Wednesday, 9 December 2009

I Feel Good!!

I feel good! betul. Tak tipu. Dah seminggu lebih aku tidak bermaid dan jadual hidupku makin sibuk esp kat umah. Dapat duduk berehat 10 minit tu pun dah rasa nikmat hidup sungguh. Tapi..i feel good. Aku rasa tenang dan happy. Kepala aku dah tak berserabut lagi. Aku dah tak risau lagi tinggalkan anak2.

Menguruskan 3 orang hero yang sedang membesar bagai johan memang memberi pengalaman dan kesabaran yang amat. Budak 2 orang yang besar tu aku kerah kemas sendiri mainan diaorang lepas main. Masa ada maid lagi pun aku ajar diaorang untuk kemas mainan diaorang sendiri. Tujuannya..kalau dah takde maid nanti takdelah aku terseksa sangat.

Bangun pagi uruskan budak 2 orang yang besar tu untuk bawak sekali ke bengkel Iqra dan Al-Quran kat masjid sebelah opis aku. Siapkan sarapan pagi dan bekalan untuk Acap. Sebabnya program dari pagi sampai tengahari dan anak sulong aku tu kan picky eater teramat. Ayah dia pulak menguruskan si kecik tu dan hantar ke babysitter. Rehat tengahari setelkan apa yang patut..angkat baju, sidai baju. Balik belah petang..ambik budak2 kt babysitter dan bersilat sampai pukul 10 mlm. Dah lepas pukul 10 mlm..bila budak2 dah tido..barulah berehat dan bertenet depan laptop. Kalau penat sgt..baik aku layan tilam n bantal.

So far so good. Apa yang boleh di sub kan..hantarlah ke pihak2 yg berkenaan. Setakat ni aku gosok tudung aje. Baju kerja aku dan Z..dia hantar gosok kt dobi. Heh..kureng satu kerja. Tapi masih banyak lg kerja2 lain menanti. Takpe..yang penting senang hati. Badan penat tak rasa sgt.

No comments: