Tanggal 27 oktober..kami seramai 12 org terbang ke Kota London dengan pesawat MH 0004..penerbangan jam 10.00 pg. Tobat aih nak naik flight pagi utk penerbangan yang memakan masa 13 jam. Adoiii...leper vontotku..hik hik. Dah abis movie aku tgk..last2 aku main solitaire.. game lain aku tatau main. Takde plak game Angry Bird dlm flight tu..hihi.
Sampai di Heathrow Airport dalam pukul 4.30ptg, tapi hari dah gelap mcm malam. Ambik Tube ke Colindale..tiga kali tukar tube dengan beg besornya. Aku dan sorg lagi membawak beg paling besor..saiz 28 hehe. Nasib ari tu aku tak beli saiz 29 kalau tidak lg over mak. Sekali tu ada sorang tu terturun awal sebelum stesen yg sepatutnya. Adoiii..jenuh la kami menunggunya. Dah tu perut aku pulak wat hal. Carik toilet tak jumpa. Kalau kat Malaysia..bersepah toilet kan. Tp kat sana..cukup la susah nak carik toilet. Agaknya org sana tu pandai programkan sistem badan diaorg..membuang kat umah je kot..hihi.
Akhirnya pd jam 6 atau 7 ptg..dlm hujan2 renyai..kami sampai ke tempat penginapan iaitu Wisma Indonesia yang nun jauh dari kota London...berada di zon 4. Ambik masa 30 minit dr London nak ke sana. Dari Stesen Tube Colindale..jaraknya dalam hampir 1 km kami berjalan mengheret beg besar. Itu baru intro...tungguuu cerita hari2 seterusnya...
Malam itu aku tertido keletihan..tepat jam 2.30pg..mataku sudah terbuka dan tak boleh tido lg dah. Adoiii...jet lag telah melanda. Mata masih ikut waktu Malaysia. Besok pagi..jam 7.30pg keluar dr rumah penginapan ke stesen tube Colindale..beli oyster card utk 1 minggu berharga 45 pound. Destinasi pertama..King's College London. Sampai ke sana jam 9.30 pg..appointment pkl 10 pg. Byk yg dipelajari di sana..especially how they appreciate dan menjaga buku2 klasik seawal 1400M lg.. semua buku2 tersebut still in a very good condition. Banyak buku dari Tanah Melayu yang berada dlm koleksi mereka..yang aku sgt pasti kat Malaysia sendiri kita tak ada buku tu.
Next appointment London University pkl 12.00pm...bergegas kami mengejar masa. Otot2 kaki yang selama ini cukup dimanjakan..sangat terkejut. Rasa kejang kakiku..huhu. Bermulalah episod kami berjalan kaki laju (bukan jalan santai ..strolling kat taman tu) berbatu2 sehari. Rasa fit badan..perut pun tak lapor. Kalau dok opis tu nak ngunyah je rasa. Pagi..breakfast nasi..tengahari atau petang makan roti..mlm dah tak rasa nak makan apa. Bila dah hari2 last baru nak rasa lapor..
Selepas tu..kami turun tube di Bond Street dan berjalan kaki ke Masjid di Central London..jauhnya dalam 3 km dan selepas sembahyang dan makan..lalu di Regents Park sambil mencuri2 utk bergambar dan berjalan ke Oxford Street. Dating pertama bersama Primark.. adoiiihh..geramm sgt dgn harganya yang sangat murah. Primark ni gedung harga patut menjual baju2, kasut2 dan beg2. Tapi yang paling byk baju la.. Aku beli my red boot yang sgt selesa di sini. Dan aku terbeli boot pink utk girl jugak. Sbb aku sgt geram akan kecomelannya. Rahsia nak bershopping dgn berlagak tak hengatnya ialah jgn sesekali mengconvert harga pound tu ke RM. Tp kalau nak convert pun takde salahnya..sbb masih jauh lebih murahhh berbanding harga kat Malaysia.. Itu baru intro shopping yea kawan2.. next entry aku ku sambung lg. Tp aku takdelah shopping brg2 extravaganza cam LV ke...Prada ke...just brg2 biasa je.

Makan nasik puas2 sbl sampai ke London. La..ropanya kat London pun kitaorg makan nasik hari2..hehe. Tempat penginapan kitaorg bg breakfast nasi hari2...
Sesampainya di Heathrow Airport Terminal 4..sementara menunggu tube. Perhatikan badanku yg agak besar ketika ini...tunggguuuu (akibat berjalan berbatu2 sehari..)
Di Regent's Park yang bersebelahan dengan Masjid London. Tapi tak sempat nak ambik gambor kat Masjid tu...sbb sibuk bermain dgn budak kecik pompuan anak Arab mana ntah yg sangat friendly..
Jaket hitam ni sgt menggemukkan aku kan n ini la first n last time aku pakai kat sana. Aku beli dgn harga RM359 after discount kat Sogo. Kalau kat London baru berapa pound. Sesiapa yang nak visit London tak payah la susah2 shopping baju sejuk kat sini...bawak sehelai je jaket dan shop till u drop kat sana...