Tanggal 27 April 2012, genap setahun pemergian emak tersayang. Rasa kerinduan itu macam dah berkurun lama rasanya. Hanya yang pernah rasa kehilangan ibu sahaja yang mungkin faham perasaan ini. Ia rasa kehilangan yang teramat amat perit untuk dilalui. Hanya doa aku panjatkan agar aku diberi kekuatan dan ketabahan mengharunginya.
Di sini ingin aku kongsikan satu artikel yang mungkin you all pernah baca sebelum. Every time I read it, it nevel fail to bring tears to my eyes. Kisah ini hanyalah rekaan tapi I believe with all my heart that my mother is (sorry..masih tak tergamak nak guna past tense) my Guardian Angel.
PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Al Fatihah to mak. Semoga mak damai di sana dan kita dipertemukan semula di syurga nanti buat selama-lamanya...aminnnn..
Monday, 7 May 2012
Tuesday, 24 April 2012
Perkembangan terkini : Memang makin KEMBANG
Hi all..u know wat. After soooo lonngggg tak log in kat blogger. Bila i masuk ari ni...termangu2 sendiri. Tersesat jalan. Kat mana plak nak update blog ni. Adoiiyaii. Nasib jumpa. Kalau tak terkuborlah blogku begitu sahaja kerana tuan tanahnya tak reti nak update kat mana.
Now...I am in my second trimester... 13 weeks. Phewww!! Lega sikit. Masa dalam first trimester...aku jadi lembek mcm kangkung (mengambil istilah maidku). Aku pegi keja mcm biasa...byk pulak aktiviti yang memerlukan tenaga fizikalku selain mentalku. Kukuatkan semangat jebat. Tapi balik rumah aje...aku dah berjalan mcm zombie...terus carik katil. Melelapkan mata seketika. Bangun sembahyang Asar...masak. Lepas aje makan malam..aku dah terkedang balik kat atas katil. Ada ketikanya...nak bangun dari katil pun tak larat..Bapak dialah yang menguruskan hal2 makan minum. Nasiblah ada Si Nopi yang boleh kuharap.
Teringat aku citer Dilla masa mengandungkan Aisyah. Dan ramai rakan2 berpesan..kalau nak pregnant..jgn lambat2..badan makin tak bertenaga. Sesungguhnya sangat benar kata2 mereka. Tapi untuk kes aku tambah satu lagi kejadian pelik. Aku rasa macam badan aku ditakluki makhluk asing yang sangat pelahap. Dalam all day sickness (bkn morning je)...aku akan makan, makan dan makan apa sahaja. Baru lepas makan nasi lemak sebungkus...aku rasa lapar dan mcm nak pitam mcm dah 3 hari tak makan..lalu aku akan makan benda2 lain lg. Akibatnya...jeng..jeng..jeng. Badanku naik mcm dipam-pam. Jerawat pun naik menggila-gila. Dengan kata lain....Aku tersangatlah tak hensemnya sekarang ni. Badan gumok dan muka mcm bulan gerhana. Huwaaaa.
Ramai yang berkata... Harap2 kali ni dapat girl lah pulak yea. Aku hanya menadah tangan aminn. Aku hanya seorang hambaNya yang tak berdaya. Bersyukur dengan apa saja kurniaanNya. Bila tengok baju baby gegerl yang syomel2 tu..memang meleleh air lioq mak. Apa saja kurniaanNya untuk kami adalah yang terbaik. Allah lebih mengetahui di atas segala-galanya.
Aku sering terpikir kalaulah ditakdirkan bukan rezeki aku untuk mempunyai anak perempuan, siapalah nanti yang akan memandikan jenazahku..