihan mandi kat Swimming Pool. Takut keletihan dan kengantukan dia tu akan menganggu plak modd abang2 dia nak berlama2an kt dlm tu. Acap n Dzahin cukup enjoy dok kt dlm tu...sampai dah pkl 6.30 diaorg nak tutup..kitaorg barulah keluor. Tu pun sebab dah kena sound.. Petrosains dah nak tutup encik. Aku terbayang kalau terkunci kt dlm tu...mesti mcm citer omputih..semua benda2 dan machine2 tu hidup. Hantar anak2 n maid balik hotel...agenda seterusnya...down the memory lane. Pergi ke pasar mlm jalan TAR. kenapa aku tengok semua makanan kat situ cukup menyelerakan? Aku serbu rojak Singapura paberet aku sejak zaman berzaman. Walaupun aku bermastatutin dkt je dgn Singapura..tp rojak Singapura paberetku itu berada di KL...pelik tp benar. Kat sini aku tak jumpa plak bendalah tu. Esoknya..siaran ulangan pegi ke Sogo...hari first serbu Sogo...sebelum balik pun serbu Sogo gaks. Bilalah aku nak pindah tempat paberet sopping ke Pavillion ke atau lagi best London ke...hehe. Balik singgah rumah abang..ambik mak...then balik ke our home sweet home..
port paberet hazeem di petrosains ...sesuai utk budak bwk umor..
Really enjoy ur company dear.. lain kali kita pergi lagi yek..
rasa mcm angelina jolie plak bila ada papparazi amik gambor berheret2 dgn anak2...hihi..