Tuesday, 27 October 2009

How to Handle Such Question?!

EPISOD 1

Di satu kampong hampir 30 tahun yang lalu…

Anak : Mak, baby tu keluar dari mana?
Emak : Dari pusat. (dengan selambanya emaknya menjawab)

Anaknya yang innocent itu pun membelek-belek pusatnya dan dengan ngerinya membayangkan….. Oh! Tidak. Macamanalah lubang pusat yang halus ni nak mengeluarkan baby yang besor tu. Sehinggalah budak perempuan itu sudah besar sedikit dan mendapat maklumat sebenar dari kawan-kawannya…ke..dari cikgu sains dia, ke..dari ustaz sekolah agama. Budak perempuan tu pun dah tak ingat.


EPISOD 2

Di sebuah rumah di pinggir bandar hampir 30 tahun selepas itu. Seorang budak lelaki berusia 8 tahun mendekati emaknya dan bertanya..

Anak : Mama..homoseksual tu apa?
Emak : Hem..orang yang suka orang lelaki..(gulp….walaupun emaknya agak kegabraan..tetapi dia tetap mengontrol macho menjawab pertanyaan anaknya)

Selepas itu emak budak lelaki itu sangat bersyukur kerana budak lelaki itu tidak meneruskan pertanyaannya itu.

Tidak lama selepas itu..budak lelaki itu menghampiri emaknya lagi. Emaknya yang sedang asyik masyuk membaca suratkhabar tidaklah terperasan anaknya mendekati. Hobinya adalah melepek sebelah emaknya yang sedang membaca suratkhabar..dan dia akan membaca sama. Tiba2 anaknya membaca dengan kuat…HUBUNGAN KELAMIN bla..bla..bla. Gulp..emaknya sudah mula gabra kalau2 anaknya akan mengeluarkan soalan2 yang mencabar minda. Nasib baik..selepas itu..anaknya menjawab sendiri…oohh..ruangan kesihatan. Ah…emaknya kelegaan. Tetapi ..AWAS!! masanya akan tiba juga.

Emak budak lelaki itu dibesarkan dalam persekitaran yang agak kurang terbuka dalam bab2 tersebut. Maklumat2 seumpama itu didapati dari kawan2, pembacaan dan sekolah(subjek munakahat dan biologi le..hihihi) Bila sampai masanya dia menjadi emak..dia agak kekok untuk berbicara tentang sex education dengan anak-anaknya.

Para pembaca yang budiman(aku tahu bukan ramai pun)..silalah berikan tips bagaimana si emak itu hendak menghandle such question from her kids.

No comments: