Monday, 6 August 2012

Ramadhan Kali Ini..

Assalamualaikum semua..

Semoga kedatangan ramadan kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua. As for me...bulan yang sangat ku tunggu-tunggu dan nantikan ialah Ramadan. Bulan Romantikkan. Saat yang paling kudus dan best sekali bila berpimpin tangan keluar dari masjid selepas Solat Terawih.

Dalam keadaan aku yang sarat ni...Alhamdulillah setakat ni puasa penuh. Masa hari first puasa tu aku masak macam-macam juadah untuk berbuka. Pastu dalam pukul 6.30pm tu dah nak gelap mata nak pitam. Esok-esoknya tu aku masak juga tapi ikut kudrat dan tak ikut nafsu serakah. Selalunya aku masak lauk, Z masak sayur pastu dia belilah juadah dan lauk pauk lain kat Bazar. Aku pulak..knowing my nafsu serakah..baik tak payah menjenguk Bazar. Banyak yang aku nampak dan teringin nak makan dan beli. Hujung-hujung tak larat nak makan...masuk Cik Tong. Buat dosa aje kan. Lagipun dalam masa yang sangat limited tu sempat le aku masak kalau terus balik ke rumah. Maklum le bulan puasa semangat memasak tu berkobar2. 


Tinggal 2 bulan lagi menanti detik yang ditunggu-tunggu. Kali ni rasa tak sabar sangat menanti detik kelahiran melebihi dari anak sulong. Masa anak sulong dulu sebab takut nak beranak kot. Dr dah scan jantinanya. Tapi...tunggguuuu. Paras kesuspenanku sangat tinggi. Aku takut nak mengharap sangat. Apa pun jantinanya nanti aku pakaikan ajelah baju yang dibeli tu. hehe.


                                                        INI...

ATAUPUN

INI...


Dua-dua pun cute kan. (Mak bapak mata sepet tapi tepek gambor baby omputeh...mana nak dapat Jack..hehe)

Sunday, 15 July 2012

Testing

Hi all... This entry is posted via the new ehem..ehem.. Pregnant kali ni aku ngidam nak ehem....ehem. Masa abang dia hazeem dulu, mak dia ngidam nak makan lempeng kelapa aje?..tp tak dpt sbbb ptg tu pegi restoran tu lempeng kelapa dah abis. Mlm tu mak dia dah nak terberanak..hehe. Akibatnya mengences le air lioq anakandaku itu. Cian dia. Kali ni baby ni ngidam nak ehem..ehem plak. Mintak tolong ayah hantarkan ke kedai MAchines nak beli bendalah ni. Dan ayah dgn murah hatinya nak belikan. Rezeki jgn ditolak. Maut jgn dicari. Hadiah Upah ngandung katanya. Heh...rasa macam ibu tumpang anak Cristiano Ronaldo plak. Hihi.. Minggu ni dah 25 weeks. Another 12-15 weeks to go. Semoga semuanya selamat dan sejahtera.