Saturday, 26 September 2009

Kisah Rayaku..

Seperti yang aku war2kan sebelum ni..kali ni aku memang agak kurang teruja nak beraya. Walaupun persiapan raya banyak juga yang kopaknya. Menyumbang kat tokey perabot, kuih muih dan baju-bajuan. Rupanya banyak benda nak berlaku. Kami balik ke kampung mertuaku petang jumaat. Dua tiga hari sebelum tu dah wat mental note..benda2 yang wajib dibawa balik, seperti kuih raya, duit raya dan baju raya. Sebelum balik aku dah asing-asingkan barang yang nak dibawa balik dan si suami lipat balik baju raya budak2 tu masukkan dalam beg. Dia tanya aku..ni aje ke baju raya budak2? Aku kata iya.


Bila dah sampai rumah mertua..aku check balik..adui...rupanya banyak yang tertinggal. Baju melayu budak2 tempah kt kg aku dan mak aku dah setelkan. Baju raya t shirt yg tertinggal. Hazeem punya semua tertinggal. Aku dan si dia wat mesyuarat tergempar. Dan keputusannya ...kami balik semula ambil baju2 raya budak2. It's so unlike him. Selalunya dia kata beli lain ajelah. Tapi kali ni dia lebih rela patah balik..dari mengharung sesak di shopping complex. Malam tu..dalam pukul 11 malam..kami berdua bertolak balik ke jb. Budak2 ditinggalkan di rumah atoknya bersama bibik. Aku terbayang headline newpaper...Nahas semasa pulang mengambil baju raya! Nauzubillah! Dia kata biar dia balik sorang. Aku risau dia mengantuk. So aku temankan. Tapi hampeh! sepanjang jalan aku tidor..sedor2 dah depan rumah..huhuhu. Nasib selamat sampai. Pukul 4 pg baru bertolak balik dan sahur dlm keta. Itu dugaan pertama.





Besoknya tu, a day before raya... dzahin demam. Baring terlepek aje. Bertolak ke rumah belah aku pula. Malam raya di sana. Seperti biasa menu utama kami sejak zaman berzaman, ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam dan lodeh. Tak sempat nak ambik gambor. Raya kali ni, di pihak keluarga belah aku ada pertambahan ahli keluarga iaitu the one and only my adik ipar. Tengahari lepas menziarah kubur dan melawat pakcik sebelah rumah..kami terbang semula ke rumah mertuaku. Badan hazeem dah start panas. Petang tu sempat beraya ke rumah abang iparku. Rupanya itulah rumah terakhir yang kami beraya semasa di kampung.
Malam tu..hazeem menangis, muntah, berak, menangis, muntah , berak dan DEMAM! What a 'happening' night. Dia nak berdukung aje. Bila dah tertidor..letak kat tilam atau buai..dia nangis balik. Walaupun bergilir berdua...nak pengsan jugak aku dibuatnya. Besoknya(raya kedua) kami pusing satu bp carik klinik. Semua tutup. Klinik melayu mmg dah tentulah..klinik cina dan india pun tutup..memang 1Malaysia! Cuma ada satu aje klinik yg buka, manusia terlalu ramai. So, beli ubat di farmasi. Besoknya balik ke Muar..dan ada pun klinik yg buka. Dapat ubat lagi. Bagi hazeem ubat setiap 6 jam..badan dia masih panas. Raya...ke-4, Hazeem masih demam dan Acap pula tumbang..muntah dan demam. So, kitaorang packing dan balik ke rumah malam tu jugak. walaupun cuti seminggu. Malam tu...ayah dia pula muntah2 dan demam! Besoknya tu badan hazeem dah tumbuh satu badan bintik2 merah. Bawa ke klinik..doktor suruh bawa ke hospital.. disyaki denggi katanya. Aku dengar denggi, hati aku dah tak keruan. Dalam ayah dia demam terlepek tu..kami berangkat ke PSC. Aku dah packing baju aku dan Hazeem. Persediaan untuk bermalam di spital. Nasib patient tak ramai. Masuk aje bilik Dr. Catherine...dia belek2 Hazeem....ni campak tipu ni dia kata. Bila nak keluar campak..dia demam teruk..bila dah keluar campak..demam dia reda. Mr. Z kata..macam pernah kudengarlah that exact ayat. Aku tergelak. Itu yg bibik cakap pagi tadi. Mr.Z kata mesti bibik tu dulu student medik Universiti Gajah Mada. Pastu tak boleh teruskan pengajian sebab tak cukup duit. Wakakakaka..





Semalam..(jumaat iaitu raya ke- 6)..kami berdua bantai mengecat rumah. Sebenornya aku dah cukup boring dengan kaler kanak2 riang cat rumah aku tu. Nasib jugaklah budak debab tu conteng kat dinding ruang tamu. Ada jugak faktor2 kuat utk menukar cat rumah. Lepas ni kalau aku dah boring dgn warna cat umah aku ni..aku tahulah nak buat apa..huhuhu. Sampai ke hari ni badan aku masih sakit. Walaupun aku mengecat 25% aje..ala2 finishing la...dgn tgn tak berbedung ni. Pasrah ajelah. Mr.Z kata..at least sekarang ni aku tahu betapa penatnya keja mengecat tu.


Itulah kisah raya aku yang penuh dugaan..adik beradik belah suami pun tak semua dapat jumpa. Tapi ...aku tetap bersyukur., anak2 dan suami aku tak kena demam yg berbahaya seperti denggi atau selsema tut tut. Tapi yang buat aku tak tahu nak cakap apa...setelah pusing balik jb nak ambik baju raya budak2 tu..satu hapah pun tak pakai. Inilah kisah rayaku kali ni yang tidak beraya. Baju raya aku baru sepasang aku pakai, masa raya pertama. 4 pasang lagi masih tak berusik langsung. Baju raya budak2 dan bapak budak pun masih tak berusik lagi. Cuma baju melayu aje yang sempat diaorg pakai masa raya pertama.

Kita layan gambor raya atas permintaan kenkawan huhuhu...



Tema hijau pink, tapi dlm gambor baju budak2 mcm warna kuning pulak. Lepas penat berlari, ajak gambor startlah diaorang wat muka terpenyek.






Wif my beloved adik ipor...





Family photo taking session...





Sessi salam2 and duit raya time

Ayah dia tinggalkan bahagian ni untuk dia cat...tgh kembang kempis hidung dapat peluang pegang berus cat.

No comments: