Salam Ramadan buat semua...Eh...dah nak raya pon. Sori aaa..aku yg mempunyai tahap kelembapan yg tinggi ni sukerrrrr sgt peram draft tau. Sampai sebln aku peram. Takde bakat sbg blogger lgsg.
Tanggal 5 Ramadan genaplah setahun peristiwa yang tak akan dilupakan buat selamanya. Bulan ramadhan tahun lepas, masa kami banyak di hospital. Tengahari berkejar ke hospital, petang balik kerja ke hospital. Juadah berbuka kami hanya di beli di kedai hospital.
Tahun ni kami sekeluarga menyambut ramadhan di kampung. Bersahur di rumah mertua dan berbuka di kampungku. Aku sekeluarga dan abang sekeluarga menemankan abah berbuka. Terbayang kesibukan mak di dapur semasa masak untuk berbuka puasa. Kali ni aku dan kakak ipar masak juadah berbuka. Aku buat pulut durian, puding mangga dan masak ayam masak kicap. Kakak iparku masak gulai tempoyak daun kayu. Seperti biasa abangku dan z pula membuat air kelapa muda fresh from the pokok.
Setelah genap seminggu berpuasa..baru sekali aku menjejakkan kaki ke PARAM. Itupun masa di kampung. Di sini lepas balik opis..aku terus memecut balik ke rumah..semangat memasak berkobar2. Z aje yg ke PARAM membawa hasil rampasannya. Bila dah jarang ke PARAM...aku makin hilang skill membeli juadah berbuka...Z pulak makin terer sopping..dah terbalik.
Time bulan posa ni...aku suka benor menjamu mata pegi ke blog2 masakan. Bersama ni aku tepekkan gambor hasil masakan aku yg tidak sepertinya. Ambik pakai kamera tepon je..tak sempat le nak keluarkan kamera bebetul nak ngambik gambor. Let's layan the pix yea..






Nasi Ambang masa kenduri arwah mak..


Donut untuk minum petang..

Merata-rata kt blog masakan blogger menayangkan apam polka dot dorang. Semangat pon membara nak mengedot jugak...tp tangan tak bedung kan...Inilah hasilnya. Design yg pelik2 tu hasil tangan anak terunaku Acap..hehe

Puding roti marble...skrang ni tgn dah lembut sikit nak memarble. Practice make Perfect. Yg ni masa aku bwk utk potluck opis.

Puding labu...masa tgh teringin sgt nak makan desert berasaskan labu...

Aku buat ni masa utk kenduri arwah kt kg...

Kuih ketayap...Seketul yg panjang tu hasiltangan bapaknya.. 3 yg gumok2 tu ai yg menggulongnya. Paberet sejak zaman berzaman nih..ingat masa kecik2..atok aku dtg umah mesti bawak kuih ni. Anak2 aku pun suka benor kuih tradisional ni..