Hari Raya Korban untuk kami sekeluarga disambut dengan sederhana. Malam raya sampai ke rumah mertua…dan ketika makan malam..ibu mertuaku menyampaikan “berita gembira”. Aku dengan rasminya dilantik sebagai chef untuk hari raya ini. Terlopong mulut aku dengar. Aku ni kawin dengan anak bongsu. Biras2ku yang lebih berusia dari aku ni memang otai chef. So, bila balik kampong mertua..aku jadi pembantu chef ajelah. Kupas tu kupas ni goreng tu goreng ni. Walaupun di rumah aku sendiri..aku memang memasak dan biasa memasak untuk tetamu (dah rumah sendiri takde nak toleh sapakan)..tapi sungguh le aku tak konpiden untuk memasak di hari raya dan di rumah mertua. So..ibu mertuaku kata masak nasi ayam ..sebab tak rencam sangat. (NASIB!). Satu lagi pesanan penaja bangun pagi2 tau besok nak masak. Heheh..biasalah menantu mak ni. Besoknya tu..pukul 4.00 pg aku dah bangun. Tapi bila tengok sunyi je lagi. Aku sambung tido..dan pukul 5 pagi barulah operasi bermula. Mula2 masak 4 ekor ayam..pastu bisik kat Z..suruh beli lagi 2 ekor ayam. Dengan dibantu oleh Kak Ila yang baru baik dari stroke..(sebelah badan..dan sekarang ni hanya sebelah tangan aje yang boleh digunakan)..nasi ayam madu seperiuk besor telah berjaya di masak.
Tengahari tu bertolak ke kampong halamanku pula. Seperti biasa juadah rasmi raya..ketupat, rendang daging, ayam masak merah(bapak aku masak), sambal kacang dan lodeh. Hari Ahad bertolak balik ke our home sweet home.
Bermula tarikh 1 Disember..kami sekeluarga memulakan hidup baru. Now..I’m back to Supermom Club! Maidku telah kuhantar balik. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan aku dah tak kuasa nak tengok muka dia. Beberapa bulan yang lepas ni hidup aku penuh dengan tekanan…aku asyik nak marah. Pernah satu kali tu aku terjumpa my Wac**l pant**s dalam drawer dia dan tertulis nama dia besar-besar. Kalau benda tu tudung ke, t-shirt ke..aku tidak sehangin itu. Dia yang selalunya full of excuses tu..bila aku tanyakan bab bendalah tu dah terdiam tak boleh kata apa. Pant**s aku tu sepasang dgn top…so, aku kenal benor le.You know benda2 dalam kita ni orang boleh buat macam2.
Masa open house raya hari tu..aku ternampak langsir sliding door aku berlubang-lubang. Berderau darah aku. Kebetulan mak mertua aku ada. Mak mertua aku kata tak payah tanya dialah..buat kecoh aje nanti. So, aku pun diam ajelah. Pastu mak mertua aku tanya dia. Bibik..kenapa langsir ni jadi macam ni. Dia dengan suara meningginya kata..langsir ni memang dah berlubang-lubang masa saya datang. Don’t bullsh*t me lah. Sebelum dia datang..aku takde maid lain..aku n Z lah yang menguruskan rumahtangga. Aku tahu benorlah kalau koyak rabak. Beberapa minggu sebelum tu aku tengok langsir tu belum berlubang2 macam tu. Kalau dia mengaku cuci ke gosok jadi berlubang-lubang macam tu. Takdelah aku sakit hati. Ni makin nak tinggi2 suara.
Bila dia dah takde dalam rumah aku..aku rasa tenang sangat. Memang kelam kabut sikit..dan badan lebih penat, Hazeem pun tengah peringkat rajin mengemas. Tapi apa yang penting..KERJASAMA! Masa ada maid pun kami laki bini memasak secara berganti-ganti. Bila dah takde maid ni, semua benda di buat secara bergotong royong. Bak kata Z..lepas ni tak payah pergi exerciselah..buat kerja2 rumah aje dah berpeluh-peluh. Sejak dua hari takde maid ni..aku sampai cepat ke opis…berbanding masa ada maid dulu..asyik terlajak aje.heheh.
Kemuncak kepada perkara2 tersebut adalah…si dzahin membuka cerita. Hari tu masa adik tidor bibik tinggalkan adik pegi padang. Dia bawak Hazeem. Lama adik tunggu ..bibik tak balik-balik. Sebelah rumah aku tu taman atau dzahin sebut padang..dan sebelah padang tu construction site. Sebab pun muka Hazeem hitam berkilat dan banyak gigitan nyamuk kat muka dan kaki dia. . Sampaikan mak aku kata muka Hazeem hitam berkilat macam budak dah bersekolah. Aku ingatkan sebab dia selalu duduk kat luar rumah dengan Hazeem. Hanya Allah yang tahu samada di pergi padang atau rumah kongsi di construction site tu Aku perhatikan dia sejak akhir-akhir ni asyik duduk luar rumah dan kepalanya menjenguk-jenguk ke arah construction site. Kalau banjir ni dah dikira bahayanya tahap merah. Begitu jugak maid aku tu..sebelum benda2 tak elok berlaku…baik aku keluarkan dia dari organisasi keluarga kami.
No comments:
Post a Comment