Saturday, 25 April 2009

Chill out @Melake

Beberapa minggu lepas, kitaorg turun ke Melaka yg boleh dianggap our third hometown. Kaum kerabatku yg terdiri dari mak bapakku, adik beradikku, anak2 sedaraku dan familyku telah berangkat ke Pej. Imigresen untuk misi membuat pesepot berkumpulan.


Urusan membuat pesepot itu tidak berjln dgn lancar kerana kerenah birokrasi... di mana maklumat yg disampaikan tak seragam. Maleh nk citer pjg lebor. Maka kanak2 yg keboringan telah menjadikan pejabat imegresen itu sebagai playground mereka. Abis riuh rendah anak2 ku n sepupunya berlari dlm pejabat tu. Heh..nasib tak kena halau dr situ.

















Kaum kerabatku yg menyerbu pejabat Imegresen Melaka
















Babyku terlopong kehairanan bila kena ambik cap jari..




Sebelah malamnya, selepas dinner, kiteorg keluor supper makan capati. And then bila jam menunjukkan 11 mlm kitaorg pergi lepak di tepi Sungai Melaka. Mula2 layan Eye on Melake. Pastu my SIL pujuk ajak naik Pirate Ship. Aku tak nak sbb ingat lg betapa seksanya naik bendalah tu hampir 20 thn lalu di The Mall.




Dia pujuk mak aku, pun mak aku tak nak. Dia pujuk lg, dia kata ala...yg ni mcm naik buai aje
kalau duduk kat tgh2 tak rasa sgt. Ntah kerasuk apa.. tak alih2 aku n emakku bersetuju. Sekali benda maut tu dh bergerak.. menyesal tak sudah. Maka dgn paniknya kitaorang mintak budak Attendan tu berentikan bendalah tu. Heh..manalah budak tu nak layan. Pastu aku n emakku terjerit2 dr atas Pirate Ship tu mintak akak aku n Mr. Z yg tak naik suruh diaorg bitau budak attendan tu berentikan bendalah maut tu. Masa tu kepala aku dh rasa takde oksigen, rasa nak terjun aje. Turun tu mak aku dh pening and muntah. Inilah punca Hypotensionku makin parah. Mak aku yg hypertension pulak sampai ke la ni kepala dia mudah berpusing. Bila aku googled psl Hypo.. dia kata klu kita melalui peristiwa yg panik..Hypo kita makin parah. Inilah puncanya.

















Budak2 pun chill out mkn capati..



View kat tepi Sg Melaka















Kaum kerabatku @Eye on Melake


















Yg kt tgh2 tu aku n emak n Acap. Kaum kerabt aku je yg menuhkan bendalah tu mlm tu. Lepas ni upah 1 juta rupiah pon tak hingin aku nak naik Pirate Ship tu.


Keesokan harinya kitaorg bawak emak bapak dan anak2 pergi mana lagi ... kalo dah kat Melake..pergi Zoo le... hehehe. Macam kt KL n JB takde zoo aje.















Makan2 lepas tgk gajah.













3 stooges lepak lepas tgk gajah show.





Tgh beratur nak naik tram

Sunday, 19 April 2009

Happy Birthday Darling

Tanggal 18 April yg lepas genaplah umur yang ke 34 tahun my soulmate. Dalam kepala aku dah plan macam2. Kebetulan Mr. Z n kroni nak buat dinner 10 thn penglibatannya dlm bidang yg Alhamdulillah Allah permurahkan rezekinya. Tahun2 yg lepas, celebrate birthday dia standard la..beli kek, bagi hadiah..makan kt luar. Ada sekali tu je aku panggil kroni2 dia buat suprise mkn kt luar. Tp aku ni tk mcm dia..not very good at giving suprise. Mcm kalut je gitu.

So this year aku berazam nk buat something yg dia boleh kenang sampai bila2. Meminjam ayat dia ni..at least kalau aku dah takde nanti..ade la benda yg dia boleh ingat. Tapi kita hanya merancang.. di kala hari semakin hampir..aku dilanda kesibukan kerja tahap gaban. Mcm2 aku nk buat. Aku nak tempah kek letak gambar dia atas tu. Tp bila aku call brader wat kek tu dia kata tak sempat sbb dah last minute. Kena buat plan B plak. Aku call komiti dinner tu yg ditugaskan buat bunting. Aku mintak tolong dia boleh tak tolong tempahkan bunting ucapan Birthday. Aku pesan dia kat dia jgn sampai besday boy tahu. Buat resit asing tau. Ok kak. TQ Sam.. dgn baik hatinya menolong akak.

Pastu projek X aku ialah aku nk buat presentation ucapan birthday. Aku kumpul gambor2 yg sesuai. Call ibu mertua minta bawakkan gambor besday boy masa baby atau kecik2. Hemm..takde. Yela kita dulu-dulu bukan senang nk bergambor ek. Aku jumpa kroni2 dia utk rakamkan ucapan birthday dorang kpd besday boy. Aku pesan jugak..this is projek rahsia. Org lelaki ni pun kdg2 lebih dr kita kepohnya cik kiah ooiii. Tu yg kena pesan. Aku rakam jugak ucapan dr ibu mertuaku yg jugak ibu besday boy dan anak2 besday boy termasuk si baby yg belum pandai berkata2. Material sudah ada..tp mcmana aku nk membuatnya. Kalau presentation powerpoint biasa tu boleh la aku buat. Tp aku tak nak yg biasa. Aku nak yg lebih dr biasa. Yg boleh menyentuh hatinya w/pun poketku rabak.

Aku dh tanya kt srg member yg mmg terer wat benda2 ni. Dan dia tak sanggup nak buat. Dia kata at least seminggu baru dia boleh buat. Kalau kwn dia kt luor bolehlah tp kena caj ikut company punya regalah. Ptg tu dh pikir mmg aku tk larat nak buat..berapa pun aku bayorlah..bukan selalu. ntah2 sekali ni ajelah. Aku call dia mintak contact no member dia tu..dan sekali lg aku ckp utk besday my husband tercinta. Tak alih2 Allah lembutkan hati dia..sinilah aku tolong buatkan. Alhamdulillah. lega aku. Ptg jumaat aku bg material, pg sabtu tu dh siap. Mmmg puas hatilah. Tangkap leleh. Dia tanya lagu Imran Ajmain boleh tak? Aku sebenonya bkn amik pot sgt lagu tu. Sbb melodinya yg meleweh2 gitu. Sekali dah siap presentation tu dgn background lagu tu..aku rasa mmg kena sgtlah terutama bait-bait yang ni..

Yang tulus ikhlas


Ingin sekali sekala dirinya dibalas


Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi


Ingin sekali sekala jadi penerima


Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita

Lirik yg seterusnya tu bab terbang2 tu kureng sesuai sikit.



Lepas tu aku kena pikir pulak..bila masa aku nak selitkan video birthday wish tu. Pagi dorang buat rehersal tu, aku menyebok sekali. Aku jumpa coordinator dinner tu bitau plan aku dan dia setuju nak slotkan video aku tu.


Berdebar2 aku nk tunggu majlis mlm tu. Bila dah smpai masa tu, lepas ucapan2 pihak berkenaan, sampailah masa, my besday boy potong kek, potong reben kat bunting besday wish yg aku dan tibalah masanya pasang video tu. MC majlis dah announce ada video special dari aku utk besday boy. Sekali pasang kt slide projektor keluar lagu je..gambor tk keluar. Kt laptop ada. Hampeh!! Frust giler aku. That's why aku tk suka wat suprise ni..silap2 org yg kita nk suprisekan tu tak suprise..kita plak yg tersurprise. Aku call En. R member yg buat presentation tu. Dia dtg tolong tgkkan. Rupanya silap kecik je. At last..video presentation utk besday boy berjaya dipersembahkan dgn jayanya. W/pun terlewat sikit. Thank you so much to En. R kerana membantu merealitikan impian aku..


Akhir sekali Happy Birthday to my dearest soulmate who is also my bestfriend. Semoga panjang umur, murah rezeki, memperolehi keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sangat memahami diriku yg sangat tidak sempurna ini dan selalu sudi melayan kemerepekanku. Semoga gelombang kita sentiasa stay tuned..