Sebenornya tak berapa gemor nak bercerita hal2 dalaman kt sini. Kalo kawan aje baca okey..tp kalo ada org yg tidak berapa dialu2kan..i don like. You know..when we were younger... most of the people around us seem so naive n innocent. But when we get older and dah kuar ke dunia sebenar...kita akan jumpa org yg suka buat judgement sesuker kepala lutut dia. Tu yg aku kurang gemor. Tapi aku kena releasekan juga. Kali ni aku dah hyper. It's up to u readers..to judge me bad or wrong. It's me who faced the situation. Sound so serious my problem ha..
Keluarga aku mmg perlukan maid sbb jadual kerja suami aku bukanlah office hour 9-5. Pendek kata jadual kerja dia sangat panjang dan weekend pun aku kena berkorban masa. Kalau anak aku dh besor sikit boleh diangkut ke sana sini...takde maid pun takpe. Bukan tak biasa buat keja rumah. Sebelum ni pun aku ada maid sorang aje selama 2 thn. Pastu aku takde maid 3 thn. Ada maid pun mmg aku yg masak. Kalo dtg angin malas beli kt luor. Hal maid mmg never ending stories. Bagi org yg pernah atau sedang ada..mmg paham masalah2 ada maid ni. Dpt maid yg baik pun ikut nasib. Bg org yg tak pernah ada maid selalunya kesianlah kat maid2..esp. bg maid yg suka reka citer itu ini..majikannya jahat etc..etc. And one of their speciality is tell stories and made up excuses. Walaupun nampak lembab mcm mana pun tp bab bg excuse mmg expert. And one more gain sympathy. Antara contoh kisah benar...maid aku tu selalunya kalau aku takeaway pizza..and bagi dia makan..dia makan tak de masalah punya. Tp bila ibu mertuaku ada atau sesiapa tetamu yg ada bermalam di rumahku..walau aku dh ketepikan utk dia dlm pinggan lain...dia takan makan pizza tu. Pelik kan? Tak pelik langsung. Korang mgkin kata dia malu kot nak makan. Hah yolah tu malu.. Pada yg pernah dan sedg ada maid..does this sound familiar to you?
Kisahnya maid aku ni kalo aku ckp 2 patah 20 patah dia menjawab. She is so defensive u know. Antara contohnya...Bibik..baju ni susun di almari di atas. Adakah ayat ni memarahi atau menuduh dia sesuatu? ANd dia akan menjawap pot pet pot pet.....panjang jela. Aku sabokan lagi. Weekend lepas ni turun KL..hr first pg umah abang ipor aku. Masa pagi lepas breakfast tu..aku carik anak n bibik yg tgh bg makan baby. Mak mertua aku kata kt jln depan umah abg ipor aku. Aku jalan selang berapa rumah takde nmpak kelibat dia..aku berlari panggil suami aku..kelam kabut kitaorg cari lari sana sini..dekat 10 minit..aku dah berderau darah dah. Tak lama pastu dia muncul dgn berlengang kangkung dgn anak aku dr jalan berapa blok dr hujung jalan rumah abg ipor aku. Aku dah hyper dah tu. Aku kata apsal jalan jauh sgt. Spt biasa dh ada ready excuse..baby tak mahu makan tu yg pot pet pot pet. Kalau dia sorang2 jln jauh mcm tu aku tak hangin. Tapi dia hangkut sekali baby aku. Aku sendiri pun tak berani merayau2 camtu dgn baby aku. Lagi satu bukan aku tak pesan. Selalu aku pesan. Aku kata ramai org jahat merata2...kalau dia culik budak macamana(Nauzibillah hi min zalik!). Banyak lg siri2 citer sebelum ni yg aku saborkan aje. Kalo citer semua 3 hari 3 mlm pun tak abis. Aku citer yg agak kurang mengaibkan. Yg serius kes aku tak mahu citer kt sini. Yg Antaranya anak aku no. 2 tu main pisau sampai berdarah tgn dia. Aku tahu le anak aku yg over aktif...tp tak boleh ke dia ambik pisau tu dr anak aku. Anak sulong aku kata dia dok luor masa kejadian tu berlaku. Pastu tak mengaku pulak tu.
Adegan klimaks yg buat aku super hyper malam tadi. Malam tadi masa kemas baju2 kotor balik dr KL tu. Dia kata tshirt hijau baby kakak tak kemas bawak balik yea. See..she always sound more boss than me. Aik aku dh menyirap dah. Bukan ke aku tanya dia..baju kotor baby dah bungkus dah? Kat sana dia jawab.iya dlm bungkusan ni. Pastu dia boleh tuduh aku. Kan Kakak bawak baju baby naik atas....saya kemas yg bawah saje. Pantang datuk nenek moyang aku...org tuduh aku benda yg aku tak buat. Kalau betul buat salah..mengaku. That's it. Close case. Tertinggal baju tu takde isu besor pun. Masa dia dtg drawer2 baju anak2 aku tu bukan main penuh..sekarang ni makin kosong. Ntah mana dilempornya baju2 anak aku tu. Tu aku saborkan aje. Aku cakap ngan dia..aku kemas baju semua org kecuali baby sbb beg baby tu letak kt bilik bawah. Kalau tu pun dia tak boleh buat. Tak pe. Duduk diam2. Sebelum dia dtg pun aku yg buat semua tu..takde pun tertinggal2 apa2. Mcm aku ckp tadi tulah..bab tertinggal baju tu aku takde hal..but the attitude tu yg aku geram. Kalau tertinggal ngaku ajelah. Aku takdenya nak marah. takat baju baby selai. beli lain. Siap tuduh aku bwk naik ataslah.sbb tu tertinggallah. Aiii..sabor jelah. PAstu mlm tadi..aku ckp kamu duduk diam2..tak payah buat apa2. Biar saya buat semua. Sebelum kamu dtg pun saya yg buat semua ni. Pastu..Mr Z tanya aku..kalau pas ni dia betul2 duduk aje camne ek. Aku kata get rid of herlah. Mungkin ni acara klimaks atas acara2 lain yg aku kumpul lemak aje selama ni. Mcm petang tu..baby dah nangis nak susu aku tanya dah tahu waktu baby minum susu apsal tak buat susu. Dia kata bakulnya tak dikeluarkan saya tak buatlah. Amboii...kan ke selama engko tahu nak bukak pitu keta..bonet keta. Lainlah baru dtg. Tapi yg tu pun aku takde cakap apa. Saborkan aje. See..aku dah byk diam sebelum ni. Bukan setiap benda yg dia buat salah aku bising. Aku pikirkan anak2 aje..bak kata suami aku..selagi anak2 ok dgn dia kita buat tak nampak ajelah apa2 yg kureng tu rumah bersepah ke.
Mlm tadi jugak aku buat Emergency Meeting dgn Mr. Z. Kitaorg pikir pro n cons... of having her and of not having her. So ...aku give last chance.
And now they want to give 1 day off to the the maid. Inilah namanya kera di hutan disusukan...anak di rumah mati kelaparan. Semua polisi dibuat nak muakan org belah sana. Masa majikan kena bunuh dgn maid..ada kita bakor bendera dia? Media pun satu suka sgt besor2kan citer maid kena dera. Aku bukanlah menangkan majikan yg mendera tu. Dan diaorg mmg patut dihukum pun. Tapi ramai lagi majikan yg kena dera secara mental. Diaorg lari..kita yg kena bayor denda. Dan mcm2 lagilah polisi yg asek muakan diaorg aje. Dia dok kat umah masa kita pegi keja tu puas dia menonton sinetron tu ini. Bak anak aku ckplah..bibik kan suker sgt tengok tv..dia tgk citer indonesia aje. Takde pun aku bising ke apa ke. Asal ko jaga ank ok dah le.
Penat dah pot pet pasal maid ni. oklah saje je nak release...
No comments:
Post a Comment