
Sejak dapat tahu filem Robin Hood nak keluar..aku dan en asben tersangatlah tak sabarnya nak tengok. Masa moda2 dulu aku ni tersangatlah tak gemornya pesen cerita begini dan yang seangkatan dengannya. Tetapi En Asben sangatlah suka cerita seumpamanya seperti Gladiator dan Braveheart. Aku yang pada mulanya lebih byk tutup muka bila tengok citer2 pesen tu sebab banyak sangat adegan pancung, tikam, panah dan darah sana darah sini..sekarang ni aku tengok cerita ni dari perspektif dia plak. Semangat kepimpinan, semangat juang dan semua semangat2 tu le. Dan aku masih tutup muka bila ada adegan darah2 tu tp tidak le seteruk dulu. Kira dah kuat semangat la ni.
Dah lama benor rasanya aku tak tengok wayang yang memberikan aku kepuasan menonton. Tiap2 bulan aku tgk wayang tp tak puas. Lama dh aku tak masukkan entri tengok wayang. Citer last yang aku tengok.. tajuknya It's complicated kot. Ok gak citer tu tapi akak tak suker ending dia. Takat tengok gitu aje. Tapi bila tengok citer Robin Hood ni. AKU PUASS!!
Filem Robin Hood 2010 ni tentang kisah awal Robin Hood atau nama sebenarnya Robin Longstride jadi macam tu merompak orang kaya untuk membantu orang miskin. Silalah google sinopsis cerita ni. Aku sudah jatuh chenta dengan itu si comot crowe huhu. Lakonan dia sangatlah best. Mulanya aku mcm tertanya2 jugak boleh ke Russel Crowe bawak watak Robin Hood mcm Kevin Costner sebelum ni. Dan aku sangat suka kerana paderi Tuck yg cute tu pun ada. Babak yang aku suka :
Masa first time diaorang merompak biji benih dan semai malam2.. si lady marion suda cair sama robin dan
of course ending dia..
Babak yg i sedih sgt dan nangis ..
Bila Sir Walter..bapak angkat Robin mati kena bunuh. (En Asben kata kalau budak kecik kena bunuh dia sedih..kalau org tua tak pe sebab dia dh hidup lama... aparrra..)
Bila tengok citer ni teringat la aku akan hobbyku yang skrang ni tak dpt diteruskan atas sebab2 masa. Hobbyku dan kenkawan...baca novel historical romance...huhu. Time tu kalau tanya kitaorang ciri2 lelaki idaman. Antara jawapan yg korang akan dengor ialah arrogant. Chess.. tu le percaya no bulat2 dakyah author tu..Jude Deveraux dan yang lain2. Kalau sekarang ni jawapannya... yg memahami, yg rajin tolong kita dan sewaktu dengannya. Dah hilang akal ke hapa nak laki yg arrogant. Itu le jawapan masa kita semua naive dan suci murni kan. Bila baca novel tu start le bayangkan betapa gagah perkasanya our knight in shining armour tu hik hik hik. Dah umor camni..bahan bacaan pun dah berubah. Dah nak masuk 4 series le katakan. isk isk isk.