Cuti sekolah kali ni kitaorg memang buntu tak tahu nak pegi mana. Bila dia tanya aku nak pg mana... lokasi yg aku pilih tidak diluluskan. Alasannya tunggu si kecik tu besor sikit. Mmg yea pun..aduhai..dlm byk2 anak aku. Si kecik nilah paling ligat dlm keta. Mcm2 aksi lagak ngeri dia buat. So, aku serah kat dia..pilih ajelah mana2..aku ikut aje. Pukul 3 pg kitaorg bertolak. Kawan dia kata ambik masa 10 jam. Terbayang aku aksi si kecik tu dlm keta. Ngeri i. Harap2 pukul 3 pg dia tido nyenyak..so takdelah tensen sgt. Tapi..masuk aje keta..mata dia terus terbukak. Dan bergerak aktif seperti biasa.
Singgah Air Keroh semayang subuh n singgah Sungai Buloh mandi n breakfast. Pastu perjalanan diteruskan. Sampai ke Damai Laut sedang elok tengahari. Lepas check in n mandi manda...menjenguk ke bandar Lumut dan hasil makanan lautnya. Dinner di Lumut..makanan sedap tapi tersangatlah lambatnya. Besoknya lepas breakfast, bercanda di pantai dan mandi manda di pool. Kitaorg check out n belum decide nak pegi mana. Samada ronda2 di area Perak atau heading back n singgah KL. Lepas lunch terus wat decision nak menjenguk ke Pulau Pangkor. Dah alang2 sampai ke Lumut. Manusia punyalah ramai. Dalam hati menyesal..apasallah menjerumuskan diri dalam lautan manusia ni. Jalan taim musim perayaan (hari krismas) mmglah bersesak2. Nasiblah budak2 tu esp. si kecik tu cool aje.
Setelah beratur lebih kurang 45 minit..barulah dpt naik feri. Sampai sana...sewa keta 2 jam. Pusing pulau..singgah minum (i like lempeng pisang berinti kelapa yg di bakar dlm daun pisang) n belek2 barang... kitaorg bergerak balik. Masa balik..tak bersesak mcm pegi. Alhamdulillah. Sampai Lumut..singgah beli makanan laut n bergerak balik ke Selatan. Singgah tido di Putrajaya. Ada agenda lain menanti. Besoknya pusing Alamanda carik SR yang tersorok. Berapa kali pusing tanya org sana sini baru jumpa si SR. Beli kek besday utk Besday girls. And then berkonvoi ke PD ke TBR. Lagi sekali bersesak dgn lautan manusia. Petang tu dalam hujan yang pada mulanya renyai2 dan kemudianya beransur lebat..kitaorg termasuk si kecik Hazeem bermandi manda di Pool(langgar pantang nampaknya). Malam tu kitaorg celebrate besday nenek n 2 org cucunya yg jatuh pd bulan Disember. Happy Birthday Mak n S n N! Besoknya mandi manda dan bersuka ria lagi. Dan lepas tu balik ke our home sweet home. Besoknya cuti menguruskan baju kotor yg bertimbun2.
View on de way ke Lumut..
Makan tengahari..
Of all the places..apsallah laki aku pilih Lumut. hems..layan jelah..zass.
Baru sampai ke Damai Laut..