Today is 1st February oledi. How time flies....eh bukan flies lg...naik jet terus. Sangat laju masa berputar. Dah sebulan kita berada dalam tahun 2012. So this entry adalah rakaman ringkas apa yang berlaku pada 2011 yang ingin ku catatkan di sini buat kenangan diri sendiri...bila dah tua2 nanti....sel2 otak makin mengecut...mana boleh nak ingat semua. Sekarang ni pun amnesia tahap gaban.
Ada sekali tu aku beli barang kat Petronas... lepas bayor terus masuk kereta. Berlari budak cashier tu nak pulangkan duit aku. Tima kasih la dik sebab jujur...semoga Allah merahmati hidupmu. Ada beberapa kes budak cashier kejor aku sebab nak pulangkan baki duit. Org yg tengok suspens je....mokcik ni kena kejor sbb tak bayor ke. Nasib baik la kes amnesia aku sbb lupa nak ambik baki duit. hehe. Ada sekali tu kat pasar malam. Aku beli kuih...bayor ambik kuih dan jalan. Dah jalan berapa langkah pastu ada budak lelaki kejor...kak..kak..sambil hulur duit. Aku tengok je muka budak tu. Eh...sapa plak ni nak mintak derma ke? tapi napa hulur duit bukan hulur kertas. Budak yang jujur itu berkata...kak..ni duit baki akak beli kuih tadi. Terus aku rasa nak hantuk kepala sendiri...bior sel2 otak tu makin berkembang bukan mengecut..huhu..
Ok...dah tersasar jauh la pulak. Sila kembali ke pangkal jalan.

Dzahin kena smackdown kat sekolah agama. Menurut ceritanya kejadian berlaku semasa cikgu keluar kelas sekejap dan budak2 ni menghempap dia dan budak yang atas dia tu mengonyoh kepalanya di lantai berkarpet. Ngeri perut mak menengoknya nak.

Asyraff telah berjaya dikhatankan pada awal Disember lepas. Gambar dirakamkan masa 3 hari lepas berkhatan untuk buka clamp. Masa buka clamp ni lagi tragis dari hari berkhatan. Sebab masa berkhatan ada bius tp buka clamp ni hidup2 gitu. Bila aku dengar budak sebelum tu menjerit2 menangis...aku dah kecut perut tamau masuk. Tp bapaknya tarik jugak aku masuk..isk kejam betul la. Pastu aku menyorok di sebalik tabir ambik gambor..hihi.

Asyraff terima hadiah di sekolah kebangsaan untuk pencapaian masa darjah 3.

Hadiah birthday dari anakandaku dzahin masa birthday tahun lepas. Dia pilihkan aku hadiah ni pastu suruh aku bayor..dia kata adik takde duit.. huk3..touchingnya..

Mac 2011 - First time tengok teater di Istana Budaya...Lat the musical.. Gambar di atas ni adalah gambor semasa Teater Badai Semalam yea kenkwn. Aku dah tak boleh tarik ke bwh..dia terstranded kat sini..huhu.

Pulut kuning yang kubuat sempena birthday my one n only brother. Masa tu my brother n his family datang sebab ada wedding cousin di daerah berdekatan. Aku buat pakatan sulit dgn kak ipar untuk sambut besday abang aku.

Picnic @Desaru. Semua makanan tu homemade dan disediakan oleh tidak lain dan tidak bukan ehem..ehem..makcik la..

cupcake masa birthday hubby..

27 April 2011 -Aku hilang orang yang sangat aku sayang di dunia ni. Dan hingga hari ni aku masih tak sanggup nak guna perkataan arwah untuk mak aku. Bila bercerita aku masih refer her as mak not arwah mak. Hari ni dah 9 bulan dia pergi...aku sangat merinduinya.
Jun 2011 - My Wish telah direplace dgn Mr. E. Aku ni seorang yang sangat sangat sentimental. Kalau nak berpisah dengan kereta yang dah berkhidmat sekian lama (takde la lama sgt pun..3 thn je gitu) ...tersangatlah sedihnya. Terima kasih yea My wish... u have served a lot. Banyak kenangan bersama mak dengan my wish tu. Masa mula2 ambik dia...aku sedang pregnantkan Hazeem. Kitaorang bawak mak dan abah bercuti ke Cameron. Banyak kali bawak my parents sama ke KL. How i wish dapat bawak mak naik Mr.E ni.. mesti mak happy. Setiap kali aku bawak Mr.E ke kubur mak...aku harap mak dapat nampak dan happy utk kami dgn rezeki yang Allah kurniakan...Alhamdulillah..
Julai 2011 -Ramadan pertama tanpa mak. First ramadan sambut di kampung. Menemankan abah berbuka puasa. 23hb Julai 2011 - Dzahin sambut ulangtahun ke 7 dan 24hb Julai 2011 Hazeem sambut ulangtahun ke 3. Aku buat kek birthday diaorg sendiri. Kek coklat dan kek oren.

Ogos 2011 - Asyraff sambut birthday di bulan Ramadan. Buat kecil2an aje. First time sambut raya tanpa mak...sunyi sesunyinya. Aku sangat rindukan rendang daging mak.
Oktober - November 2011 - My childhood dream come true. Dapat menjejakkan kaki ke London and Paris....Alhamdulillah. Terlalu banyak kenangan dan pengajaran yang aku dapat..huhu. Balik dari London kami turun ke KL...tengok teater Badai Semalam. Kali ni tak boleh booking tiket online(apalah..menyusahkan betul).. kitaorang gamble je ptg tu ke kaunter tiket dan Alhamdulillah tiket ada...yeay!! Lakonan mereka mmg puas hati. Aku tgk citer ni sebab novel Badai Semalam tu sendiri dan pelakonnya Umi n Erra. First time tengok Aaron secara live. Oh..sesungguhnya dia sungguh lazat dan berkhasiat..haha...tp mcm kurang mesra alam gitu.

Disember 2011 - After 11 years marriage...akhirnya my hubby bersetuju untuk drive ke Kelantan n Terengganu. Sila perhatikan perkataan drive di situ yea. Sebelum ni dia setuju nak bercuti ke sana tp dgn flight. Akak tak suker...sebab pegi ke Kelate nak sopping...kalau naik flight baper ketul sangat je lah boleh bawak ye dok? Dia sangat berat utk drive ke pantai timur sbb takde hiway. Dia kata dia rela drive ke penang atau kedah dr Kelantan Terengganu sbb pantai barat ada hiway. Kami bertolak jam 9 malam...dan sampai ke Kelantan jam 1 tengahari esoknya...leper vontotku hik hik. Budak2 tidak membuat apa2 perangai yang luar biasa sbb ayahandanya menyediakan berkeping2 DVD untuk tontonan mereka. Diaorang tidor, tgk movie..makan. Aku pulak tido bila driver berhenti kejap utk tidor.
Asyraff masih belum pulih sepenuhnya setelah 3 minggu berkhatan. Rancangan tetap diteruskan. So...dia pakai kain pelekat dok kat seat belakang sekali sesorang. Time aku sopping..dia dok dalam keta...bibik n ayah dia bergilir temankan. Time jenjalan atau makan..dia pakai seluar lembut jalan terkengkang2...hehehe...


Oh..seronoknya bershopping di Pasar Siti Khadijah yang lengang, Pengkalan Kubor yang tak ramai orang dan seterusnya Rantau Panjang yang barulah nampak macam suasana cuti sekolah gitu. Nasib dah tanya kawan..yang mana lebih ok. Dia kata barang kat Pengkalan Kubor lebih murah. Ya betul ! Beribu riban abis...tapi puas hati.. Tercapai jugak cita2ku nak beli kukus besor. Boleh le projek kukus kek lapis pas ni. Dan pinggan mangkuk corelle dan sewaktu dengannya pun mempunyai harga ala Langkawi kalaupun tak semurah di Austalia.
Setelah 2 malam tidor di Kota Bahru...kami ke Kuala Terengganu pulak. Melawat Masjid Kristal...makan keropok losong puas2. Esoknya aku ke Pasar Payang pulak. Sesungguhnya lidahku sudah liat nak kecek kelate ke cakap ganu ke....yang mudah2 pun dah lupa. Dulu2 masa belajor...dok sebilik dgn yam ...pastu yong pun selalu citer bab slang2 pantai timor ni boleh le jugak aku tiru sket2. Sejak hari2 makan tempe ni..lidah dah keras..hehe. So tak dapat le aku bargain lebih2 time sopping.