Thursday, 31 December 2009

Year End Jalans..

Lamanya aku tak berkesempatan mengapdet blog aku ni. Ada jugak terpikir nak tutup aje blog ni. Sesungguhnya masa itu makin mahal harganya pada aku. 2 minggu kebelakangan ni aku diserang kesibukan yang teramat. Menguruskan rumahtangga satu hal. Projek opis yang bertimpa dan semuanya urgent. Aku apply cuti hujung tahun dari 21/12 sampai 28/12. Last2 23 aku baru start bercuti..tu pun masih kena menyiapkan apa yg patut. Tiap2 hari tido kul 1pg. Muka pun makin nampak tua.


Cuti sekolah kali ni kitaorg memang buntu tak tahu nak pegi mana. Bila dia tanya aku nak pg mana... lokasi yg aku pilih tidak diluluskan. Alasannya tunggu si kecik tu besor sikit. Mmg yea pun..aduhai..dlm byk2 anak aku. Si kecik nilah paling ligat dlm keta. Mcm2 aksi lagak ngeri dia buat. So, aku serah kat dia..pilih ajelah mana2..aku ikut aje. Pukul 3 pg kitaorg bertolak. Kawan dia kata ambik masa 10 jam. Terbayang aku aksi si kecik tu dlm keta. Ngeri i. Harap2 pukul 3 pg dia tido nyenyak..so takdelah tensen sgt. Tapi..masuk aje keta..mata dia terus terbukak. Dan bergerak aktif seperti biasa.


Singgah Air Keroh semayang subuh n singgah Sungai Buloh mandi n breakfast. Pastu perjalanan diteruskan. Sampai ke Damai Laut sedang elok tengahari. Lepas check in n mandi manda...menjenguk ke bandar Lumut dan hasil makanan lautnya. Dinner di Lumut..makanan sedap tapi tersangatlah lambatnya. Besoknya lepas breakfast, bercanda di pantai dan mandi manda di pool. Kitaorg check out n belum decide nak pegi mana. Samada ronda2 di area Perak atau heading back n singgah KL. Lepas lunch terus wat decision nak menjenguk ke Pulau Pangkor. Dah alang2 sampai ke Lumut. Manusia punyalah ramai. Dalam hati menyesal..apasallah menjerumuskan diri dalam lautan manusia ni. Jalan taim musim perayaan (hari krismas) mmglah bersesak2. Nasiblah budak2 tu esp. si kecik tu cool aje.


Setelah beratur lebih kurang 45 minit..barulah dpt naik feri. Sampai sana...sewa keta 2 jam. Pusing pulau..singgah minum (i like lempeng pisang berinti kelapa yg di bakar dlm daun pisang) n belek2 barang... kitaorg bergerak balik. Masa balik..tak bersesak mcm pegi. Alhamdulillah. Sampai Lumut..singgah beli makanan laut n bergerak balik ke Selatan. Singgah tido di Putrajaya. Ada agenda lain menanti. Besoknya pusing Alamanda carik SR yang tersorok. Berapa kali pusing tanya org sana sini baru jumpa si SR. Beli kek besday utk Besday girls. And then berkonvoi ke PD ke TBR. Lagi sekali bersesak dgn lautan manusia. Petang tu dalam hujan yang pada mulanya renyai2 dan kemudianya beransur lebat..kitaorg termasuk si kecik Hazeem bermandi manda di Pool(langgar pantang nampaknya). Malam tu kitaorg celebrate besday nenek n 2 org cucunya yg jatuh pd bulan Disember. Happy Birthday Mak n S n N! Besoknya mandi manda dan bersuka ria lagi. Dan lepas tu balik ke our home sweet home. Besoknya cuti menguruskan baju kotor yg bertimbun2.



View on de way ke Lumut..




Makan tengahari..



Of all the places..apsallah laki aku pilih Lumut. hems..layan jelah..zass.




Baru sampai ke Damai Laut..








Pagi2 buta pun dh ramai org kt Pantai.



Lengang n sunyi aje kt jalan..







bercanda di pasiran pantai....






acara bermandi manda di pool.







Feri ke Pulau Pangkor.




View dr atas feri.




kt atas feri..






Kt TBR PD. mak aii..ramainya manusia.









Happy Besday Nenek n cucus..




Besday gals n family..

Monday, 14 December 2009

Berlibur@A Famosa

Hai auntie2. Kali ni Hazeem nak tumpang bercerita kat blog mama. Mama kata badan dia rasa lemau dan tak larat nak menaip. Dia rasa nak tidor aje. Maklum le mama kita tu bukannya muda lagi. Tapi main macam budak2.

Hari Ahad lepas ayah bawak Hazeem dan mama dan abang2 Hazeem pegi A'Famosa. Hazeem rasa seronok sgt sebab atok, nenek, semua pakcik dan makcik dan sepupu Hazeem semua ada sekali. Hazeem rasa mcm meriah sangat. Best tau. Lagi satu yang paling Hazeem suka..ni lah first time Hazeem boleh mandi kolam betul2. Tak macam dulu celup2 kaki aje. Pastu ayah kita belikan kita kereta warna merah yang boleh bawak dalam air. Hazeem rasa macam nak nyanyi lagu papaku pulang aje. Tapi lagu tu macam susah sikit nak nyanyi. Tapikan ada satu lagu yang kita pandai nyanyi..mama dan ayah kita pun suka dengar Hazeem nyanyi lagu ni. Cuba auntie2 dengar. Potong..potong..potong. Best tak lagu ni?


Okeylah..berbalik kepada kisah pergi A'Famosa tu...yang paling best sekali..Hazeem dapat naik gelongsor yang tinggi sangat tu. Ayah pegang Hazeem. Mama pun bawak Hazeem naik gelongsor jugak tapi best sikit aje sebab tak tinggi sangat. Ayah bawak Hazeem naik gelongsor tinggi tu 3 kali. Lepas tu mama cakap dgn ayah. Mama kata bahayalah bang..Hazeem tenggelam tu. Ayah kata relakslah baby kan pandai berenang. Tengok anak orang putih tu. Pastu mama tak kasik jugak. Mama kata gelongsor yang rendah boleh. Pastu ayah cakap dgn Hazeem..sorilah yea Hazeem..mama tak kasik naik gelongsor tinggi tu. Frust betullah Hazeem. Tapikan Hazeem kelakarlah tgk org tua2 mcm maklong, mak uda, mama dan mak usu main kat gelongsor budak2. Dah puas main kat gelongsor tempat budak2 baru diaorg main kat tempat org tua2.


Lepas tu nenek Hazeem pulak cakap kat mama yang Hazeem dah sejuk. Padahal Hazeem rasa ok aje. Mama dan ayah pun lapkan badan Hazeem dan pakaikan baju. Tak aci betullah. Abang2 Hazeem boleh pulak main air lama2. Pastu mama, ayah, pakcik2 dan makcik2 Hazeem main gelongsor tinggi dengan pelampung. Mula2 mama naik dgn kak izzati pastu mama naik dgn ayah pulak. Hazeem dengar suara mama yang jerit paling kuat kat situ. hihihihi.


Masa semua orang mandi2..Hazeem duduk dgn atok dan nenek kat tepi kolam. Pastu Hazeem ambik kereta merah Hazeem..hazeem tolak kat air. Mama kesian kat Hazeem agaknya. Mama masukkan lagi Hazeem kat kolam. Sayang mama.


Mama risau aje kalau Hazeem demam. Alhamdulillah Hazeem sihat ni. Cuma letih sikit je. Balik dr A'Famosa tu..Hazeem tidor aje. Tak dapatlah Hazeem gayut2 dlm kereta mcm selalu. Okeylah..Hazeem dah ngantuk ni. babaii.


Cantik tak kereta merah Hazeem?

Best betullah main gelongsor ni..

Masa nilah Hazeem dan ayah tenggelam.

Kakak2 Hazeem main gelongsor

Amboi sukernya dia..

Abang Hazeem yg sorang ni mmg suka layan blues.

Baru lepas main gelongsor dgn mama.

Abg Acap, mama dan Hazeem.

Wednesday, 9 December 2009

I Feel Good!!

I feel good! betul. Tak tipu. Dah seminggu lebih aku tidak bermaid dan jadual hidupku makin sibuk esp kat umah. Dapat duduk berehat 10 minit tu pun dah rasa nikmat hidup sungguh. Tapi..i feel good. Aku rasa tenang dan happy. Kepala aku dah tak berserabut lagi. Aku dah tak risau lagi tinggalkan anak2.

Menguruskan 3 orang hero yang sedang membesar bagai johan memang memberi pengalaman dan kesabaran yang amat. Budak 2 orang yang besar tu aku kerah kemas sendiri mainan diaorang lepas main. Masa ada maid lagi pun aku ajar diaorang untuk kemas mainan diaorang sendiri. Tujuannya..kalau dah takde maid nanti takdelah aku terseksa sangat.

Bangun pagi uruskan budak 2 orang yang besar tu untuk bawak sekali ke bengkel Iqra dan Al-Quran kat masjid sebelah opis aku. Siapkan sarapan pagi dan bekalan untuk Acap. Sebabnya program dari pagi sampai tengahari dan anak sulong aku tu kan picky eater teramat. Ayah dia pulak menguruskan si kecik tu dan hantar ke babysitter. Rehat tengahari setelkan apa yang patut..angkat baju, sidai baju. Balik belah petang..ambik budak2 kt babysitter dan bersilat sampai pukul 10 mlm. Dah lepas pukul 10 mlm..bila budak2 dah tido..barulah berehat dan bertenet depan laptop. Kalau penat sgt..baik aku layan tilam n bantal.

So far so good. Apa yang boleh di sub kan..hantarlah ke pihak2 yg berkenaan. Setakat ni aku gosok tudung aje. Baju kerja aku dan Z..dia hantar gosok kt dobi. Heh..kureng satu kerja. Tapi masih banyak lg kerja2 lain menanti. Takpe..yang penting senang hati. Badan penat tak rasa sgt.

Tuesday, 1 December 2009

Raya Korban n Supermom Club..

Hari Raya Korban untuk kami sekeluarga disambut dengan sederhana. Malam raya sampai ke rumah mertua…dan ketika makan malam..ibu mertuaku menyampaikan “berita gembira”. Aku dengan rasminya dilantik sebagai chef untuk hari raya ini. Terlopong mulut aku dengar. Aku ni kawin dengan anak bongsu. Biras2ku yang lebih berusia dari aku ni memang otai chef. So, bila balik kampong mertua..aku jadi pembantu chef ajelah. Kupas tu kupas ni goreng tu goreng ni. Walaupun di rumah aku sendiri..aku memang memasak dan biasa memasak untuk tetamu (dah rumah sendiri takde nak toleh sapakan)..tapi sungguh le aku tak konpiden untuk memasak di hari raya dan di rumah mertua. So..ibu mertuaku kata masak nasi ayam ..sebab tak rencam sangat. (NASIB!). Satu lagi pesanan penaja bangun pagi2 tau besok nak masak. Heheh..biasalah menantu mak ni. Besoknya tu..pukul 4.00 pg aku dah bangun. Tapi bila tengok sunyi je lagi. Aku sambung tido..dan pukul 5 pagi barulah operasi bermula. Mula2 masak 4 ekor ayam..pastu bisik kat Z..suruh beli lagi 2 ekor ayam. Dengan dibantu oleh Kak Ila yang baru baik dari stroke..(sebelah badan..dan sekarang ni hanya sebelah tangan aje yang boleh digunakan)..nasi ayam madu seperiuk besor telah berjaya di masak.

Tengahari tu bertolak ke kampong halamanku pula. Seperti biasa juadah rasmi raya..ketupat, rendang daging, ayam masak merah(bapak aku masak), sambal kacang dan lodeh. Hari Ahad bertolak balik ke our home sweet home.

Bermula tarikh 1 Disember..kami sekeluarga memulakan hidup baru. Now..I’m back to Supermom Club! Maidku telah kuhantar balik. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan aku dah tak kuasa nak tengok muka dia. Beberapa bulan yang lepas ni hidup aku penuh dengan tekanan…aku asyik nak marah. Pernah satu kali tu aku terjumpa my Wac**l pant**s dalam drawer dia dan tertulis nama dia besar-besar. Kalau benda tu tudung ke, t-shirt ke..aku tidak sehangin itu. Dia yang selalunya full of excuses tu..bila aku tanyakan bab bendalah tu dah terdiam tak boleh kata apa. Pant**s aku tu sepasang dgn top…so, aku kenal benor le.You know benda2 dalam kita ni orang boleh buat macam2.


Masa open house raya hari tu..aku ternampak langsir sliding door aku berlubang-lubang. Berderau darah aku. Kebetulan mak mertua aku ada. Mak mertua aku kata tak payah tanya dialah..buat kecoh aje nanti. So, aku pun diam ajelah. Pastu mak mertua aku tanya dia. Bibik..kenapa langsir ni jadi macam ni. Dia dengan suara meningginya kata..langsir ni memang dah berlubang-lubang masa saya datang. Don’t bullsh*t me lah. Sebelum dia datang..aku takde maid lain..aku n Z lah yang menguruskan rumahtangga. Aku tahu benorlah kalau koyak rabak. Beberapa minggu sebelum tu aku tengok langsir tu belum berlubang2 macam tu. Kalau dia mengaku cuci ke gosok jadi berlubang-lubang macam tu. Takdelah aku sakit hati. Ni makin nak tinggi2 suara.


Bila dia dah takde dalam rumah aku..aku rasa tenang sangat. Memang kelam kabut sikit..dan badan lebih penat, Hazeem pun tengah peringkat rajin mengemas. Tapi apa yang penting..KERJASAMA! Masa ada maid pun kami laki bini memasak secara berganti-ganti. Bila dah takde maid ni, semua benda di buat secara bergotong royong. Bak kata Z..lepas ni tak payah pergi exerciselah..buat kerja2 rumah aje dah berpeluh-peluh. Sejak dua hari takde maid ni..aku sampai cepat ke opis…berbanding masa ada maid dulu..asyik terlajak aje.heheh.

Kemuncak kepada perkara2 tersebut adalah…si dzahin membuka cerita. Hari tu masa adik tidor bibik tinggalkan adik pegi padang. Dia bawak Hazeem. Lama adik tunggu ..bibik tak balik-balik. Sebelah rumah aku tu taman atau dzahin sebut padang..dan sebelah padang tu construction site. Sebab pun muka Hazeem hitam berkilat dan banyak gigitan nyamuk kat muka dan kaki dia. . Sampaikan mak aku kata muka Hazeem hitam berkilat macam budak dah bersekolah. Aku ingatkan sebab dia selalu duduk kat luar rumah dengan Hazeem. Hanya Allah yang tahu samada di pergi padang atau rumah kongsi di construction site tu Aku perhatikan dia sejak akhir-akhir ni asyik duduk luar rumah dan kepalanya menjenguk-jenguk ke arah construction site. Kalau banjir ni dah dikira bahayanya tahap merah. Begitu jugak maid aku tu..sebelum benda2 tak elok berlaku…baik aku keluarkan dia dari organisasi keluarga kami.