Tahun lepas aku menyambut Ramadhan dalam pantang. Dok kat umah..aku bantai tengok TV aje...banyak rancangan best-best masa bulan Ramadhan..sesuatu yang aku tak tahu sebelum ni. Antaranya drama Pertama Ramadhan…akak suker sangat citer ni. Kesah pasal seorang lelaki ni baru kehilangan isteri dan terpaksa menghadapi bulan Ramadhan dengan 2 orang anaknya. Yang bestnya citer ni dia tak melebih-lebihkan watak lelaki tu yang dilakonkan Zed Zaidi…ada kekurangan dan kelebihan si lelaki ni. Antaranya ada harinya dia dia terbabas tak bersahur…ada masanya dia terlewat bangun lepas sahur..sampai anak dia terlewat pergi sekolah. Sebelum ni aku tersangatlah tak minatnya dengan Zed Zaidi ni..masa dia berlakon dalam Sembilu…tapi, cerita ni membuka mata aku terhadap dia. Tahun ni ada sambungan citer tu tp siaran kul 11 pagi…camna ni?? NAK TENGOK, NAK TENGOK.
Hari pertama Ramadhan untuk aku dan family pulak..balik kampong. Bestnya…. makan juadah air tangan mak. Aku buat dadih dan beli murtabak dan kuih muih. Mak aku masak masak lemak cili api udang galah dan nenas, ikan parang masak kicap, sayur bayam goreng pastu beli sambal ikan bilis petai, keli goreng bercili….Pastu bila lepas berbuka dan sampai masa nak balik rumah belah sana pulak...aku rasa berat je..tak puas makan udang galah…nilah dah kawen..kenalah bahagi ek. Ni antara pro and cons rumah kita dgn umah mertua sebelah daerah. Kalo balik tu boleh pulun balik dua-dua sekali..tapi sekejap-sekejaplah. Kalau jauh berlainan nogori tu..sekali balik boleh berlama-lamaan. Tapi aku suka time raya… boleh ulang alik rumah aku dan mertua..1 jam perjalanan aje..cuma penat bab packing and unpack la. Kat umah mertua akaklah yang incharge masak. Aku masak nasi ayam dengan buat dadih. Aku tak ambik gambor..takut mak dan mak mertua aku pelik. Nak antor suratkhabor ke budak ni amik2 gambor ni…hihihi.
Acap pulak ni tahun ketiga dia berkecimpung dalam arena berpuasa. Masa first year..dia puasa separuh hari, tahun kedua..ada hari penuh..ada hari ikut dia larat sampai pukul berapa. Sebelum puasa hari tu dia cakap kat aku..Acap suka puasa sebab acap tak suka makan. Masa aku bayor puasa pun dia sibuk nak ikut puasa. Aku kata no way. Tahun ni setakat 2 hari lepas, dia puasa penuh. Tapi hari pertama tu mencabar jugak. Adik dia minum air kotak coklat depan dia…hampir tergugat jugaklah iman dia. Pastu dia keja berkuntau dgn adik dia..bateri pun weaklah. Jenuh aku pesan supaya save energy sikit. Bila bateri dah weak...ayah dialah yang mendukung dia ke depan ke belakang.
Mula-mula dalam kul 2 dia tido sampai kul 5 lebih. Pastu bila bangun tido dia tengok adik dia minum air kotak dutch lady…dia dah geram dah. Dia tido balik..bila bangun pukul 6.40..dia terus ambik air kotak..cucuk straw dan mintak permission nak minum. Aku dengan ayah dia jenuh le memujuk..sayang benor..tinggal berapa minit aje lagi. Dalam kedesperadoan aku mujuk dia tu..aku teroffer…Mama bagi RM5 untuk sari Acap puasa. Mula2 aku nak offer RM10..pastu aku pikir eh..banyak jugak tu..aku cut half. Pastu aku ala-ala menyesal pulak sebab merasuah anak untuk beribadat. Aku pikir balik..takpe kira motivasilah tu. Bapak aku dulu pun bagi duit jugak sebagai ganjaran aku berpuasa.
Lepas berbuka tu..dia muntah balik..apa taknya minum 2 kotak air coklat. Makan tak nak. Mak aku dah risau...dia kata jangan paksa budak tu berpuasa. Isyy..kejamkah kami. Aku dengan ayah dia tak paksa…Cuma bila dia nak buka dah pukul 6.40pm tu macam sayang pulak. Tinggal sekejap aje lagi.
Semalam dia kira-kira dan tanya aku…Kalau Acap puasa 30 hari Acap dapat RM150lah..aku mengangguk lemah. Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata tak boleh nak buat apa. Semalam...Alhamdulillah…dia berpuasa dengan jayanya..tanpa ada adegan-adegan yang mencemaskan. Semoga dia dapat berpuasa penuh tahun. Mencabar nak membesarkan dan mendidik anak ni. Insaf aku….
No comments:
Post a Comment