Friday, 12 June 2009

Dekat Tapi Jauuhh

Program cuti sekolah yang dirancang sekian lama akhirnya sampai. Kami dengan 3 buah kereta bertolak ke negara jiran...Xinjapoa. Ikutkan secara geografinya dekat aje..tp mikirkan itu adalah negara lain yg sure byk cekadaknyanya. Mr.Z telah dilantik sebagai chef de mission aka penunjuk jln. Maka jenuhlah member study jln2 di sana melalui internet n alat2 bantuan mengajor yg lain. Bahayanya kt sana tu jln makan duit..masuk area bandor je..yg tertulis ERP..dichargenya 5 dollar. Dlm kepala dh mental prepare ttg problem2 yg mungkin akan dilalui. Le maklum w/pun jaraknya sgtlah dekat dgn tanah tumpah darahku tp sgtlah jarangnya kami pergi ke ng jiran itu. Seumor aku hidup ni baru 3 kali aku pegi ke sana. First masa ikut mak aku pegi rombongan kesana masa drjah 1, ke-2 masa pegi rombongan kerja dan ke3 ikut Mr.Z pegi amik report.



Seperti yg disangka...halangan pertama masa di Imigresen 2nd link. Bibikku tidak dibenarkan keluar kerana sebelum ni PA Mr.Z telah menghilangkan pasport n calling visanya. Pasport baru dh buat tp calling visanya masih tiada. Jadik kami terpaksa berpusing balik menghantar bibikku balik ke rumah. Sementara para ahli rombongan lain tersadai menunggu di imigresen berjam2 lamanya. Itu baru cobaan pertama. hehehe. Kitaorg cakap apalagilah cobaan seterusnya nih. Pastu bila masuk imigresen Singapore pulak...kitaorg masuk lane bas sbb masa kt imigresen M'sia dorang kata kalo ade pasport berkelompok kena masuk lane bas. Hah! lagi satu cobaan ke2. Salah lorong da. Dah le kena sekolah ngan imigresen singapore yg garang itu. Maka dgn segala hormatnya kita org di escort oleh staf imigresen itu keluar lorong melawan arus. Kalau vip diescort oleh motor polis ala2 chip tu..tp kitaorg yg naik kereta diescort oleh imigresen dgn berjln kaki lagi. Heh.canggih tak canggih..


Dlm hati berdoa..cukup2lah..cobaan utk hari ni. Alhamdulillah perjalanan ke rumah penginapan yg ditaja oleh akakku berjalan dgn lancar.






Rumah Penginapan Singapura milik gomen yg ditaja oleh akakku yg keja gomen..



Salah satu bilik ...


Family hall di tingkat atas..





Di ruang menonton di tingkat bawah..




Hari seterusnya..agenda pertama ke pulau Sentosa. Lepas kanak2 and org2 tua yg berjiwa kanak2 bergumbira..kami pulang ke rumah penginapan. Oleh kerana 3 kereta berkonvoi..satu kereta telah terputus hubungan. Kereta akakku. Berpusing kota Singapura lah mereka berjam2 lamanya..heh..Petang tu..kitaorg mcm nak feel org Singapore..parking keta dan amik MRT. Fee naik MRT mmg sgt murah. Pergi ke Orchard Road...yg tgh sale sakan. Tp kitaorg takdelah sopping sakan. Jalan2 sakan aje. Orang dia pun dtg negara kita bersopping sakan. Tapi electrical gadget mmg jauh lebih murah banding ngan tempat kita w/pun setelah diconvert duit kita.




Ahli rombongan Cik Kiah ke Singapurra..



3 org budak di Pulau Sentosa..





Pun kt Pulau Sentosa.


View of Singapura dr atas..





Orchard Road diserang oleh segerombolan manusia dr negara jiran.




Takashimaya di Orchard Road...dlm nilah ada butik Louis Vuitton yg beratur panjang org nunggu nak masuk... i pegi yg dkt PS ajelah..tak payah beratur panjang hehehe..






Tgh nunggu nak naik MRT nak ke Orchard Road.. perhatikan 2 org budak lelaki yg tgh buat aksi smackdown sementara mengisi masa lapang..




Hari terakhir kami singgah di woodland sebelum pulang ke negara tercinta melalui woodland-tambak johor. Sekian adanya...


No comments: