Wednesday, 12 January 2011

Selamat Tinggal 2010 ...Selamat Datang 2011

Selamat tinggal tahun 2010. Banyak kenangan pahit manis. Apa yang pasti kemalangan yang menimpa mak akan terpahat dlm memori kami buat selamanya. Mak bukan lagi mak yg dulu. We all really miss the old mak. Apapun bersyukur kerana Allah panjangkan usia mak. Sebelum penghujung tahun 2010, en. Asben mengajak aku ke stadium tengok bola Malaysia vs Indon. Sebagai isteri mithali..ehem..ehem...akak layankan ajelah. Dalam hati dan kat mulut pun bising je mulut aku. Isy..tak bahaya ke bang..kalau diaorg berparang2 ke naya aje. Sungguh la kurang berimannya kalau terkorban di stadium masa tengok perlawanan bola sepak. hahaha. Spt biasalah otak aku ni suka pikir bukan2 tau. Nak sampai tu cukup le mencabar..kat dlm lrt mcm bersauna...panas..bau2an lagi. uhuk..uhuk..nak terpensan eden. Kuatkan semangat demi Malaysiaku terchenta!! semangat2. Betul korang...aku rasalah nilah first time aku nyanyi lagu negaraku dengan suara yang kuat dan sangat bersemangat. Tak sia2..Malaysia menang 3-0!! yeay!!




Keranamu Malaysia...!! Tak sia2 eden ke stadium malam tu.






Riuh rendahnya kat dalam stadium..semangat patriotik aku menyala2 ketika ini... I LOVE MALAYSIA..Tanah tumpahnya darahku!!

Selamat Datang 2011
Aku alu-alukan kedatangan tahun 2011..semoga membawa sinar bahagia kepada kita semua. Selamat tinggal buat episod suram 2010 pergilah kau berlalu buat selamanya. Tahun ni acap naik darjah 4 dan dzahin naik darjah 1. Ohhh..sekejapnya masa berlalu. Aku rasa mcm baru semalam dzahin masuk kindy 5 tahun..ni dh masuk darjah 1. Aku ambik cuti nak menengok anak masuk sek. Excited terlebih. Saiz baju dan seluar acap dan dzahin sama. Si kurus dan si debab.


Layan jelah pix yek.


Aktiviti 'kegemaran' akak setiap kali budak masuk sekolah ialah jahit lencana!!. u all nak tahu..first time jahit lencana masa acap nk masuk darjah satu...JARUM PATAH!! Bukan jarum halus tau..tp jarum normal besornya tu. Sekarang ni dah ok...dah boleh ckp n gelak2 masa menjahit. Maid aku kata...wah!! mem jahit cantik dan halus. Eleh..sajelah tu bodek aku..bior aku tak suruh dia menjahit..hak hak hak.




kat kantin sekolah. Pagi tu bawakkan dia bekal nugget dan air. Bagi duit. Masa waktu rehat..aku pegi menjenguk...dia tengah sedap makan mee hoon goreng. Budak sorang ni memang kaki membeli belah..tak payah risau takut dia lapor ke apa.


kat sekolah agama. Tengah nak ambik periksa penempatan kelas.


First day naik van balik dari sekolah agama. Semoga Allah sentiasa melindungi anak2ku. Risau keselamatan anak2 bila takde depan mata kita. Tapi we have to go through all this.

Thursday, 23 December 2010

Entri Tertunggakkk!!!

Tensen tahap gaban makcik. Dah le berkurun2 tak dapat nak mengapdet blog ini. Ditekankan di sini..tak dapat bukan tak sempat. Masa cuti sekolah ari tu punyalah banyak free time bila kat umah..tapi cukup le malas nak bukak laptop. Datang angin suka tengok tv lah pulak. Dah upload gambor siap2..malam tadi tgh taip2..tiba2 makcik tercuit apa ntah..alih2 tinggal huruf n AJE!!! Bila mr asbenku balik..aku tgh tensen nak meletops tu. Dia kata kan tujuan buat blog nak santai2..bukannya utk tensen. Iyolah tu. I pun ada KPI utk blog i tau. Tapi sah2 KPI ku tak tercapai tahun ni. Azam tahun baru nak lebih kerap apdet blog ...hehehe.



Terlalu banyak peristiwa berlalu tak dapat kuceritakan di sini. dah basi dan bercendawan pun. Peristiwa utama of course gathering bersama sahabat terchenta di rumah Anis. Oh..bestnya jumpa u all semua dan u all masih sama seperti dulu. Aku heran betullah.. apalah rahsia kawan2 ku semua..semua muka masih spt dulu dan tegang2. Hehe..bukan bodek tau!! Aku rasa aku yg paling tua kan kan. Seronoknya berborak..ketawa..makan2...borak..gossip( i like!!)..ketawa. Soalan dari Diana yang paling menggelikan hati aku. Ayat sebenor makcik dah lupa. Camna ko boleh kawin..kan dulu masa belajor ko tak laku?? Hahaha...Aku pun heran camnalah aku boleh terkawen ek. Dh 3 org anak dah makcik ha. Aku rasa laki aku tu rabun ayam taim tulah Diana..hik3. Belum puas bermesra2 dgn kenkwan..kami terpaksa mengundur diri. En. Asben nak tengok bola..Malaysia vs Vietnam. Masa tu aku kata..ala..team Malaysia main pun nak tengok ke.





Esoknya kami berangkat ke Penang sbb makcik ada konperen. Hangkut anak pinak sekali. Ohh..aku rasa sungguh tak puas sbb...dapat jalan2 malam hari je. En. Asben dan bebudaklah seronok sakan mandi kolam. en. Asben jd lady of leisure(ke master of leisure ek)..pergi gym, spa, sauna lagi. Jeles giler aku. Ngelat betullah. Lain kali aku nak cuti betul2. Tak nak main tumpang2 komperen.



On the way balik, singgah zoo n Night Safari Taiping. Aku bayangkan Safari cam kat korea tu. Binatang bebas berjalan sana sini. Ropanya Zoo biasa yang boleh dilawati waktu malam. Tapi budak2 happy especially Hazeem. Ma, nak ngeng ngeng agi ma. kata Hazeem. Setelah ditranslate maksudnya - Ma, saya nak naik bas tu lagi ma.

















Hazeem n bro at pool.




Naik feri ke Penang. Hazeem over excited. Ma, air mak..katanya. Nampak benor le tak pernah naik feri. Tahun lepas naik feri ke pulau Pangkor dia tak ingat kot..sbb kecik lg.


Gathering with kenkawan at Anis's house. Anis dah balik SP pasni nak gathering kat umah sapa plak ek. Sekejap betul masa berlalu dan terpaksa berpisah semula. Entah bila tahunlah dapat jumpa uols lg yek.



Acara wajib. Makan2 at Padang Kota. Kali ni kureng excited..sebab tahun lepas dah terover makan dah sakit perut. Insaf mak.




Daddy n the kids tengah buat sand castle..





at Zoo Tepen..