Tuesday, 31 August 2010

Terkini..

Setelah 8 hari mak berada dalam ICU, dengan kuasa Allah…Mak telah membuka mata dan mengangkat tangan memegang luka pembedahan di kepalanya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat doa semua…mak telah melepasi tahap kritikal. Sehari dipindahkan di HDU, mak dipindahkan ke wad biasa. Apabila dipindahkan ke wad biasa, tahap kesihatan mak merosot. Mak demam, suhu badan naik, batuknya menjadi-jadi dan tahap gulanya makin tinggi. Mak asyik tidur tak buka-buka mata. Aku berpeluang menemani mak dua malam di hospital. Semasa di ICU dan HDU sesiapa pun tidak dibenarkan menemani pesakit. Bak kata seorang teman yang menjaga emaknya yang bed ridden selama 10 thn, hanya orang tertentu sahaja yang terpilih oleh Allah untuk berbakti kepada ibu bapanya yang sakit.

Hari jumaat lepas, malam sebelum tu aku menjaga emak dan abah menemani emak sebelah siangnya. Tengahari waktu rehat aku pergi ke hospital sementara abah pergi solat jumaat. Tiba di hospital aku terkejut, katil mak kosong dan barang2 mak dalam beg plastic atas katil. Aku tanya nurse, mana mak saya? Dengan selambanya nurse kata.. dah hantar hospital bandar M. Tak beritahu saya pun..bapak saya tahu? Kitaorang call satu no. tu tak angkat..kitaorang hantar aje sebab susah nak dapat ambulan ke bandar M. Kebetulan ada ambulan hantar patient ke sini..kitaorg pun tumpangkan sekali. Ya Allah..menggigil aku dengor kata2 nurse tu. Bila aku tengok no. tu no. bapak aku yang sedang sembahyang jumaat. Memanglah dia tak angkat telefon tgh kat dalam masjid. Aku cakap kat nurse..hari tu masa di ICU saya ada bagi contact no. saya pd doctor. Macam ICU tu hospital lain pulak. Aku cakap..Sampainya hati you all buat mak saya macam tu. Dengan keadaan mak saya sedar tak sedar tu dan takde waris temankan, you all main hantar gitu aje. Dia tu EMAK SAYA bukannya BARANG main campak2 aje gitu. Sesungguhnya aku rasa sungguh terkilan dengan cara diaorg buat mak aku macam tu.

Sebelum tu Dr ada membayangkan nak hantar hospital daerah tapi bukan dalam masa terdekat. Katanya tunggu mak aku OK. Dengan tak disangka2 keesokkan harinya mak aku dihantar tanpa sebarang notis. Sampaikan bapak aku yang menemani beberapa minit sebelum dihantar pun tidak diberitahu.

Setelah 12 hari dibedah, emak makin sedar. Banyak perubahannya berbanding semasa dalam ICU. Hari ni dah 16 hari berlalu. Kadang-kadang mulut mak bergerak2 seperti nak bercakap. Tapi disebabkan tekaknya ditebuk, suara tak boleh keluar. Bila kitaorang bercakap, kadang-kadang mak mengangguk. Bila nampak cucu-cucunya, mak senyum. Semalam aku sudukan air, mak boleh minum sikit2 dari mulut. Aku pujuk mak, kalau mak boleh minum dari mulut, tiub yang dipasang dihidung boleh bukak. Mak mengangguk. Apa yang pasti aku nampak mak bersemangat bila nampak anak menantu dan cucu2nya beramai2 menemaninya.

Sekarang ni hospital tempat permainanan anak2 aku. Berbuka dalam kereta tu sudah satu kebiasaan. Bak kata suami, biar anak2 belajar susah sikit. Ya, selama ni kami banyak diuji dengan kesenangan. Kali ni pada Ramadahan 1431 Hijrah, kami diberi sedikit ujian tanda kasih Allah pada kami. Semoga suami dan semua anak2, menantu2 dan cucu2 mak diberi kesabaran dan kekuatan berbakti pada mak. Sepatah kata abah.. Selama ni mak dah banyak berbakti pada kita..sekarang ni masanya kita nak berbakti pada dia. Kami akan terus berdoa dan berusaha untuk kesejahteraan mak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan atas doa dan kata2 semangat dari kalian. Saya sangat menghargainya dan ketika melalui saat getir inilah baru saya tahu saya ada ramai kawan yang sayangkan saya.

Sunday, 22 August 2010

Catatan Buat Mak

Mak,
Hari ni ramadhan ke 13. Hari ni genap seminggu mak accident jatuh motor. Siapa sangka bawak motor dalam kampong boleh jadi sampai macam tu. Dah seminggu mak dalam ICU. Orang takut sangat orang kehilangan mak. Mak tolonglah bangun mak. Tolonglah bukak mata mak.

Mak,
Masa mula2 dapat tahu mak accident, hati orang cemas sangat. Betullah telahan orang yang sesuatu yang buruk akan berlaku. Ingat lagi hari Ahad masa orang balik kampong. Mak beritahu ada orang kampong meninggal, accident. Umurnya muda lagi belum 40 thn, tinggalkan anak 5 orang. Lepas tu mak tenung lama, macam nak beritahu orang sesuatu. Orang perasan mak tenung orang macam nak beritahu sesuatu tapi lepas tu orang tanya mak benda lain. Masa berbuka hari Sabtu tu mak masak asam pedas ikan tenggiri. Orang rasa itulah masakan mak yang paling sedap sekali. Orang tengah tak puasa, besoknya tu mak suruh makan, mak dah panaskan asam pedas tu utk orang makan. Sampai petang sebelum balik, orang carik asam pedas mak tu.
Tengahari tu kita bertiga pergi ke pekan. Orang, mak dan Ima. Zack tinggal umah jaga anak. Orang nak carik baju raya. Ajak mak teman sebab mak terer tawar dan kenal org kedai tu. Boleh dapat harga meniaga. Orang beli jubah biru. Bila orang cuba jubah tu mak kata kalau Zack tengok mesti dia suka kata orang macam artis ni. Balik tu mak excited cerita kat Zack yang orang beli jubah biru cantik.

Mak,
Setiap kali orang melangkah masuk ke ICU, kaki orang rasa longlai, perut rasa kecut dan orang macam nak pengsan mak. Tapi orang kuatkan semangat sebab mak ada kat dalam tu. Sehari lepas operation, doctor komakan mak. Kaki dan tangan mak sejuk sangat. Orang takut. Besoknya tu bila orang tengok abah senyum bila lepas tengok mak, orang tahu mak ada kemajuan. Memang betul, kitaorang lega sikit sebab tangan dan kaki mak dah panas. Hari ketiga tu mak dah boleh gerak tangan dan kaki sikit-sikit. Orang, abah, akak, edin, zack happy sangat. Abang A yang dah terpaksa balik Melaka pun excited sangat dan nak datang naik bas petang tu. Padahal besoknya tu dia nak datang sini lepas anak dia balik sekolah. Petang tu Dr mintak abah sign consent form untuk tebuk tekak mak. Abah sign. Petang tu tekak mak dah kena tebuk. Bila orang sentuh mak, cakap dengan mak, mak diam aja. Akak rasa dahi mak. Mak demam dan mak tak gerak-gerak. Hati orang luluh mak.

Mak,
Hari Sabtu hari tu ramai melawat mak. Kawan Zack pun datang bacakan Yassin kat mak. Bila ramai-ramai berkumpul kat rumah orang, Orang lagi terasa ketiadaan mak. Selalunya masa ramai-ramai tulah mak rajin bercerita itu ini, bergurau macam-macam. Mak hidangkan macam-macam makanan. Abah diam aje tapi orang tengok mata abah merah. Masa sembahyang berjemaah malam tadi, masa baca fatihah suara abah bergetar lepas tu abah diam lama.

Mak,
Hari tu mak mintak Hazeem panggil nenek. Tapi Hazeem diam aje. Tapi sejak akhir-akhir ni, Hazeem asyik sebut nenek lepas tu muka dia mencemik. Orang sedih.

Mak,
Semalam akak, abang A dan Edin dah balik tempat masing-masing. Akak dgn Edin dah seminggu kat sini. Kak S nak bersalin mak. Hari ni dia dah masuk hospital, besok Dr induce dia. Orang ingat mak gelak bila orang cakap dgn kak S orang nak anak dia sebab dia ngandung baby girl. Orang syukur sebab di sebalik ujian Allah ni, mak dekat dengan orang. Orang boleh jumpa mak hari-hari.

Mak,
Orang bukanlah anak yang baik. Orang selalu leka tak telefon mak. Sibuk layan anak-anak, bila orang telefon dah malam…abah kata mak dah masuk tidor. Selalunya maklah yang telefon orang. Ampunkan orang eh mak. Tapi orang syukur sebab hari minggu sebelum tu orang balik jumpa mak dan sempat berikan barang-barang yang orang beli kat Sabah. Mak kata sedap ikan terubuk masin yang orang beli tu.

Mak,
Dr kata kalau mak tak bangun juga, Dr nak operate lagi kepala mak. Nak tengok kalau-kalau ada jangkitan kuman. Mak, mak kuat semangat kan. Mak bukak mata eh mak. Mak bangun ye mak. Walaupun apa pun kesannya ke atas tubuh badan mak, kami anak-anak redha. Tapi tolonglah bangun. Kami nak beraya bersama mak. Ya Allah! Tolonglah sembuhkan mak aku, bangunkan mak aku. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha Berkuasa ke atas segalanya. Amin Ya Rabbal Alamin.