Monday, 31 August 2009

Botok2 Ramadhan

Alahaii..malasnya nak naik keja. Seronoknya cuti 3 hari…rasa macam surirumahtangga sepenuh masa. Cuaca pun seperti merestui..ala-ala winter gitu. Nyaman dan syahdu aje. Lagilah rasa nak melepek je kat rumah. Seronoknya kalau cuti panjang-panjang masa bulan Ramadhan. Hari Sabtu dan Ahad..semangat memasak membuak-buak. Semua lauk pauk dan juadah lain untuk berbuka..kami berdua bergotong royong memasak. 2 hari tu juga… kami tak pergi ke PARAM. Akhirnya sambal udang petai yang aku impikan berjaya dihasilkan…setelah meredah semua pasar basah..pasar tani..tidak berjumpa…dari Muar, BP dan JB. Akhirnya petai itu dijumpai di sebuah kedai runcit selang beberapa taman dari taman aku. Ni time aku ngidam..time tak ngidam punyelah berlonggok bendalah tu tepi jalan. Sebenornya dah 2 kali beli sambal petai..tapi rasanya tidak memenuhi selera aku..ada satu tu rasa macam desert petai pun ada..manissnya. Hari Isnin tu…majlis berhenti rehat..aku masak sayur aje…dan panaskan sambal petai udang ..lagi panaskan lagi sodap. Juadah yang lain kitaorg beli kat PARAM. Hari tu Dzahin join kitaorang bersahur…tanpa dikejut. Aku kata kalau dah sahur ni kenalah puasa..setengah hari pun takpe. Besoknya tu kul 7 pagi dia dah makan. Dia kata adik nak puasa malam ajelah.


Bersama ini aku tepekkanlah lauk pauk dan juadah yang aku masak masa cuti hari tu. Antara yang tak disiarkan di sini ialah masak sotong goreng(tak dapat hak penyiaran dari tukang masaknya..malu katanya), roti tortilla dgn filling ayam ala2 twister kfc tu sbb sudah terbakar well done daa..oleh tukang masak yg sama jugak..nasib rasanya tidak terjejas) dan kerabu pegaga(rupanya biasa2 aje..w/pun rasanya ikut selera aku sbb aku yg masak hahaha). Ni tengah semangat ni..esok lusa..kalau maleh lauk tunjuk ajelah. Mintak mahaplah kalau ropanya tak semenggah …




Kupang yang dimasak ikut resepi yong.. aku tak salin..main ingat gitu aje..mungkin jugak ada bahan2 yg tercicir..kira halallah yek.



Lapis daging...ala-ala lasagna melayulah ni..



Ni botok halal...banyak khasiatnya ibuk-ibuk..bukan saje menegangkan kulit muka... juga mengencangkan organ dalaman. Aku masak rempahnya dan pembantu tukang masak aka Chef Z sedang menunjukkan demo membuat botok. Daun yang digunakan ialah daun buas(bagus utk org pompuan), daun betik, pucuk ubi, daun mengkudu, dan daun puding.



Ini botok yang telah siap dikukus.







Bubur jagung




Sambal udang petai...

No comments: